Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 57

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 57

. PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN membuat pengumuman menerusi saluran radio dan televisyen kepada semua rakyat Malaysia berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18. Mac 2020 berikutan dari peningkatan jumlah kes jangkitan koronavirus sindrom pernafasan kritikal (SARS-CoV-2) yang sedang melanda di seluruh negara.
Syafiq, Delisa dan Naura yang pada ketika itu berada di restoran Warung Kita mendengar ucapan Perdana Menteri itu menerusi skrin besar yang di paparkan dengan hati yang berdebar-debar.
Debaran yang mereka rasai malah dikongsi bersama oleh kesemua pelanggan restoran pada malam itu, masing-masing mula membuka telefon pintar dan melayari berita terkini, ada juga yang jenuh menaip pesanan kepada kenalan dan sahabat handai, ada juga yang membuat panggilan ke kampung dan pada orang tersayang.
Delisa yang duduk disebelah kiri Syafiq, memaut lengan suaminya itu sambil menelan air liur.
ʻʻRisaunyaʼʼ bisiknya perlahan.
Syafiq yang melihat raut wajah isterinya yang kerisauan itu, mengusap-usap tangan wanita itu, sambil mencium kepalanya, berbisik sesuatu untuk menenangkannya, ʻʻJangan risau, sayang.
Harapnya tak serius.
Apapun, kita ikut arahan, dan kita sendiripun kena berjaga-jaga pasal wabak niʼʼDelisa mengangguk.
Pelukan lengan suaminya dieratkan lagi.
Syafiq berkata lagi kepada Delisa, ʻʻAda apa-apa message dari Shangri-La ke?ʼʼDelisa mengambil telefon dari beg tangannya dan melihat peratalan itu sambil membelek-belek isi kandungannya.
ʻʻSo far, belum ada apa-apa lagiʼʼ katanya sambil mata masih merenung skrin.
ʻʻAra?ʼʼ tanya Syafiq kepada adik iparnya pula.
ʻʻBelum ada apa-apa, bangʼʼ jawab Naura sambil melihat WhatsApp group kolej kediaman dan juga fakulti pendidikan Universiti Malaya untuk melihat kalau ada apa-apa sebarang pengumuman yang muncul.
Sambil mereka membelek-belek telefon masing-masing, tiba seorang jejaka tinggi dan berkulit cerah menghampiri mereka.
Pada mulanya, mereka bertiga tidak perasan pun dengan kehadiran lelaki itu yang tiba di meja mereka.
Sebab semua masih ralik dengan telefon masing-masing.
Lelaki tampan tadi berdehem sedikit, cuba untuk mencuri perhatian.
Naura mendongkkan kepala melihat lelaki itu.
Satu senyuman terus terukir di bibir.
ʻʻEh... Haz.
Dah sampai ke?ʼʼ tanya Naura sambil berdiri.
Syafiq pun mendongakkan kepala melihat Hazrin yang berada di hadapan mereka.
Delisa masih ralik dengan telefon.
ʻʻAssalamualaikum.
Saya Hazrin.
Kawan Nauraʼʼ kata Hazrin sambil mengulurkan tangan untuk berjabat.
Syafiq berdiri dan kemudian menyambut tangan Hazrin untuk bersalaman.
ʻʻWaalaikum salam.
Saya Syafiqʼʼ balas Syafiq.
Hazrin agak gementar.
Boleh nampak dari bahasa tubuhnya, yang dia sebenarnya agak nervous.
ʻʻErm... abang apa khabar? Err... sihat?ʼʼʻʻSihat, Alhamdulillah.
Hazrin orang Sarawak ke?ʼʼ tanya Syafiq tatkala mendengar Hazrin bertutur dalam bahasa baku.
ʻʻYa saya.
Saya dari Kuchingʼʼ jawab Hazrin sambil menelan air liur.
Naura menggendeng di sebelah Hazrin sambil berbisik walaupun mulut tengah tersengeh.
ʻʻAwak ni.
Konon leftenan muda.
Jumpa abang ipar pun dah kalutʼʼ bisiknya sambil menyiku tubuh lelaki itu.
Hazrin hanya membalas sengeh.
ʻʻDuduk lah.
Janganlah nervous.
Saya bukan makan orangʼʼ kata Syafiq cuba untuk mententeramkan Hazrin.
Hazrin mengangguk.

Sumber:Internet