Gelap

Hello Miss Devil 58

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 58

. 58.
Klik!Pintu rumah terbuka sewaktu Lucas dan Airis dengan muka bingung masing-masing masuk ke dalam.
Mereka tengok tombol pintu lalu menjengah kepala seperti orang tak pernah Nampak rumah.
             "Pintu tak berkunci?"tanya Lucas kehairanan.
             "Kereta pun tak ada dekat de Airis sambil menanggalkan kasut dari kaki.
Pada masa yang sama suara gelak tawa memenuhi ruang tamu sewaktu rancangan kartun disiarkan di televisyen tanpa penonton.
Di dapur bersepah dengan pinggan mangkuk yang sepertinya sisa dari makan tengah hari mereka.
Rumah dua tingkat itu sangat sunyi dan lengang sewaktu Airis dan Lucas tiba.
            "Mana dia orang?"soal Lucas pada Airis semasa dia menukar kasut kepada selipar dalam.
Airis di sisi membuat muka 'serioulsy' kepada Lucas apabila mendengar soalan itu.
Agaknya dekat sini yang ada masalah bukan dia tapi Lucas tau.
Bolehnya Lucas tanya dia soalan yang memang dia tahu jawapannya apa! Macam la dia tahu segala yang terjadi di rumah ni selepas dua minggu dia tidak pulang ke rumah.
             "Seriou tanya saya di mana mereka?"tanya Airis bernada sindir.
Lucas berpaling memandang Airis.
Ingatkan nak tanya lagi tapi lepas dia sedar soalan yang ditanya itu terarah pada Airis, tidak semena Lucas ketawa sendiri.
            "Oh ya tak ya kan....terlupa pulak aku...hihi ditepuk atas kealpaannya bertanya soalan itu.
Memikirkan Airis baru balik ke rumah itu mestilah gadis itu tidak tahu menahu tentang keluarga David dan Adriana dimana.
           "Tv terbuka macam ni je tak ada sesiapa tengok?Apa yang dia orang dah buat?Buat pesta apa?"bebel Airis sambil mematikan televisyen dan mula mengemas sepah yang ada di ruang tamu itu.
           "Rasanya dia orang macam tak kisah aje sama ada kau ada ke tak dekat sini Airis..."komen Lucas sambil membantu Airis.
Enggan membiarkan Airis buat semuanya sendiri.
           "No wonder..."balas Airis yang kemudiannya menyinsing lengan baju sewaktu masuk ke ruang dapur.
Dia mulai membersihkan dining table dari pinggang mangkuk kotor.
Sebab memang sudah terbiasa sejak menginap di rumah Adriana.
Kalau tiada siapa sempat melakukan kerja rumah, dia yang akan ambil alih.
Maka mereka berdua pun sama-sama mengemaskan sepah di rumah yang sepertinya ada pesta diadakan di situ.
Membersihkan dapur dan sinki.
Setelah itu Airis menyusun atur peti sejuk untuk menyimpan barang dan makanan yang tersisa di dalamnya.
Sementara itu Lucas membantu Airis membuang sampah dan menyusun semula perabot.
Selepas terasa hampir berjam lamanya mereka berkemas, kedua-duanya berakhir di sofa dengan keluhan penat.
Airis merehatkan kepala di lengan Lucas yang berada di belakang sewaktu mereka duduk bersebelahan di sofa.
          "Gos orang sememangnya tahu hendak berpesta.
"komen Lucas.
Airis yang dengar hanya menarik sengih.
Dia yang baru sahaja memejam mata untuk berehat di sapa oleh suara itu.
          "Apa yang berlaku dekat sini?"Kepala Lucas berpaling terlebih dahulu kerana terkejut, sementara Airis yang dengar sudah tahu siapa tuan punya suara itu tidak susah-susah untuk berpaling cepat-cepat.
Dia malah buat muka menyampah.
Why this b*tch even here?!Rina jalan mengelilingi sofa sebelum berdiri di depan mereka berdua dengan kedua-dua tangan bersilang dada.
          "Apa kau buat dekat sini hah perempuan?"Airis dan Lucas berdiri serentak, mereka memandang pelik ke akan Rina dan pada masa yang sama mereka berdua bersuara tanpa dirancang.
          "Dan siapa pulak kau ni?"tanya Airis dan Lucas dengan kenal tapi sengaja buat-buat tak tahu sebab berasa jengkel dengan sikap ala-ala diva Rina ini.
          "Kau tak sepatutnya berada di sini Airis?"          "Bukan ke soalan tu aku ajukan kepada kau, perempuan?"kerut Airis bercemberut.
Rina menjuling mata kejengkelan.
Dia sebenarnya bermalam di rumah Adriana.
Ini pun dia baru aje bangun tidur, hanya mengenakan seluar pendek paras pangkal peha dan t-shirt labuh paras peha.
Dan pada masa itulah bunyi kereta di parkir di luar rumah.
Menarik perhatian Airis dan Lucas.
           "Habislah kau Rina dengan senyuman sinis di bibir.
Gadis itu berlalu untuk membuka pintu.
Kening Airis berkerut.
Dia berpaling ke sisi memandang Lucas,kenapa Rina ada di sini.
Fikirnya sebelum bunyi pintu terbuka.
          "Kereta siapa dekat luar tu Rina?"soal Puan Adriana sejurus melangkah masuk ke dalam.
          "Tetamu tak di undang..."jawab Rina bernada meleret.
" Hai babe..."sapa RIna pada Aron sewaktu lelaki itu berjalan masuk Bersama Encik David di sisi.
          "Siapa?"soal Aron sebaik menyusul dari belakang.
Puan Adriana yang terlebih dahulu masuk memandang sekeliling sebelum tersenyum senang.
         "Wow...kamu kemas rumah ke Rina?Buat susah jer.
Kan aunt kata rehat saja biar aunt yang kemas..."ujar Adriana sebelum wanita itu terpaku di depan pintu masuk ruang tamu sebaik sahaja matanya bertentang mata dengan Airis.

Sumber:Internet