Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 45

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 45

. Delisa keluar dari bilik mandi hanya dengan bertuala melilit tubuh badan.
Tubuhnya wangi harum semerbak dengan bauan sabun Follow Me Nature Path.
Rambutnya tidak dibasuh kerana ianya akan memakan masa untuk dikeringkan.
Delisa berjalan masuk ke bilik tidurnya dengan berkaki ayam.
Tuala dileraikan, tubuh dilap perlahan mengeringkan saki-baki air mandi yang masih menitis di atas tubuhnya.
Tuala kemudiannya disidai di ampaian ditepi tingkap.
Dengan keadaan berbogel, Delisa duduk di atas kerusi meja soleknya sambil merenung mukanya sendiri di dalam cermin.
Delisa mengangkat tangannya melihat kalau masih ada bulu-bulu halus diketiaknya selepas dia bercukur tadi.
Setelah berpuas hati dengan ketiaknya yang licin, Delisa mengambil deodorant Rexona dan menyapu pada kedua-dua belah ketiaknya.
Dibukanya penutup Nivea Body Cream, dicalitnya krim tersebut dan dilumurkan pada kedua-dua payudaranya, pada perutnya, tangannya dan kemudian pada celah pehanya.
Kemudian, Delisa menyembur-nyembur pula minyak wangi Chloe White Flora ke tubuh badannya yang masih tidak berbaju.
Delisa melihat tubuhnya yang masih gebu dan menawan.
Payudara 36C nya masih kenyal.
Perutnya masih leper, kulitnya masih tegang.
Terimbas kembali kenangan empat tahun yang lalu, dimana tubuh gebu ini buat pertama kali dipertontonkan dihadapan seorang lelaki.
Waktu itu adalah malam nikahnya pada Syafiq Mukhlis.
Delisa tersenyum sendirian, mengenangkan peristiwa pertama Syafiq meleraikan baju pengantinnya dan melihat tubuhnya buat kali pertama.
Telan air liur sambil sedikit terkedu Syafiq melihat tubuh halal isterinya.
Muka pun sedikit pucat.
Delisa tergelak mengenangkan saat manis itu.
Tetapi kini, tubuhnya yang sepatutnya milik mutlak Syafiq telah dikongsikan kepada lelaki kedua.
Bukan saja lelaki itu telah melihatnya, malah telah juga menyentuh dan merasainya.
Delisa termenung mengenangkan perbuatan curangnya bersama Adam di Koh Samui.
Delisa tertunduk.
Wajah yang tersenyum tadi, kini mencemek.
Hampir menangis.
Dia merenung tangan kirinya.
Di jari manisnya tersarung sebentuk cincin emas.
Cincin yang tak seberapa harganya.
Tetapi cincin yang begitu bermakna pada dirinya.
Cincin yang telah disarungkan ke jari manisnya sejurus selepas seorang lelaki bernama Syafiq Mukhlis selesai menyempurnakan kalimat ijab dan kabul.
Seorang lelaki yang telah menjadi suaminya.
Telah menjadi halalnya.
Pada ketika itu, mereka berdua telah berjanji untuk berkongsi kehidupan bersama, mengharungi segala susah dan senang, segala suka dan duka, nangis dan tawa.
Selagi nyawa dikandung badan, selagi hayat masih berdiri.
Selagi itu cinta akan tetap utuh dan tak kan sekali berhenti.
Tetapi Delisa sedar, dia telah mengkhianati janji itu.
Dia telah memungkari hati.
Dia telah mendustai satu-satunya cinta yang diberikan kepadanya.
Patutkah dia layak untuk memakai cincin itu lagi? Patutkah dia layak untuk menerima cinta Syafiq kembali?Delisa mula menangis.
Tangisannya perlahan.
Tetapi sakitnya menyusuk ke dalam hati.
Dalam, perit dan pedih.
Telefon berdering.
Mengejutkan Delisa dari tangisannya.
Mata yang berair dilap dengan lengan.
Delisa mengangkat telefon Samsung Galaxy Fold yang berdering tadi dan melihat skrin hadapan.
Adam yang sedang memanggil.
Panggilan dijawab.
ʻʻHello, Adam?ʼʼʻʻHello sayangʼʼ kata Adam menerusi sistem bluetooth kereta Audi A6 nya.
ʻʻI baru jer exit Karak Highway.
Lagi dua puluh minit I sampai jemput you.
You dah bersiap ke?ʼʼ
Sumber:Internet