Gelap

Hello Miss Devil 76

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 76

. 76.
Derap kaki berlari merentasi koridor kedengaran dari kejauhan sewaktu lelaki berkot kemas dan bertali leher menghampiri lelaki yang berdiri tegak di depan bilik bedah hampir sejam lepas.
Sejak pembedahan di jalankan, pintu itu tidak terbuka sama sekali.
"Macam mana keadaan Airis?"soal Encik Davis dengan dada naik turun.
Nafasnya kencang, peluh merintik disekitar dahinya.
Wajahnya begitu cemas dan pucat ketakutan.
Sebelum Encik Davis ke situ, Encik Davis dalam perjalanan pulang dari Jepan tetapi telah dihubungi oleh Lucas sebelum dia naik pesawat.
Selepas dimaklumkan akan keadaan Airis terus Encik Davis membatalkan tiket dan menukarkan penerbangannya ke situ.
Dan dia baru sahaja tiba di hospital.
"Apa yang dah berlaku?"Lucas berpaling pantas, tersentak melihat lelaki lampai bermisai halus di wajah depannya.
Untuk seketika dia agak terkedu namun selepas sedar dari terkejutnya dan menyedari bahawa hadapannya ini adalah papa Airis, Lucas memandang Encik Davis dengan kening berkerut kemerahan.
"Maafkan saya Lucas.
"Saya gagal lindungi dia.." tunduk Lucas memandang ke lantai tidak mampu memandang wajah Encik Davis.
Dia tidak kenal siapa ayah Airis sebenarnya.
Yang dia tahu dia perlu beritahu hal ni pada orang yang berada di dalam speed dail nombor 1 Airis.
Bila dia tekan nombor itu, tidak sangka pula orang penting Airis adalah Encik Davis.
Jadi tanpa berfikir Panjang terus dia hubungi Encik Davis bagi menyampaikan situasi Airis yang sebenar.
Encik Davis memegang bahu Lucas.
Dia ramas bahu itu dengan perlahan.
Senyuman nipis terukir di bibir.
" ever happened it is not your fault.
" ucap Encik Davis.
"Pakcik dah kenal sangat dengan Airis ni...budak ni mana-mana dia ada mesti masalah akan ikut ber Encik Davis cuba untuk menenangkan Lucas.
Lucas pun mengangkat kepala, menatap wajah Encik Davis dengan renungan berkaca dan letihnya.
Dia tidak tahu bagaimana Encik Davis boleh setenang ini selepas apa yang menimpa Airis.
Tambah-tambah pula dengan keadaan Airis masih di dalam bilik bedah sekarang.
Mulanya dia kagum dengan ketenangan lelaki itu.
Namun pereasaan itu berubah menjadi terkejut setelah menyedari, lelaki yang sedang berdiri di depannya ialah seorang peguam terkenal di negara.
Pemilik firma guaman paling berpengaruh dalam beberapa buah negara.
"Jadi tuan nii..."soalan Lucas tergantung kerana tidak tahu nama Encik Davis.
Encik Davis pun tersentak, terus dia hulurkan tangan untuk berjabat dengan Lucas.
"Saya Davis Andreson, papa Airis Ariana.."Lucas yang pandang tangan Davis terus mengesat tapak tangannya pada belakang seluar jeannya lalu menyambut jabatan tangan itu dengan cengkaman kemas.
"Saya Lucas Ericson.."Kening Encik Davis terangkat tinggi setelah mendengar nama Lucas.
Lantas lelaki itu tersenyum lebar.
"O kamu lah orangnya ya?"soal Encik Davis.
Kening Lucas berkerut, dia memandang pelik ke Encik Davis kerana soalan itu.
"Apa maksud tuan?"Tidak berlengah, Encik Davis merangkul bahu Lucas lalu memeluk tubuh anak itu dengan kasih.
Matanya terpejam lega.
"Terima ka Encik Davis dengan ikhlas.
"Terima kasih saya ucaKening Lucas terangkat tinggi saat lelaki itu berdiri kaku, memandang binggung wajah Encik Davis sebaik saja Encik Davis menjauhkan diri darinya.
"Kenapa tuan berterima kasih dengan saya?"soalnya tergagap-gagap.
Encik Davis tersenyum.
"Mulanya saya hairan juga, Kenapalah dengan Airis ni, kisah betul dia pada lelaki bernama Lucas ni..mulanya saya pelik.
Kemudian dari hari ke hari dia sentiasa mesej dengan saya.
Dan setiap kali kami berbual pasti akan ada nama Lucas ni...."ujar Encik Davis dengan muka tertanya-tanya.
Lucas hanya mendiamkan diri, lelaki itu cuba memahami isi kata-kata Davis.
"Dan perlahan-lahan saya bernama Lucas ni adalah insan yang selama ni dah tolong anak saya untuk jalani kehidupan dia dengan baik di sini.
Airis sering beritahu saya mengenai kamu.
Sewaktu temani dia jalani saat sukar dan senang sepanjang dia di sini.
" sambung Davis.
"Dan sekarang saya sedar dan yakin akan keputusan saya untuk bantu kamu dalam isu ayah kamu adalah keputusan yangLucas bungkam.
Dia pandang terkejut dengan kenyataan tersebut.
Betapa tertamparnya dia mengetahui punca kenapa ayahnya Kembali menemuinya dan membiayai kos perubatan ibunya selama ini adalah berpunca dari Airis sendiri!?Jadi selama ini...dari awal lagi, Airis adalah penyelamat dia...dan dia pula gagal menyelamatkan Airis.
Semakin menjadi-jadi perasaan kecewa yang dirasai Lucas saat ini.

Sumber:Internet