Gelap

Hello Miss Devil 8

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 8

. 08.
Waktu itu bunyi tapak kaki menuruni tangga kedengaran.
Dua orang kanak-kanak perempuan kembar menuruni tangga dalam keadaan tergesa-gesa sebelum menerpa ke kaki panjang milik lelaki di depan Airis.
Airis membuat muka.
Dia pandang judging akan dua orang kanak-kanak tersebut.
           "Aron!Aron!!!"           "Kita la....."           "Ug boleh...!"Kanak-kanak itu menjerit-jerit minta di angkat.
Yang mana membuatkan Airis berkerut muka rimas dengan suasana riuh tersebut.
Sampaikan dia menjarakkan diri sedikit ke belakang.
             "Aron...kenapa lama aiskrim kami..."rengek seorang kembar yang rambutnya di ikat senget ke kanan.
              "Ala..dukunglah Jennie jugak.."rengek seorang lagi kembar berambut tocang tepi ke kiri yang melompat-lompat sambil menghulurkan tangan kepada lelaki lampai itu.
Berdasarkan susuk tubuh bulky yang dimilikinya, Aron dengan mudah mengangkat dua orang kanak-kanak yang mungkin berusia lima tahun masing-masing di kedua-dua tangan.
Setelah itu, mata seorang dari kembar terarah pada Airis yang sejak tadi mendiamkan diri.
               "E ke kakak Airis?"tanya si kembar yang bertocang.
                "Mana?"soal si kembar ikat rambut senget sambil  menjengah kepala.
Aron pun berpaling, baru dia teringat yang dia balik berseorangan.
                 "Yup... inilah kakak Airi Aron sambil memandang Airis.
"Kenalkan...yang bertocang ni Jennie...yang sebelah ni Lis pula Aron..."aju Aron yang menurunkan dua orang itu apabila mereka bergelut hendak turun.
                 Baru nak kenalkan diri?Airis buat muka.
"Yeah wha tidak peduli.
Turun saja kembar dua itu, mereka dengan terkedek-kedek menghulur tangan mahu mendapatkan kakak cantik mereka.
             "Hehehe             "Saat dua orang itu jalan mendekati Airis, Airis apalagi, secara automatik dia terus mengundur.
  Eh!Eh! Apa ni!Enggan didekati makhluk kecil yang suka buat bising dan merengek bila tak dapat apa yang dikehendaki itu.
Sudahlah kepala dia pening jangan ditambahkan lagi!Aron yang mengesan ketidakselesaan Airis bersuara.
                 "Okay girl to your room now..your Big Sister need res Aron bernada tegas namun lembut.
Membuatkan dua orang itu berhenti melangkah dan mengeluh.
Bercemberut wajah Airis sebaik dengar.
Dia pandang Aron seakan lelaki itu ditumbuhi tanduk Excuse you?Big sister? Siapa?Dia tak claim okay dua makeluk kecik ni adik-adik dia eh!?Suka               "Alaaaa...."sungut dua orang itu dengan serentak.
                  "Apa yang bising-bising ni..."satu suara lembut menarik perhatian Airis.
Serentak itu semua yang ada di laluan menghadap anak tangga pun memalingkan kepala.
Serta merta Airis memandang ke arah pintu yang membawa ke satu ruang.
Dia melihat seorang wanita anggun dan kemas mengenakan sundress putih bunga-bunga tanpa lengan kolar neck heart berjalan keluar dari situ.
Tanpa berfikir panjang, Airis dapat mengenal pasti siapakah wanita di hadapannya ini.
Wanita sama yang sanggup membuangnya kerana mementingkan karier dari darah daging sendiri.
Lantas dia pun menyilangkan tangan ke dada.
Berasa defensive dibuat kehadiran ibu kandungnya itu.
                   "Well...hello there.." sapa Airis terlebih dahulu.
Puan Adriana berdiri kaku saat dia menghadap gadis yang mempunyai sepasang mata sama sepertinya.
Untuk seketika dia agak taken aback kerana rupa paras gadis di hadapannya saling tidak tumpah seperti dirinya sewaktu muda dulu.
Aron mengerling ke arah Airis sebelum mendapatkan adik kembarnya.
Membawa mereka naik ke tingkat atas untuk memberi ruang kepada anak beranak tersebut untuk berbual.
                   "Hai.."sapa Puan Adriana dengan perlahan.
Betapa kekoknya perasaan dia saat itu.
Sampaikan tangannya juga tidak senang duduk.
Sekejap nak di angkat sekejap nak di gosok.
Puan Adriana bingung.
Airis hanya mengangguk kepala tanda membalas sapaan itu.
Dia tidak peduli apa perasaan ibu kandungnya sekarang.
Sebab dia ke sini pun bukan atas kerelaannya sendiri.
                 "Macam mana dengan flight kamu?" tanya Puan Adriana bernada kekok.
Dia tak tahu nak cakap tentang apa.
Sebab ini kali pertama dia berjumpa dengan anak perempuan dia selepas sebelas tahun berpisah.
Perasan betapa kekoknya mereka berdua, Airis terus tunduk mencapai beg bagasinya.
Lantas bergerak ke arah Puan Adriana.
                 "Tak perlu susah payah nak berbasa basi dengan aku....kalau tak nak, buat macam tak nak...tak payah paksa.
"ujar Airis bernada mendatar.
"And al tak kisah.
Boleh tunjuk tak bilik dekat mana?"ujar Airis bernada asing.
Tiada sedikitpun perasaan terpancar dalam nada itu.
Reaksi wajah Puan Adriana jatuh.
Wanita itu mengangguk kepala perlahan lalu dia berjalan naik ke tingkat atas sambil diekori Airis di belakang.
Mereka naik ke tingkat dua lalu belok ke kanan dimana terdapat tiga buah pintu di dinding tersebut.
Sementara depan bilik itu adalah rel kayu penghadang.

Sumber:Internet