Gelap

Hello Miss Devil 24

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 24

. 24.
Suasana tenang fakulti pada hari ini tidak setenang seperti biasa apabila suara bising menghuni koridor lokar pelajar apabila seorang pelajar perempuan sedang menengking marah ke arah tiga orang pelajar perempuan dihadapannya.
Dalam keadaan tidak terurus dan berwajah pucat, gadis itu menangis saat bersuara.
               "Hapuskan video tu sekarang!"Mandy menarik senyuman sinis.
Membuat muka tidak bersalahnya seakan semua kekecohan tersebut sebuah hiburan untuk dia.
Terkenal dengan sikap pembuli dan bratty, menjadi seorang pelajar bermasalah bukan suatu hal menghairankan buat pelajar Bernama Mandy Sonovan.
              "Video apa?              "Aku tahu kau adalah orang yang  bertanggungjawab merakam video aku malam tadi lepas letakkan dadah pada minuman aku...kenapa kau orang buat macam tu?!"Rania ketawa kecil, dia yang berdiri di sebelah Mandy menyilang tangan ke dada.
Lalu tunduk sedikit kedepan untuk bersemuka dengan gadis malang itu.
             "Kau ada bukti ke?"             "Memang aku tak ada bukti, tapi malam tadi aku cuma bersama dengan kau orang...bukan sesiapa!"             "La nak marah?Bukan ke kau kata nak jadi sebahagian dari kumpulan kita orang?"             "Tapi bukan macam ni caranya.....hapuskan video tu sekarang! Macam mana kalau parents aku nampak!marah gadis malang tersebut bersama linangan air mata.
Quincy memegang bahu gadis itu lantas menggeleng kepala.
            "Ke kau..perasan bagus sangat kan.
Dan ini adalah akibat kerana kau cuba nak jadi sebahagian dari kita orang...so lain kali nilai diri tu sikit sebelum cuba nak dekati kita orang...loser.."komen Quincy yang membuatkan Rania dan Mandy mengetawakannya.
Gadis malang itu terpempan, lantas dia tunduk menangis sebelum berlari pergi meninggalkan tempat tersebut.
Membuatkan ketiga-tiga mereka berpaling lihat gadis tersebut berlari ke belakang.
                "Lembab.."detus Mandy sewaktu kembali berpaling ke depan bersama senyuman bangga di bibir.
Namun begitu senyumannya pudar apabila dia bertentang mata dengan gadis bertindik di cuping telinga sambil mengunyah gula-gula getah di mulut yang kebetulan sedang berjalan ke arah mereka bertiga.
Airis melirik Mandy dari atas ke bawah dengan renungan malas sebaik berdiri di laluan Mandy dan dua minion gadis tersebut.
                 "What a surprise! Kita berjumpa lagi pelajar baru.
"sengih Mandy dengan meleret.
Mata bercelak Airis merenung dingin akan tatapan mengejek Mandy.
Sedang berkira-kira kata balas apa yang dia patut lemparkan kepada Mandy sekarang.
              "Ada apa kau pandang-pandang aku macam tu? Ke kau pun nak dapat nasib yang sama macam dia tadi?" soal Mandy serta merta.
Rania dan Quincy berpaling memandang pelik ke arah gadis yang mengenakan dress shirt hitam lengan Panjang dan skinny jean hitam.
Rambut panjang itu diikat satu ke belakang dengan tomboyish menampakkan gadis di hadapan mereka kelihatan sungguh samseng.
             "Kalau aku jadi kau orang..aku akan minta maaf..."ujar Airis dengan renungan tidak berminat.
              Mandy berdengus kecil.
"Apa kau cakap?"              "Minta maaf dekat dia... dan mengaku Airis dengan nada mendatar.
               "Kau tahu tak kau tengah bercakap dengan siapa sekarang?Kalau kau tak tahu biar aku beritahu.
Kita orang adalah 3 Queen kolej ni.
Dan tak ada sesiapa berani arahkan kita orang apa patut buat.
Sebab kita orang yang beri ara Mandy dengan bangga.
"Jangan kau fikir kau rapat dengan Aron, aku tak berani nak apa-apakan kau...kau silap.
" bebel Mandy dengan nada perempuan tergedik-gedik versi Paris Hiltonnya itu.
             "Ya Queen lah yang aku dengar kau orang ni 3 Bitches ada la.."fikir Airis sambil mengunyah gula-gula getah di dalam mulut sebelum di buat belon dan diletupkan sejurus itu.
Dia menyeluk tangan ke dalam poket tepi beg galasnya.
Mencapai telefon bimbitnya lalu tunduk menyentuh skrin tersebut, tanda dia tidak peduli dengan celoteh Mandy.
               "E dengar tak aku cakap apa?"soal Mandy dengan kening mencerun.
               "Kau yang sepatutnya minta maaf pada kita orang...." aju Rania dengan tangan bersilang di dada.
               "Be kau akan menyesal sebab cuba provok kita orang..."sambung Quincy pula.
Sambil mengunyah gula-gula getah dalam mulut bersama muka 'i dont give a f*ck'nya, Airis memandang skrin telefon.

Sumber:Internet