Gelap

Hello Miss Devil 69

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 69

. 69.
Seorang doktor berjalan keluar dari bilik kecemasan dengan papan carta pesakit di tangan.
Keluar saja dari situ, perhatian doctor terarah pada kanan koridor.
Untuk seketika doktor itu berdiri memandang Lucas yang sudah menunggu hampir setengah jam di luar koridor tersebut.
Dengan wajah serius, doktor yang sama merawat Airis sewaktu Airis jalani pembendahan pemindahan hati tempoh hari jalan mendekati Lucas di situ.
            "Lucas?"Kepala Lucas tersentak ke depan.
Kerutan di keningnya berkurangan sebaik melihat Doktor Ian berjalan mendekatinya.
Dia pun apalagi, cepat-cepat menolak dirinya dari dinding tu dan mendekat.
           "Bagaimana doctor?Airis tak apa-apa kan?"           "Saya dah pesan dari awal hari tu kan...selepas operation, dia perlukan rehat yang cukup.
Tak sampai dua minggu pun dia keluar dah masuk wad keluh Doktor Ian pada Lucas.
Lelaki yang menemani Airis sejak hari pertama Airis jalani pemeriksaan sehinggalah gadis itu masuk ke bilik pembedahan.
Lucas lah orang yang selalu ada di sisi Airis sewaktu gadis itu sedang ketakutan dan gementar.
           "Saya dah pesan pada dia...tapi Airis yang berkeras untuk keluar..."jawab Lucas dengan kening mencerun serba salah.
            "Disebabkan tubuh Airis terlalu letih, kesan pembedahan tu membuatkan kondisi kesihatan Airis terganggu.
Tekanan darah dia terlalu tinggi dan sepertinya dia telah dikasari berdasarkan kesan lebam pada sekitar badannya.
Menurut saya, Airis perlu berehat dari melakukan apa-apa aktiviti, Eloknya rehatkan dia untuk beberapa bulan ni sampai tubuh dia sihat sepenuhnya.
Walaupun sebahagian hati dia yang diambil, luka pada hatinya masih perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya.
"Lucas mengangguk kepala.
           "Saya faham doktor.
Kalau boleh saya nak suruh dia berehat tapi disebabkan peperiksaan semakin hampir dan jadual kami padat ianya menghadkan waktu dia untuk bere Lucas.
Doktor Ian terdiam seketika.
Dia memandang ke lantai sebelum kembali bersuara.
            "Saya sarankan awak untuk nasihatkan Airis supaya lebih berjaga-jaga.
Sekiranya hal ni berulang mungkin akan bahayakan kesihatan dia.
Dan paling penting makan minum dia kena jaga buat masa ni.
Ubat-ubat kalau perlu di ambil, perlu di ambil ikut ma Doktor Ian.
            "Baik.." angguk Lucas.
"Tapi Airis tak a dia tak serius sangat kan.
"             Doktor Ian mengangguk kepala.
"Ya..dia hanya perlukan rehat.
Nanti bila dia dah lah bawa dia balik..."Lucas mengangguk kepala faham, dia berjabat tangan dengan doktor itu sebelum mengucapkan terima kasih.
Setelah itu dia masuk ke dalam bilik rawatan kecemasan dan mendapatkan Airis yang sedang berehat di katil hujung koridor.
Langsir putih ditarik Lucas supaya mereka diberi privasi.
Dengan langkah senyap Lucas duduk di birai katil sebelum baring di sebelah AIris.
Memegang tangan yang ditusuk dengan IV drip tube selepas dia baring di sisi Airis.
Dia membawa lengannya ke bawah kepala Airis.
Setelah itu dia menolak kepala Airis benam ke ceruk lehernya.
            "Saya ada dekat sini Airis..."bicara Lucas sebelum memejam mata.
"Saya akan pastikan hal seperti ini takkan berlaku lagi.."Mengenang kejadian sewaktu beberapa minggu yang lalu.
Sewaktu Airis menangis kepadanya dan luah segalanya padanya.
Mengenai masalah Jennie dan niat Airis untuk menjadi penderma.
Pada minggu Airis keluar dari rumah itu adalah minggu Airis duduk di hospital dan rumah setelah membuat pemindahan hati untuk Jennie.
Puan Adriana menyangka Airis larikan diri sebab mereka bergaduh sedangkan sebaliknya.
Segala yang berlaku dalam hidup Airis cukup memberi kesan pada Lucas.
Dia tidak sangka bahawa ada orang yang hidup lebih susah dari dia.
Hal itu membuatkan Lucas ingin melindungi Airis dan pada masa yang sama Lucas tersuka pada Airis.
Dan perasaan suka itu bertambah menjadi sayang apabila Lucas banyak luangkan masa diwaktu Airis dalam kesusahan dan perlukan seorang teman.
Dan tanpa sedar jari jemari Airis mengeratkan gengamannya pada ibu jari Lucas saat mata itu terpejam rapat.

Sumber:Internet