Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 7

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 7

. Kunci gril flat yang berada ditingkat lapan Rumah Pangsa Ampang Jaya itu dipulas dan dibuka, diikuti dengan pintu kayu yang berada di belakangnya.
Lega rasa di dalam hati, tatkala tuan punya diri sampai ke teratak kediamannya sendiri.
Biarlah rupa tak seindah istana, tetapi pabila sirih pulang ke gagang, yang disebut rumah itulah syurga baginya.
Tetapi untuk Syafiq, penyeri syurganya adalah bidadarinya.
Walaupun muka sudah penat, tenaga kederat pun sudah tinggal sisa, tetapi pabila dilihat wajah Delisa yang tersenyum kepadanya, sejuk hati Syafiq tatkala memandangnya.
ʻʻAssalamualaikum Lisa.
Fiq dah balikʼʼ kata Syafiq sambil tersenyum.
Di dalam tangannya ada dua tangkai pisang emas, beserta balutan kertas tisu mengandungi tiga potong kuih seri muka.
ʻʻWaalaikum salam Fiqʼʼ jawab Delisa yang sedang berada di dapur, sedang membancuh kopi.
ʻʻLewat balik pagi ni.
Selalunya awak dah sampai, patut masuk tidur dahʼʼ katanya sambil menuang kopi yang dibancuh ke dalam dua cawan.
ʻʻFiq buat extra hours dekat 7E tu.
Lepas tu, aleh-aleh masuk subuh, Fiq singgah lah ke surau duluʼʼ katanya sambil mengangkat tangan kanannya untuk menunjuk apa yang dibawanya, ʻʻKebetulan dekat surau tadi ada orang letak pisang dan kuih, Fiq bawa lah balik sebab teringatkan Lisaʼʼ ʻʻSedapnya! Kuih apa tu?ʼʼ tanya Delisa yang berjalan kearah tikar di tengah rumah dan kemudian duduk bersimpuh di atas lantai.
Satu cawan kopi diletakkan di hadapan suaminya.
ʻʻKuih Seri Muka.
Ni ada tiga potong.
Lisa ambik lah duaʼʼ kata Syafiq sambil membahagikan kuih yang telah dibawa balik dari surau.
ʻʻJom kita sarapanʼʼ sambungnya lagi.
Dua potong kuih seri muka dan satu tangkai pisang emas diberikan kepada Delisa, sambil Syafiq mengambil bakinya.
ʻʻ lazatnya!ʼʼ kata Delisa sambil menyumbat satu potong seri muka terus masuk ke dalam mulutnya.
Mulutnya penuh sambil tersenyum menguyah pulut putih berlapiskan pandan hijau yang sangat menyelerakan itu.
Syafiq hanya tersenyum melihat telatah isterinya yang makan dengan rupa yang agak comot tadi.
Setelah habis menjamah kuih dan pisang, mereka berdua menghabiskan kopi panas pula.
Tetapi bagi Syafiq, kafein kopi yang dibancuh oleh isterinya tak dapat menahan penat tubuh dan layu mata yang semakin mengantuk.
Terus sahaja Syafiq menguap sambil tangan kanan mentutup mulut.
ʻʻAwak.
Pergilah masuk tidur di dalam bilik tu.
Kesian awak bekerja dari malam sampai ke subuhʼʼ kata Delisa kepada suaminya tatkala melihat mata Syafiq semakin kuyu.
Syafiq menguap lagi.
Kedua tangannya memegang bucu t-shirt 7-Eleven yang dipakainya dan kemudian menyelaknya ke atas untuk meleraikan dari tubuhnya.
Delisa hanya mampu melihat dada bidang suaminya itu yang sangat dirinduinya.
Kalau boleh, nak saja dia terkam dan baring di atas dada tegap itu.
Syafiq kemudian bangun dan mengibas-ngibas t-shirt tersebut, dan kemudian menyidainya di tengah rumah.
Dengan tubuh yang tak berbaju itu, Syafiq menggeliat kiri dan kanan, meletupkan sendi-sendi dan tulang belakang yang sudah letih dan sengal.
Delisa hanya mampu memandang suaminya tanpa berkata apa-apa.
Rindu di hati, biarlah simpan sendiri.
ʻʻApa plan awak hari ni, Lisa? Masih nak hantar resume ke?ʼʼ tanya Syafiq.
ʻʻTengok lah.
Awak ada duit ke, Fiq? Ingat nak pergi bandarʼʼ jawab Delisa.
Syafiq menyelok poket seluarnya.
Ada empat ringgit.
Baki dari makan malam tadi.
ʻʻNah ni ada sikitʼʼ kata Syafiq sambil menghulurkan duit pada Delisa.
ʻʻCukup ke?ʼʼ Delisa mengambil duit dari suaminya, ʻʻOkay lah ni.
Cukup buat tambang bas.
Kalau saya jadi keluar nanti, saya akan wassap awak dulu.
Baca tau.
Jangan lambat macam semalamʼʼ.
Sumber:Internet