Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 4

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 4

. NUR DELISA ALIA duduk sambil mengeluh di atas bangku panjang di perhentian bas dan teksi di hadapan hotel Shangri-La, sambil kedua tangan ditongkatkan pada tapak tangan di sebelah tubuhnya, bahu terangkat kepenatan, muka tertunduk.
Sudah lebih sejam dia berada di bangku panjang ini.
Berpuluh bas dan teksi berlalu dihadapannya, satu pun tidak dinaiki.
Selang seketika, dia akan melihat telefon bimbit Samsung Galaxy S7 yang sudah dipakai sejak tiga tahun yang lalu untuk melihat kalau-kalau ada reply dari suaminya.
Ini adalah kerana pada sejam yang lepas, dia telah menghantar satu pesanan ringkas kepada suaminya melalui WhatsApp, tapi hanya satu tick sahaja yang diterima.
Selepas sejam, barulah telefonnya mengeluarkan bunyi notifikasi.
ʻʻAllahu.
Lisa, maafkan Fiq... Fiq solat asar sekejap lepas tu Fiq datang jemput Lisa ya? Sorry, Lisa.
Bagi Fiq setengah jamʼʼ Delisa memejamkan matanya, sedikit merasa hampa.
Dia tahu suaminya Syafiq bertungkus-lumus mencari rezeki.
Tapi, apa salahnya sekali-sekala check message di handphone.
Lagipun, bukankah pagi tadi mereka sudah berjanji untuk bertemu di hadapan perkarangan Hotel Shangri-La itu pada jam 4 petang? Gadis berusia 27 tahun itu menunduk kepalanya, mengenangkan nasibnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan, terutamanya tentang perihal kewangan.
Cabaran dan dugaan yang menyebabkan hubungan dengan suaminya semakin lama semakin terenggang.
Delisa bukanlah seorang yang materialistik.
Dia sangat-sangat berjimat dalam perbelanjaannya.
Baju kebaya moden yang sedang dipakainya sekarang sudah lima tahun usianya.
Pertama kali dia membelinya sewaktu dia menuntut di UiTM dahulu, hasil dari wang simpanannya untuk membeli baju yang cantik sempena majlis konvokesyen sempena penerimaan Diploma Hotel Management pada waktu itu.
Baju yang sama itu jugalah akan dipakai apabila adanya majlis keraian, sebagai contoh kenduri kahwin, annual dinner, ataupun acara formal seperti menghadiri temuduga kerja.
Dan itulah yang sedang dilakukan olehnya pada hari ini.
Hari ni, puas Delisa menghantar permohonan pekerjaan dari satu hotel ke satu hotel.
Sejak dari pagi, Delisa mengenakan pakaian cantik tersebut beserta dandanan make-up yang sama padan dengan busananya.
Kejelitaan gadis melayu yang berasal dari Melaka itu diserlahkan lagi dengan keharuman minyak wangi yang jarang digunakannya, hanya dikeluarkan sekali sekala kerana dia ingin berjimat.
Tetapi, itu pagi tadi.
Kini waktu sudah menjangkau jam 5.
30 petang, make-upnya sudah luntur, dan bau wangian dari perfume pagi tadi sudah lama hilang.
Sekarang ianya digantikan dengan bau semulajadi tubuhnya yang sedikit dibasahi oleh peluh dek bahang panas petang.
Sambil menunggu suaminya datang, Delisa mengimbas kembali pertemuan mereka satu ketika dahulu.
Delisa pertama kali bertemu Syafiq semasa mereka sama-sama menuntut di UiTM.
Bermula dari perkenalan biasa, kerapatan bergaulan menyebabkan timbulnya keinginan mereka untuk bersama.
Setelah keduanya tamat pengajian, Syafiq terus menghantar rombongan meminang dan ikatan antara mereka dihalalkan.
Hidup bersama sebagai suami-isteri pada usia muda tidaklah indah dan manis seperti yang disangkakan.
Kekangan kewangan akibat dari tidak mendapat pekerjaan yang tetap menjadi punca utama.
Setelah graduate, Delisa mendapat internship di Park Royal selama dua tahun.
Pada tahun ketiga, Delisa mula memakai tudung untuk metutup aurat, tetapi disebabkan tindakan itu jugalah menyebabkan pihak pengurusan Park Royal tidak menyambung internshipnya kepada status tetap.
Berbulan juga Delisa bertungkus lumus memohon pekerjaan di serata tempat, tapi satu pun permohonannya tidak dibalas.
Kesal dengan keputusan Park Royal memberhentikannya kerja kerana hanya sebab menutup aurat, Delisa membuka semula tudungnya, walaupun Syafiq tidak bersetuju.
Barulah ada kerja datang semula.
Itupun kerja sementara dari agensi pekerjaan untuk cover maternity leave ataupun pekerja yang sakit ataupun bercuti.
Rezeki tak menentu, kadang-kala ada, kadang-kala tiada.
Sampai satu ketika, pekerjaan sementara pun tidak ada juga, menyebabkan Delisa mengalami kemurungan.
Akibatnya Delisa yang dulunya seorang ceria, peramah, happy-go-lucky, kini menjadi seorang gadis yang senyap dan hanya bertutur-kata bila perlu sahaja.

Sumber:Internet