Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 51

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 51

. Sebuah kereta Proton Saga berwarna merah masuk ke perkarangan tempat letak kereta Rumah Pangsa Ampang Jaya.
Kereta itu bergerak perlahan mencari satu petak yang kosong.
Ianya melepasi satu demi satu kereta yang berderet disitu.
Semuanya telah lama sejuk berehat dipetak masing-masing sejak petang tadi.
Setelah menjumpa satu tempat kosong di bersebelahan Block C, kereta Proton Saga itu terus masuk ke dalam petak yang menanti.
Enjin dimatikan.
Pintu dibuka.
Seorang lelaki segak dan tampan melangkah keluar dari kereta Proton Saga itu dan menutup pintu dibelakangnya.
Kereta dikunci dengan menekan burang remote.
Lampu hadapan menyala dua kali menandakan kereta telah selamat dikunci.
Adam berjalan ke arah Block C, mendongak kepala ke atas melihat sebuah flat di tingkat lapan.
Flat kekasihnya itu menyala lampunya.
Adam menghela nafas.
Kalau nak diikutkan, mahu sahaja dia naik ke tingkat lapan, ketuk pintu, berjumpa dengan Syafiq.
Man-to-man.
Tetapi Adam merasakan patut dia berikan Delisa sedikit ruang dulu.
Kekasihnya itu baru sahaja bertemu dengan suaminya semula.
Pasti banyak perkara yang hendak dibincangkan.
Bohonglah kalau tak ada sedikit harapan di dalam hati Adam yang mengharap agar Syafiq akan menghalau dan menceraikan Delisa diatas perbuatan curangnya itu.
Dan sekiranya itu takdir yang menanti Delisa, Adam tidak akan teragak-agak untuk mengambil wanita itu menjadi miliknya yang halal.
Tetapi.
Adakah Syafiq akan menceraikan Delisa.
Atau mungkinkah lelaki itu akan memaafkan isterinya yang telah terlajur itu.
Adam menghela nafas.
Tertunduk.
ʻʻJangan jadi pungguk yang rindukan bulan.
Sedangkan bulan sudah pulang ke pangkuan awanʼʼ satu suara kedengaran dari belakang Adam.
Adam tersenyum.
Kenal benar suara lelaki matang itu.
ʻʻKau ni dah jadi macam bayang aku pulak, Rol.
Mana-mana aku pergi ada jer kau mengekorʼʼ jawab Adam sambil masih membelakangi Hasrul.
Hasrul hanya tersenyum.
ʻʻAku tak mengekor kau, Dam.
Ini kan kawasan kami.
Kami memang duduk sini.
Kau je yang selalu datang ke tempat kami.
Petik bunga di taman kami.
Petik tanpa kebenaran.
Ambil buat milik sendiriʼʼ katanya menyindir.
Adam tidak menjawab sindiran Hasrul.
Mukanya masih tertunduk.
Ketap bibir.
Adam menoleh tubuhnya menghadap Hasrul.
Satu senyuman diberikan.
Adam menghulurkan kunci kereta Proton Saga yang dipegangnya kepada Hasrul.
ʻʻAku nak pulangkan milik Syafiq balik pada dia.
Kau tolong bagi kunci ni balik pada Syafiq, okay?ʼʼ kata Adam.
Hasrul mendengus.
ʻʻDah puas kau bawak harta kawan aku tu kesana kemari? Cukup puas dah?ʼʼAdam tahu sindiran bertubi-tubi Hasrul itu ditujukan kepadanya.
Tetapi Adam tetap tenang.
Dia tahu dia di kawasan orang.
Mengambil bunga terlarang.
Dia tahu dalam cerita ini, dia dilihat sebagai orang jahat.
Antagonist.
Tetapi antagonist pun manusia juga.
Manusia yang mempunyai hati.
Yang mempunyai perasaan.
Adam melihat kereta Proton Saga merah itu.
Dulunya kotor berhabuk.
Sekarang dah cantik bersih dibasuh berkilat.
Adam mengusap-usap bumbung kereta Proton Saga itu dengan tangannya.
Satu bekas habuk pun tak ada melekat pada tangannya.
ʻʻSyafiq tak pandai jaga kauʼʼ katanya perlahan pada kereta tersebut, sambil tangan masih mengusap-usap bumbung merah itu.
ʻʻDulu kau kotor.
Buruk.
Rosakʼʼ sambungnya lagi, menghela nafas, ʻʻAku yang baiki kau.
Bersihkan kauʼʼ Adam menelan air liur.
ʻʻTa kau tetap milik Syafiqʼʼ
Sumber:Internet