Gelap

Hello Miss Devil 51

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 51

. 51.
Muka ketat.
Tangan bersilang di dada.
Kening berkerut.
Renungan seakan boleh membunuh sesiapa saja sekiranya bertentang mata.
Dengan muka seperti katak tersepit dekat tengah pintu, Airis duduk diam di antara dua kerusi budak-budak di tempat duduk belakang.
Semuanya gara-gara Rina beria hendak naik bersama mereka.
Airis bersandar tegak dengan kedua-dua tangan bersilang di dada tidak puas hati.
Memerhati Aron dan Rina menikmati saat lovey dovey bersama.
Tenggelam dalam bubble perbualan mereka, memperlakukan dirinya seakan tidak wujud di situ.
Bukan main lagi menggeletis tu kan?Tenung Airis ke tepi muka Rina.
             "O adalah adik beradik awak...jadi Airis ni adalah kakak tiri awaklah kiranya?"soal Rina dengan senyuman manis.
Kalau lelaki pandang gerenti cair punya.
Namun menurut pandangan Airis, senyuman itu ibarat racun.
Berbulu rasanya dia melihat tingkah gedik Rina.
Mengingatkan Airis pada seseorang.
Seseorang yang mempunyai rupa paras dan tingkah laku yang sama.
Tapi siapa ya?Itu yang buatkan dia tak puas hati sangat sekarang ni?Rina ni mengingatkan dia pada siapa ya!?             "Ha'a ni pun baru jer datang empat bulan lepas macam tu?"balas Aron sambil. tersenyum lebar, sehingga naik tulang pipi lelaki itu.
Airis dengar sambil membuat muka menyampah, dia berpaling memandang Lissa yang sedang mengutil-ngutil mata teddy bear coklat milik budak itu dengan jari telunjuk.
Di sebelah kiri pula, Jennie sedang menyanyi kecil bersandar termenung memandang keluar tingkap kereta.
Dan tidak semena patung yang dipegang Lissa dicampak oleh budak itu  hingga mengenai Rina yang kebetulan duduk di depan Lissa.
Opocot kau!Airis terkebil bingung melihat kejadian itu.
Tak sempat nak buat apa-apa.
Rina yang terkejut berpaling ke belakang, memberi jelingan maut pada Airis.
Bibir itu memuncung.
             "Excuse me..ada yang tak puas hati ke?"soal Rina pada Airis.
Menuduh Airis pula yang baling patung itu.
Yalah mana tahu Airis mungkin cemburu atau tidak suka lihat dia berbual dengan Aron sementara Airis tersekat di belakang seperti kentang rebus di antara dua orang kembar seiras itu.
Kening Airis berkerut, gadis itu memandang tidak percaya ke arah Rina.
            "Kenapa Rina?"soal Aron mengerling sekejap ke Rina.
             " ni tetiba aje baling patung dekat saya.."Eh!Eh!Suka hati je!Mata Arisi melirik Rina atas Bawah dengan judging.
Nampak ke dia yang baling?             "Airi ke kau campak barang macam ada apa-apa cakap..."tegur Aron.
Airis tidak membalas, dia hanya memberi renungan tidak puas hati melalui cermin pandang belakang kebetulan terarah pada mata Aron sebelum bersandar malas pada kerusi.
Macam la dia kisah nak jelaskan hal sebenar.
Airis menjeling berterima kasih kepada Lissa.
Elok juga Lissa baling patung tu.
Padan muka!Dari awal lagi dia tahu yang Rina ni syaitan bertopengkan manusia.
Baru semalam dia nampak Rina bermesraan dengan seorang dari ahli pasukan ragbi.
Dan sekarang perempuan tak sedar diri ni cuba dapatkan Aron.
Like seriously, apa masalah Aron dengan taste lelaki ni? Tak ada standard lain yang nak dijadikan citarasa apa?Tidak Mandy...Tidak Rina..dua-dua perangai bitchy!            Pada masa ini Jennis memaling kepalanya ke Airis.
"Kakak..."panggilnya perlahan,dengan kening berkerut.
Airis pun tersentak, terus dia berpaling memandang Jennie.
Tangannya naik memegang tepi kerusi itu.
             "Apahal?"balas Airis dengan muka tidak puas hati.
Jennie mengusap perutnya dengan tangan kecilnya.
Kening ikut berkerut seakan sedang menahan sakit.
            "Jennie sakit la...."rintih Jennie sambil memandang Airis dengan muka berpeluh dan pucat lesi.
La!Kenapa pula tetiba sakit?Tadi elok aje dekat ruma berlari bagai?Air muka Airis bertukar, dari marah kepada risau serta merta.
Membuatkan dia yang lihat senak dada, terus sebu perut dia dibuatnya.
Kening dia mencerlung susah hati.
           "Hah?Sakit?Kau sakit dekat manaana?"soal Airis yang duduk memandang Jennie.
Cuba memeriksa perut adiknya.
Dua jarinya di tekan-tekan dengan perlahan di sekitar perut itu.
"Sini?"soalnya sambil memandang Jennie.
Jennie menggeleng kepala.
           Airis menekan bahagian bawah perut Jennie pula.
Bila dia tekan kuat sedikit Jennie bergelut kesakitan.
"Sini?"tanya Airis dengan wajah kerisauan.
Jennie mengangguk kepala.
Hish! Menyusahkan betul lah!Terus Airis memandang ke depan, badannya di dekatkan ke kerusi pemandu supaya dia dapat bercakap dengan Aron.
           "Aron...kita kena patah balik...Jennie tak sihat.
" maklum Airis.
Aron berpaling dia memandang ke arah Airis.
           "Huh?"soal lelaki itu sebelum RIna menyampuk.
           "Dia yang sakit atau kau yang sakit??"tuduh Rina.
"Kau sengajakan sebab tak nak kita orang pergi berdua...kau cemburu kita orang berborak sama-sama?"Airis berpaling memandang Rina dengan kening mencerun.
Serius dia seakan mahu mengangkat tangan dan menampar muka berlagak cantik depannya ini.
Hampir aje tau!Mujur la dia dalam keadaan rasional sekarang ni!Apahal dengan Rina ni?Nak cari pasal dengan dia ke apa ni!?.
Sumber:Internet