Gelap

Hello Miss Devil 53

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 53

. 53.
Dari dia balik kerja, mandi, makan dan siapkan kerja, isterinya tidak berhenti mundar mandir ke kanan dan kiri.
Mengigit jari kerisauan memandangkan jam di dinding sudah menunjukkan waktu masuk sembilan malam.
Bayang kembar dan anak perempuan dewasa mereka tidak kelihatan sejak siang tadi.
             "Adriana...boleh tak awak duduk dulu..."minta Encik David kepada Puan Adriana.
Dengan pantas Puan Adriana berpaling memandang Encik David.
Badannya menghadap akan suaminya itu.
Dia mengetap gigi menahan sabar Bersama kening mencerlung tidak puas hati.
            "Macam mana saya nak duduk.
Budak dua orang tu tak balik lagi.
Entah ke mana saja Airis bawa mereka?Sudahlah mereka tidak hadir ke tadika.
Aron pula tidak jawab call Puan Adriana dengan kening berkerut.
Encik David melepaskan hela nafas pendek sambil menggeleng kepala.
           "Ada la tu mereka pergi.
Jangan la cemas sangat.."ujarnya.
Kisahnya, awal tadi Puan Adriana baru sahaja pulang ke rumah pada Waktu petang.
Sesampai aje ke rumah, semuanya kosong tidak berpenghuni.
Dia dapati tiada budak-budak, dia pun hubungi Aron tapi lelaki itu tidak angkat.
Dia kemudiannya menghubungi Airis.
Gadis itu jawab panggilan itu dan memaklumkan kepada Puan Adriana bahawa kembar dua orang itu bersama gadis itu.
Tetapi sehingga sekarang khabar mereka langsung tidak diketahui sejak panggilan terakhir mereka.
           "Mereka dengan Airis kan, kenapa awak risaukan sangat.
" soal Encik David sambil melihat model-model kayu golf dalam majalah di atas ribanya sewaktu dia duduk bersilang kaki di sofa.
           "Itu masala dengan Airi tak tahu betapa bencinya dia terhadap tak terfikir ke apa yang Airis akan lakukan pada anak kita nanti?"tidak semena Puan Adriana menekan.
Flap!Encik David menutup majalan itu dengan kuat.
Dia memandang berang ke Puan Adriana.
          "Jangan awak berani sambung perkataan tu.
Dia anak awak Adriana...orang yang dia benci adalah awak bukan dua orang budak tak salah.
Yang salahnya awak.
Jadi jangan letakkan kesalahan dekat orang lain di sebabkan diri awak..."Kening Puan Adriana berkerut, dia memandang marah ke arah Encik David.
           "Apa awak cakap? Ulang balik?"soal Puan Adriana dengan nada mencabar seperti mahu bertekak sewaktu bunyi pintu rumah terbuka.
Bunyi derap kaki berjalan dan suara kanak-kanak ketawa menyentak Puan Adriana.
Wanita itu terus berpaling ke muka pintu masuk ruang tamu.
Lissa berlari masuk ke dalam sebelum melompat gembira melihat Puan Adriana.
            "Mama!"sapa Lissa sambil mendepa tangan ingin memeluk wanita itu.
Tidak berlengah Puan Adriana tunduk bercakung dan memeluk tubuh kecil itu dengan perasaan lega.
Namun belum cukup untuk hilangkan rasa marahnya pada Airis.
Kerana berani-berani membawa dua orang ini keluar tanpa kebenarannya.
Ditambahkan lagi sampai malam begini baru balik.
           "Hai badan Lissa di gosok perlahan dengan Puan Adriana.
           " Airis bawa Lissa pergi taman main belon.
"cerita Lissa sewaktu Puan Adriana berdiri tegak.
Dia memandang Airis sedang berjalan seorang diri di dalam ruang tamu itu.
Tiada Jennis Bersama dengannya.
Serta merta Puan Adriana membuat muka.
           "Mana Jennie?"soal Puan Adriana pada Airis dengan wajah kemerahan menahan sabar.
Airis mengerling ke arah Encik David sebelum memandang Puan Adriana.
            "Lis tak masuk bilik.
Bersihkan diri dan salin baju...nanti kakak ceritakan kamu bed time story deal?"aju Airis tanpa mengalihkan pandangan dari Puan Adriana.
Riak wajahnya masih tenang walaupun jelas kelihatan letihnya.
          "Yeay! Bed time kakak Airis.
"Lissa terus berpaling dari situ dengan belon dan satu lollipop saiznya sebesar muka kanak-kanak lima tahun itu naik ke tingkat atas.
Meninggalkan dua orang dewasa di situ.
Setelah bayang Lissa tidak kelihatan, Airis berdiri berhadapan dengan Puan Adriana menunjukkan betapa marahnya dia saat itu terhadap mamanya.
          "Ke mana kamu pergi?Berani-berani kamu bawa mereka tanpa kebenaran mama...macam mana kalau sesuatu beritahu mama di mana Jennie?"soal wanita itu dengan ketapan gigi.
Menghalang diri dari meninggikan suara.
Encik David yang berdiri di belakang Puna Adriana hanya menyilang tangan ke dada, pandangannya turut mencerun ke arah Airis.
Airis mengetap rahang, matanya kemerahan jelas menunjukkan betapa letihnya dia saat itu.
Mereka berdua tidak berhak marah kepadanya.
Rasa macam tak patut pun ada kalau Adriana hendak marah kepadanya sedangkan satu hari suntuk ini dia bergelut sendirian!
Sumber:Internet