Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 41

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 41

. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah kediamannya di Beringin Residence, Adam tidak putus memikirkan kemelut cinta terlarangnya bersama Delisa.
Sejujurnya, dia benar-benar mencintai Delisa.
Perasaan di dalam hatinya bukan perasaan mainan, bukan nafsu serakah untuk kenikmatan seks semata-mata.
Tetapi ianya perasaan yang tulus dan ikhlas dari seorang lelaki kepada seorang wanita.
Adam sangat-sangat nekad untuk memiliki Delisa.
Bukan untuk satu malam.
Bukan untuk satu minggu.
Tetapi untuk sepanjang hayat mereka berdua.
Tetapi.
Aaa aku dah gila!Nak rampas isteri orang!Adam memejamkan matanya erat.
Mengerutkan dahinya.
Memang betul perbuatannya itu gila.
Memang gila.
Dia bercinta dengan isteri orang sehingga hatinya beransur-ansur menjadi hitam.
Sehingga perancangannya menjadi semakin kejam.
Tetapi, untuk memiliki Delisa, Adam perlu pisahkan kekasihnya itu dari suaminya.
Adam kena lucutkan cincin emas itu dari jari manisnya.
Adam kena hancurkan sebuah mahligai perkahwinan.
Adakah itu jalan penyelesaiannya?God.
This is so crazy.
Aku kena jumpa Syafiq.
Aku kena settlekan benda ni dengan Syafiq.
Tetapi Adam tahu, masih ada lagi sifat kemanusian di dalam dirinya.
Dia bukanlah orang yang jahat.
Dia hanya seorang lelaki yang mabuk sedang bercinta.
Lelaki.
Ya, Adam seorang lelaki.
Jadi, sebagai seorang lelaki, dia perlu menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Bukan dengan cara yang kejam.
Dia tak mahu merampas Delisa dari Syafiq.
Tapi dia hanya mahu Syafiq melepaskan Delisa.
Adam termenung memikirkan cara yang terbaik untuk berjumpa Syafiq.
Adam tahu Syafiq sedang sakit.
Lelaki itu sedang dijaga oleh isterinya Jasmina di sebuah klinik swasta.
Jasmina.
Ni lagi satu hal.
Sibuk nak memiliki isteri orang lain, sedangkan isteri sendiri juga main kayu tiga?Adam menggenggam tangan.
Mengecipkan mata.
ʻʻAaarggh!!ʼʼ dengusannya kuat.
Tak boleh jadi.
Mimeen!Adam dapat rasakan yang Jasmina sedang tengah bercinta dengan lelaki lain.
Sakit rasa dihati apabila isteri sendiri telah mengkhianati suaminya.
Sakit sangat.
Adam mendengus.
Matanya tajam memandang jalan.
Rumahnya yang gelap dan kosong sudah terlihat di hadapan mata.
Gate utama rumahnya terbuka secara otomatik apabila kereta sensor Audi tersebut menghampiri.
Adam memberhentikan keretanya di dalam perkarangan rumah.
Gate otomatik menutup perlahan di belakangnya.
Adam membuka boot, mengeluarkan beg pakaiannya, dan kemudian menariknya masuk ke dalam rumah.
Rumah yang besar.
Mewah.
Tapi kosong.
Tiada nyawa.
Tiada cinta.
Adam masih berdiri.
Mencampakkan kunci keretanya ke atas meja di ruang tamu.
Berjalan mundar-mandir mengekori langkahnya sendiri.

Sumber:Internet