Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 40

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 40

. Delisa termenung sambil memandang ke luar tingkap pesawat ATR 42-500 sepanjang perjalanan pulang dari Koh Samui kembali ke tanah air.
Tangan kirinya menongkat dagu sambil kepala masih menoleh kearah tingkap, sambil tangan kanannya erat digenggam oleh Adam yang duduk disebelahnya.
Setelah seminggu berbulan madu bersama teman lelakinya di Koh Samui, akhirnya Delisa melepaskan nafas lega tatkala melihat bumi tanah air semakin jelas kelihatan apabila pesawat Berjaya Air itu menghampiri landasan 15/33 di pekan Subang itu.
Barulah sedikit senyuman terukir manis dibibir Delisa apabila kapalterbang dual-prop itu selesai membuat taxiing ke perhentian di hadapan terminal lapangan terbang Skypark Subang.
Enjin berkipas dimatikan, dan pengumuman keudara memberitahu penumpang yang mereka sudah boleh membuka tali pinggang keledar dan mengambil bagasi masing-masing.
Adam membantu mengambil hand luggage milik Delisa sambil mereka berdua turun dari pesawat tersebut berpegangan tangan.
Adam dihadapan memimpin Delisa di belakang sambil mereka turun dari pesawat itu dan bergerak ke imigresen untuk pemeriksaan pasport dan kemudiannya ke tempat mengambil bagasi.
Setelah mengambil beg pakaian masing-masing dari carousel, Adam menolak trolley bagasi dengan Delisa mengekorinya disisi sambil mereka berdua keluar dari balai ketibaan menuju ke tempat letak kereta dimana kereta Audi A6 Adam sedang menunggu.
Delisa memaut lengan Adam sambil mereka berdua berjalan menuju ke arah kereta tersebut.
Adam dan Delisa singgah dulu di restoran Big Plate di Subang Permai untuk makan tengahari bersama, sebelum bergerak ke Mid Valley Megamall untuk membeli sedikit keperluan rumah.
Mereka berdua kemudiannya menghabiskan masa petang itu di Mid Valley sambil menonton wayang di GSC dan kemudiannya mengambil sedikit juadah ringkas di Starbucks Café.
Setelah hari semakin lewat, barulah Adam menghantar Delisa pulang ke kediaman rumah pangsanya di Ampang Jaya.
Apabila kereta Audi A6 itu menghampiri Block C, Delisa terpandang kereta Proton Saga merah milik Syafiq yang sedang berada di salah satu kotak tempat letak kereta kawasan kediaman itu.
Ingatannya melayang pada suaminya.
Matanya bulat sambil menelan air liur.
Syafiq.
Bisik Delisa dalam hati, harapannya suaminya telahpun pulang.
Tetapi sedikit gugup dan gementar di dalam jiwanya kerana dia baru sahaja kembali dari bercuti bersama teman lelakinya.
Apakah akan berlaku sekiranya Syafiq melihat mereka bedua sedang bersama? Delisa menelan air liur.
Hatinya gementar, gusar.
Sedikit takut pun ada.
Tahukah Syafiq apa yang telah dilakukannya sejak seminggu yang lepas.
Teta yang menjadi kegusaran hatinya ialah... adakah Syafiq akan menerimanya kembali.
Adakah dia akan berpisah dengan suaminya dan mulakan hidup baru bersama kekasihnya ini? Delisa menunduk, mengenangkan apa yang bakal berlaku pada masa depannya yang begitu kusut sekali.
Sementara itu, Adam memberhentikan keretanya di salah sebuah petak parkir yang berada tidak jauh dari Block C.
Setelah enjin dimatikan, Adam dan Delisa keluar dari kereta mewah itu, Delisa sedikit tertunduk kalau-kalau ada orang yang memandang.
Tunduk.
Malu.
ʻʻAssamalualaikumʼʼ kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.
ʻʻBaru balik dari honeymoon ke?ʼʼ tanya lelaki itu lagi.
Adam menoleh kearah suara itu.
Delisa masih menunduk, tapi anak matanya pelahan-lahan diangkat melihat seorang lelaki berumur lewat 30an berpakaian overalls berwarna biru yang menghampiri mereka.
Sedikit merasa lega sebab lelaki itu bukan suaminya, Syafiq.
Tak pasal-pasal kena serkap oleh suami sendiri.
ʻʻWaalaikum salamʼʼ senyum Adam pada Hasrul sambil meghulur tangan untuk bersalam.
Tetapi tangan Hasrul masih disisipkan ke dalam poket overall bajunya.
ʻʻKami baru balik dari berkursus.
Saya bawak Delisa pergi visit sister resort untuk dia menimba ilmuʼʼ.
Sumber:Internet