Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 54

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 54

. Subuh pun tiba.
Ramai penghuni rumah pangsa Ampang Jaya mula berpusu-pusu bangun tidur untuk keluar mencari rezeki.
Ada yang bekerja, ada yang meniaga.
Masing-masing dengan tugas masing-masing mencari sesuap nasi yang halal untuk diri sendiri dan keluarga.
Awal lagi Delisa dah bersiap.
Rambut ikal mayang tidak bertudung itu disikat perlahan dari pangkal rambut ke hujung rambut.
Foundation ditepek pada muka.
Gincu merah dicalit pada bibir.
Baju uniform disarungkan ke badan.
Baju ketat itu memang menampakkan segala lekuk tubuh badannya.
Skirt disarungkan pula ke kaki.
Belahan pada sebelah menampakkan betis dan peha dengan jelas.
Syafiq pula lebih bersahaja.
Memakai kemeja lengan pendek dan seluar hitam.
Tali kulit tiruan diikat dipinggang.
Tak banyak yang dibualkan pada pagi itu.
Syafiq buat kerjanya.
Delisa buat kerjanya juga.
Setelah selesai bersiap, Syafiq dan Delisa kelua rumah sambil berjalan ke arah kereta mereka.
Masing-masing mengambil tempat duduk masing-masing.
Syafiq menghidupkan enjin dan menghantar Delisa pergi kerja di Shangri-La.
Di dalam perjalanan, Syafiq yang pertama dulu memecahkan kesunyian dengan menanyakan satu soalan pada isterinya, ʻʻDekat hotel tu, diaorang memang tak bagi Lisa pakai tudung ke?ʼʼDelisa menunduk.
Dia tahu suaminya agak kurang selesa melihat penampilan dirinya yang agak mendedahkan diri.
ʻʻLisa kerja guest relations.
Memang hotel policy kena dressing macam niʼʼ jawabnya perlahan.
Syafiq menelan air liur.
Setahun lamanya Delisa mencari kerja.
Ni dah dapat, tak kan nak suruh dia berhenti.
Apapun cabaran dan dugaan, Syafiq kena hadapinya dengan bijaksana.
ʻʻSaya tahu awak dah lama job hunting.
Tapi kalau boleh, teruskan cari kerja lain walaupun awak dah dapat kerja ni.
Mana tahu, ada rezeki tempat lain, kan?ʼʼ kata Syafiq perlahan, cuba memujuk isterinya.
Delisa mengangguk.
ʻʻNanti Lisa cuba apply lagi tempat lainʼʼ balasnya.
Syafiq tersenyum.
Delisa menoleh melihat suaminya.
ʻʻApa plan awak hari ni?ʼʼʻʻPaperwork.
Nak buat IC, driving licence, kad Maybank.
Nak settle semua tu duluʼʼ jawab Syafiq.
ʻʻOkay.
Petang nanti, Fiq jemput Lisa ya?ʼʼʻʻYa lah.
Petang nanti, kita keluar sama-sama nak? Jalan-jalan dekat pekan, jomʼʼ pelawa Syafiq, cuba untuk memujuk isterinya.
Dia perlu memulakan semua hubungan cinta mereka.
Malam tadi dia terkandas.
Sampai bila dia macam tu.
Nak tak nak, hubungan mereka yang telah luka itu perlu dipulihkan juga.
ʻʻBoleh jugakʼʼ senyum Delisa tatkala mendengar suaminya mengajak untuk dating bersama.
Syafiq membalas senyuman.
Perjalan mereka memakan masa hampir setengah jam ke Shangri-La.
Setibanya di perkarangan hotel, Syafiq menurunkan Delisa di tempat kerjanya.
Sempat Delisa mencium tangan Syafiq kemudian disusuli dengan lelaki itu mencium dahi isterinya sebagai balas.
Delisa melambai Syafiq sambil melihat kereta suaminya hilang dari pandangan.
Delisa kemudian mengambil nafas yang dalam.
Dia menoleh ke arah pintu utama hotel Shangri-La.
Kakinya melangkah masuk.
Semua para pekerja reception dan concierge mengucapkan selamat pagi dan menunduk hormat pada Delisa.
Delisa membalas ucapakan mereka dengan senyuman.

Sumber:Internet