Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 59

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 59

. ʻʻAku nikahkah dikau dengan Jasmina Abirah binti Muhammad Ruslan yang berwakil walikan aku, dengan mas kahwinnya empat puluh ringgit, tunaiʼʼ kata Tok Kadi Wilayah Persekutuan menyebut kalimah ijab dengan jelas dan teratur sambil didengari oleh kesemua hadirin yang berada di Masjid Kampung Pandan pada tengahari itu.
ʻʻAku terima nikahnya Jasmina Aribah binti Muhammad Ruslan dengan mas kahwinnya empat puluh ringgit, tunaiʼʼ lafaz kabul disempurnakan dengan sekali nafas, sama jelas, sama teratur aturannya.
Tok Kadi tersenyum sambil melihat para hadirin yang duduk bersila di tengah-tengah dewan solat Masjid Kampung Pandan itu.
Ditoleh sebelah kanan kepada ayah Jasmina, selaku wali pengantin perempuan.
Lelaki berusia 60an itu senyum mengangguk sekali.
Tok Kadi kemudian menoleh pula kepada dua orang lelaki di sebelah kirinya.
ʻʻSahʼʼ kata lelaki selaku saksi pertama.
ʻʻSahʼʼ sahut lelaki disebelah yang pertama tadi, selaku saksi kedua.
ʻʻAl-Fatihahʼʼ balas Tok Kadi yang masih tersenyum, mengesahkan upacara akad nikah telah disempurnakan dengan jayanya.
Surah ummul kitab diikuti dengan doa dibaca dan diaminkan beramai-ramai.
Jasmina yang tertunduk sejak dari tadi, mengukir senyuman tatkala dia telah sah bergelar menjadi seorang isteri buat kali kedua.
Busana pengantin yang dipakai oleh Jasmina ringkas, tapi tetap indah.
Dia memakai baju songket berwarna putih, kain sutera menutup kaki, tudung satin berwarna putih menutup auratnya, dihiasi dengan tiara yang ringkas di atas kepala.
Kesepuluh hujung jari merah dengan inai.
Sama merah dengan gincu dibibir.
Busana Jasmina hari ini berbeza dengan busana pengantin yang dipakainya tujuh tahun yang lalu sewaktu dia menikahi suaminya yang pertama, Adam Haider Mikael.
Waktu itu, busana pengantin sentuhan dari Datuk Rizalman begitu menyerlah sekali, tak ubah seperti seorang ratu.
Walaupun baju songket putih kali ini lebih sederhana, tetapi aura pengantin perempuan tetap bersinar menyerahkan suasana masjid.
Syafiq Mukhlis bangun dari duduk bersilanya.
Dibetulkan baju melayu agar tidak kusut.
Kain sampin diusap sekali dengan tapak tangan.
Songkok dibetulkan sedikit.
Senyum tetap manis dibibir.
Jasmina juga bangun dari duduk simpuhnya sambil dipimpin oleh Zahrah, selaku pengapit pengantin perempuan, juga rakan sekerja dan teman rapat kepada Jasmina.
Zahrah membetul-betulkan baju Jasmina dan kemudiannya memberikan pengantin perempuan itu sejambak bunga putih beriben panjang untuk dipegang di kedua tangan.
Syafiq berjalan perlahan perlahan ke arah Jasmina.
Sambil wanita itu memandangnya dengan dalam.
ʻʻCantik betul awak hari ni, Mimeen.
Cantik bagai bidadariʼʼ kata Syafiq melihat kejelitaan Jasmina dihadapannya.
Syafiq tersenyum melihat Jasmina yang sempurna menutup auratnya.
Sejak dari tempoh hari dimana Syafiq memakaikan Jasmina tudung buat pertama kalinya, wanita itu tidak pernah lagi mendedahkan rambutnya kepada mana-mana lelaki yang bukan mahramnya.
ʻʻTerima kasih, Fiqʼʼ jawab Jasmina sambil merenung mata Syafiq.
ʻʻTerima kasih kerana membimbing saya ke arah yang lebih baik, memberi kepercayaan pada saya, mengembalikan keyakinan diri saya, gelak bersama saya diwaktu riang, berkongsi sedih saya dimasa hiba.
Terima kasih, Fiqʼʼ kata Jasmina dengan sayu.
ʻʻTerima kasih kepada awak jugak.
Terima kasih kerana menjaga saya, memulihkan saya, dan memberi saya kekuatan untuk terus berdiri walaupun saya jatuh berulang kaliʼʼ balas Syafiq perlahan.
Syafiq menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
Tangannya disambut perlahan.
Kulit bertemu kulit.
ʻʻTahniah, broʼʼ kata Syafiq pada Syed Izzuddin sambil tangan mereka bersalaman erat.
ʻʻSelamat jugak bujang terlajak kita sorang ni!ʼʼ seloka Syafiq pada Syed yang tergelak gembira.
ʻʻJadilah seorang suami yang baik pada Mimeen.
Semoga jodoh korang kekal sampai ke jannah.
Jangan sekali-kali sia-siakan cinta dari seorang wanita yang bergelar isteriʼʼ sambung Syafiq lagi.

Sumber:Internet