Gelap

Hello Miss Devil 17

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 17

. 17.
Puan Adriana pulang ke rumah pada lewat malam.
Selepas dia selesai meeting dan makan makan bersama rakan sekerjanya barulah dia pulang ke rumah.
Dengan berat kakinya diatur naik ke tingkat atas.
Berada sahaja dia di tingkat dua, Puan Adriana perasan akan cahaya lampu dari bilik Airis menerangi sebahagian laluan di koridor tersebut.
Sambil dia berjalan, Puan Adriana menyelak lengan bajunya sedikit untuk melihat jam tangan.
Kenapa masih bercahaya bilik Airis ni? Tak tidur lagi ke? Jam menunjukkan waktu sudah pun masuk 12 setengah malam.
Oleh kerana ingin tahu berhati-hati dia mendekati bilik tersebut.
Puan Adriana menjengah kepala sedikit untuk mengintai lihat dari bingkai pintu yang terbuka luas itu.
Di atas katil,  Puan Adriana melihat kembar sedang baring meniarap berbantalkan lengan masing-masing,  sementara Airis sudah terlentang dengan buku di dada, laptop terbuka di tepi tangan yang terkulai, rambut bersepah di muka, kaki pula terjuntai keluar dari katil gara-gara kembar dua orang itu baring di bahagian bawah tilam betul-betul di bawah kaki.
Lagat tiga orang itu mencuit perasaan Puan Adriana.
Lekas-lekas  Pua.
Adriana mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil beberapa gambar.
Setelah itu dia mematikan lampu bilik dan menutup pintu tersebut sewaktu keluar.
Dia tidak cuba untuk membangunkan Jennie dan Lissa memandangkan anak kembarnya sudahpun selesa terlena di situ.
Sedang Puan Adriana jalan hendak naik ke tingkat tiga, dia bertembung dengan Aron di depan tangga.
Mereka saling bertentang mata buat seketika.
Dan Puan Adriana mengetap garis nipis di bibir.
Sepertinya budak bertuah ni baru balik dari parti.
               "Baru balik?"soal Adriana.
               "Mm..."balas Aron sambil menggaru kepala.
                "Berapa kali mama pesan jangan selalu keluar malam...kamu tu nak exam kan..dah masuk tahun jangan buat main-main..."bebel  Puan Adriana sewaktu mendaki tangga untuk ke tingkat atas satu lagi.
Kepala Aron berpaling, memandang belakang Puan Adriana ketika mama tirinya berada empat anak tangga di atasnya.
               "Kenapa mama bawa dia ke sini?"tanya Aron secara tiba-tiba.
Adriana menoleh.
Dia menilik wajah Aron.
Kening wanita berkerut kehairanan.
                "Lepas 12 tahun mama tinggalkan dia kenapa baru sekarang mama terima dia? Tak nampak sangat ke mama mainkan perasaan dia?"                  "Apa kamu katakan ni?"soal Adriana bernada tidak suka.
Aron menjungkit bahu.
                    "I don't know..Mama beritahulah Aron"Adriana melepaskan keluhan letih.
Bukan sekarang hendak bahaskan masalah kisah silamnya.
                  "Dah malam..kita bincang lain kali..."dalih Puan Adriana.
                  " nak tahu sekarang.
Kenapa sekarang?"tegas Aron sambil menyilang tangan ke dada.
Adriana memejam mata seketika sebelum melepaskan dengusan berserah.
Lantas dia membuka mata dan bersuara tanpa menoleh.
                  "Mama obviously boleh reject idea ni masalah Airi bukan urusan ki                   "Sebab mama bersalah pada Airis, Aron...Mama buang dia kerana mama pentingkan diri mama.....dan ayah Airis minta tolong mama sebab mama juga mama Airi tahu semuanya dah at least mama nak cuba tebus semula kesilapan mama hati sekarang?"Kening Aron mencerun.
                 "Mama buang dia?Mama kata papa dia yang rebutkan hak penjagaanPuan Adriana memicit batang hidung dengan mata terpejam.
gosh!This is getting on her nerve now!                   "Mama le Puan Adriana sebelum mendaki naik ke tingkat atas.
"We talk la Meninggalkan Aron di situ.
Rupa-rupanya dalam senyap ada yang memasang telinga sepanjang perbualan itu di jalankan.
Waktu itu Airis pada mulanya bangun hendak keluar minum.
Tetapi langkahnya mati setelah dia tanpa sengaja terdengar perbualan itu.
Selepas mendengar segalanya, Airis bersandar lemah di pintu saat mendengar semua perbualan tersebut.
Tebus semula apa?Nak tebus semula momen dia membesar tanpa seorang ibu di sisi hanya beralasan ibu dia mahu mengejar kerjaya dan keinginan? Tapi end u keluarga dan mempunyai anak jugak.
Jadi apa bezanya dulu dan sekarang!?Airis memejamkan mata sambil mengetap gigi dengan erat.

Sumber:Internet