Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 61

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 61

. ***SPECIAL FLASHBACK SCENE***Tiga Bulan Yang LepasKereta Proton Saga berwarna merah yang berusia lebih dari sepuluh tahun itu bergerak perlahan ke puncak Bukit Ampang membawa sepasang suami isteri. muda di dalamnya.
Melepasi deretan gerai-gerai makanan yang berada di kawasan itu, Syafiq memandu kereta Proton Saganya ke satu tempat lain yang agak terpencil dan tersembunyi di puncak bukit tersebut.
Kereta diperlahankan apabila ianya tiba dikawasan yang ditujui.
Syafiq memulas stereng keretanya agar kenderaan itu disisir keluar dari jalanraya bertar ke sebuah padang berumput ditepinya.
Kereta tersebut dipandu dengan lebih perlahan lagi sambil tayar mengelek rumput, sehinggalah ianya tiba di sebuah bucu pada penghujung bukit itu.
Syafiq dengan berhati-hati memberhentikan keretanya tatkala tayar hadapan sudah hampir ke penghujung tebing.
Handbrake ditarik, enjin dimatikan.
Syafiq menoleh kepada Delisa yang berada di sebelahnya.
ʻʻIngat lagi tak tempat ni?ʼʼ tanya Syafiq pada Delisa.
ʻʻMestilah ingat.
Ni kan tempat rahsia kitaʼʼ kata Delisa sambil tersenyum lebar.
Syafiq membuka pintu keretanya dan melangkah keluar.
Delisa turut membuat perkara yang sama.
Seperti aksi seorang hero drama, Syafiq tiba-tiba melompat dan memanjat bonet keretanya dan berdiri di atas bonet tersebut.
Dia kemudian menghulurkan tangan kepada isterinya yang masih berdiri di atas padang rumput tadi, dari tadi senyum melihat aksi suaminya itu.
Delisa menyambut tangan Syafiq.
Syafiq menggenggam tangan Delisa dan menarik tubuh wanita itu untuk naik bersamanya ke atas bonet kereta mereka.
Syafiq kemudian memeluk pinggang Delisa sambil keduanya mendongak ke arah langit melihat bintang-bintang yang bergelimapan.
ʻʻYa Allah.
Cantiknyaʼʼ bisik Delisa sambil melihat bintang-bintang di langit.
ʻʻKan? Anugerah Allah seluas-luasnyaʼʼ bisik Syafiq membalas kata-kata Delisa.
ʻʻBila kita last datang sini ya?ʼʼ tanya Delisa.
ʻʻ dah setahun dua kotʼʼ Syafiq cuba mengingat kembali memori-memori mereka berkongsi bersama.
ʻʻDulu lepas kita kahwin, kita selalu lepak sini, kan?ʼʼ kata Delisa sambil kepalanya masih mendongkak ke atas.
ʻʻBetul.
Tiap-tiap minggu kita datang siniʼʼ balas Syafiq.
ʻʻMasa tu kita tak ada duit sangat.
Couple-couple lain tengok wayang lah, karaoke lah, tengok concert lah... ki tengok bintangʼʼ kata Delisa tersenyum.
Syafiq menoleh memandang isterinya.
Delisa membalas pandangan Syafiq.
ʻʻSayangʼʼ kata Syafiq.
ʻʻAwak tak pernah sekali pun complain kalau saya tak belanja awak tengok wayang kanʼʼ kata Syafiq perlahan.
ʻʻTengok yang ni kan lagi best.
Betul tak? Kadang-kadang kita saja tunggu kalau-kalau ada shooting star jatuh.
Kan?ʼʼ balas Delisa.
Tiba-tiba ada satu garisan putih kelihatan di atas langit apabila sebutir tahi bintang jatuh ke bumi.
ʻʻTengok, Fiq! Shooting star!ʼʼ kata Delisa gembira sambil tepuk tangan.
Dia melompat-lompat anak sambil bergerak sedikit ke hadapan kereta.
Syafiq turut tergelak sama.
Riang hatinya cerkongsi keriangan isterinya itu.
Dari belakang, Syafiq menghampiri Delisa, memeluk pinggang wanita itu, kemudian mencium lehernya pula.
ʻʻSayangʼʼ katanya perlahan.
ʻʻHmmm?ʼʼ jawab Delisa manja.

Sumber:Internet