Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 48

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 48

. Kereta Proton Saga yang dipandu Delisa tiba di tempat letak kereta bawah tanah Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Setelah berjaya menjumpai satu petak yang kosong, Delisa dengan perlahan memandu keretanya memasuki ke dalam petak tersebut.
Tetapi enjin tidak dimatikan.
Ianya dibiarkan berjalan sambil Delisa mengambil telefon bimbit Samsung Galaxy Fold dari dalam beg tangannya, dan kemudian merenungnya.
Jantungnya berdebar-debar.
Tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk mengejutkan lamunan Delisa yang sedang memikirkan seribu satu perkara.
Pesanan yang diterima dari Adam itu sangat pendek dan ringkas - iaitu nombor bilik hotel yang telah dia tempah untuk malam ini.
Delisa menghela nafas, menutup matanya, telan air liur.
Sempat lagi kalau dia mengabaikan sahaja pesanan tersebut.
Sempat lagi kalau dia mengundur keretanya dan keluar dari perkarangan hotel itu.
Sempat lagi kalau dia kembali ke tempat asalnya.
Sempat lagi.
Tetapi, Delisa mematikan enjin.
Membuka pintu.
Menyarungkan semula kasut tingginya di kaki.
Menggalas beg tangannya di bahu.
Keluar dari kereta.
Tutup pintu.
Kunci kereta.
Berjalan menuju ke lif.
Naik ke lobby.
Selendang di atas kepala diperbetulkan agar wajahnya ditutup agar tidak nampak oleh sesiapa.
Delisa membuka beg tangannya dan mengambil sepasang cermin mata hitam yang besar.
Disarungkannya ke mata.
Lif tiba di lobby.
Terus dia keluar dari lif tersebut dan menuju pula ke lif utama tanpa melihat kiri dan kanan.
Butang lif utama ditekan, dan jantungnya berdebar-debar menunggunya.
Beberapa orang tetamu hotel yang lain pun ada di depan lif yang sama juga.
Delisa tunduk, tak mahu sesiapa mengenalinya.
Lif sampai.
Delisa masuk dulu.
Terus tekan butang.
Berdiri di bucu.
Tetamu lain pun masuk sekali.
Delisa hanya tunduk sambil tetamu yang lain ralik berbual-bual sesama sendiri.
Lif sampai ke tingkat yang dituju.
Delisa senyum sambil berkata perlahan ʻʻExcuse meʼʼ.
Pantas kaki melangkah keluar.
Jantung berdebar-debar melangkah ke bilik hotel yang dituju.
Sehinggalah dia berada di hadapan bilik hotel tersebut.
Pintu tidak berkunci.
Dibiarkan terbuka sedikit dengan sengaja.
Delisa memegang pemegang pintu, menolaknya perlahan.
Pintu dibuka.
Sebuah bilik super deluxe terpampang dihadapanya.
Delisa masuk ke dalam dengan perlahan.
Bilik hotel tersebut separa gelap cahayanya.
Ambience lampu bilik itu memang sengaja direndahkah.
Wangi bilik tersebut.
Aroma rose lavender menenangkan jiwanya tatkala dia menghidunya.
Ratusan kelopak bunga ros berwarna merah bertaburan di atas lantai, disusun bersama lilin-lilin kecil.
Kelopak-kelopak bunga ros yang serupa juga disusun indah di atas katil menerupai sebuah bentuk hati.
Tuala digubah menyerupai dua ekor angsa yang sedang berkucupan.
Diatas siling, terdapat beberapa belon-belon merah and putih terhias indah.
Teruja hati Delisa melihat keindahan bilik hotel tersebut yang begitu romantis sekali.
Bergetar-getar jiwanya apabila melihatnya.
Berbunga-bunga hatinya seindah kelopak-kelopak ros yang tersergam indah.

Sumber:Internet