Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 50

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 50

. Hampir sejam Delisa berjalan-jalan tanpa arah tuju dengan hanya berkaki ayam.
Dari Mandarin Oriental, dia menuju ke arah Taman Rekreasi KLCC, melepasi Masjid KLCC, kemudian ke Four Seasons, kemudian balik semula kepada menara berkembar Petronas.
Tubuhnya lencun dibasahi hujan.
Kederatnya semakin kurang.
Tapak kakinya melecet akibat berjalan tanpa berkasut.
Sejak sejam itu jugalah, Delisa telah menalifon kesemua kaum keluarganya.
Lama dia berbual dengan adiknya Naura, kemudian dengan ibu dan ayahnya, kemudian menalifon ibu dan ayah mertuanya pula.
Walaupun dalam tona suaranya, dia cuba untuk memberi gambaran yang semuanya baik-baik belaka, tapi di dalam hatinya, perasaan menyesal tidak putus menyelubungi jiwanya.
Semua gambaran yang telah berlaku sejak dua bulan lalu perlahan-lahan bercantum akhirnya menjadi sebuah cerita.
Cerita yang menyebabkan Delisa rasa begitu berdosa sekali.
Kerana dalam keadaan suaminya Syafiq sedang bertarung dengan nyawa, dia sendiri hanyut dalam kenikmatan dunia.
Delisa tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan suaminya semula.
Dengan mertuanya.
Dengan keluarganya.
Adakah mereka sudah tahu apa yang dia telah lakukan? Adakah Syafiq tahu?Delisa malu.
Dia berdoa pada Allah agar perbuatannya tidak diketahui oleh Syafiq.
Biarlah ia jadi rahsia.
Biarlah dia sendiri yang menangung dosa.
Sesungguhnya, dia tidak mahu hati suaminya itu terluka.
Kalau lah boleh masa itu ditarik balik, sudah tentu Delisa akan mengubahnya semula.
Kalau boleh, Delisa ingin kembali ke waktu itu.
Dua bulan yang lalu.
Setia berada dan menunggu suaminya untuk menjemputnya di perhentian teksi KLCC.
Biarlah datang segala hujan dan badai, segala ribut dan taufan.
Datanglah segala apapun.
Delisa akan tetap menunggu sehingga Syafiq datang.
Penyesalan hatinya membawa kakinya ke tempat yang sama dua bulan yang lalu.
Dia kini sedang berada di perhentian teksi KLCC.
Tempat yang sepatutnya dia berjumpa dengan Syafiq seperti yang telah mereka janji.
Ya Allah.
Kembalikan lah aku ke waktu itu.
Doa perlahan Delisa sambil matanya ditutup.
Air berlinangan membasahi pipi.
Delisa membuka matanya perlahan.
Mencurah air mengalir dari kelopak matanya.
Pandangannya kabur.
Dia tak nampak apa-apa.
Penglihatannya semakin lama semakin jelas tatkala air mata semakin mengering.
Di hadapannya ada banyangan seorang manusia.
Tapi dia berkepak.
Kepaknya luas dan putih seperti kepak seekor burung merpati.
Adakah itu malaikat?Adakah itu orang yang akan menyelamatkannya?Dengan perlahan kepak putih lelaki itu semakin mengecut, seiring dengan penglihatannya yang semakin jelas.
Kepak yang disangkanya itu sebenarnya hanyalah lampu-lampu kereta yang menyala dari belakang tubuh lelaki itu.
Lelaki itu adalah seorang manusia.
Lelaki itu adalah...Syafiq.
Luruh hati Delisa melihat Syafiq di hadapannya.
Adakah dia bermimpi.
Adakah itu ilusi.
Adakah mindanya begitu celaru sehingga dia sudah tidak dapat membezakan antara yang maya dengan yang realiti.
Syafiq berjalan perlahan ke arah Delisa yang masih terpaku di hadapannya.
Langkahnya tidak dikejar.
Tidak dilekaskan.
Satu persatu kakinya melangkah sambil dia datang menghampiri.
Sehingglah dia betul-betul berada di hadapan isterinya di bawah teduhan perhentian teksi itu.
Air hujan menitis dari rambutnya, menitis membahasi wajahnya.

Sumber:Internet