Gelap

Hello Miss Devil 84

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hello Miss Devil 84

. 84.
Mata Puan Adriana terbutang kaku, wajahnya jelas menunjukkan betapa terpempannya dia setelah mendengar apa yang dituturkan oleh Lucas sebentar tadi.
Apa yang dia dengarkan?Sudah tiada lagi?           "Luca semula apa yang kamu kata tadi?Apa maksud kamu yang Airis sudah tiada lagi?"kerut Puan Adriana dengan mata mula berkaca.
Hah?Lucas pandang funny akan Puan Adriana taktala Wanita itu kedengaran seperti terkejut dengan apa dia sampaikan?Memangnya baru nak fikir soal Airis ke?Memangnya selama ni Puan Adriana tak pernah cuba untuk cari tahu langsung?Lepas dia cakap macam ni baru nak. ambil kisah?Serius la?Hujung bibir Lucas terjungkit sinis.
           "Aron...kau masih tak jelaskan lagi apa yang dah terjadi pada aunt Adriana?"Aron tunduk memandang ke lantai.
            Lucas yang lihat akan reaksi itu dari Aron berdengus kecil.
"Apa yang kau beritahu dekat dia orang tentang Airis?? Hah aku.."desaknya.
Dalam keadaan teragak-agak Aron mengerling ke Puan Adriana namun tidak lama.
Dia selepas itu melarikan pandangannya ke arah lain.
           "Aun Aron dah beritahu Aunt tentang Airis..."Kening Encik David ikut berkerut, lelaki itu memandang pelik akan Aron sebelum kembali memandang Lucas.
          "Aron beritahu kami yang Airis keluar dari rumah ni sebab tak nak ada kaitan dengan keluarga ni lagi.
Kami fikir Airis tinggal dengan ayah kandungnya sekarang?"jawab Encik David kerana waktu itu Puan Adriana kelihatan seperti seseorang yang baru sahaja ditampar.
Wanita itu terkedu tidak terkata.
Lucas memandang tidak percaya Aron.
Mulutnya terbuka sedikit kerana tercengang dengan kenyataan itu.
Patutlah tak ada siapa cuba cari tahu khabar Airis.
Rupa-rupanya dah diselindungkan dengan baik punya!           "Kau cakap macam tu?Apahal kau tak ceritakan aje hal sebenar?"Aron terus ketap gigi dengan erat.
Dia tidak berani mengatakan apa-apa kerana dia tahu dirinya bakal disalahkan kemudian.
           "Kalau aunt dengan uncle nak yang Aron dah buat pada Airis.
Lelaki tak guna ni dah tampar Airis gara-gara nak pertahankan perempuan bernama Rina dari terus sakiti Lissa sedangkan Rina yang sakitkan Lissa.
Dia percayakan Rina sampai lelaki tak guna ni cinta mati dekat perempuan yang aunt dengan uncle sangkakan hero dalam cerita ni.." seloroh Lucas dengan nada sindir.
            "Bukan setakat tu aje....Aron malah dengan beraninya cuba bunuh Airis sewaktu dia marah dan mengamuk dalam bilik Airis.
Salahkan Airis sebab Rina tinggalkan Aron...yang sebenarnya Rina sengaja buat semua ni untuk susahkan keluarga ni.
Airis berusaha untuk lindungi keluarga ni..tapi keluarga ni berpaling tadah dari dia mala dia..."Lucas menjeling marah pada Aron.
Dia menunding jari dengan marah pada Aron.
"Lelaki ni berniat nak mencederakan Airis telah baling pasu pada Airis yang mana tersasar hampir mengenai Lissa.
Dia dah buatkan Airis cedera gara-gara nak selamatkan Lissa!Kalau itu yang aunt dengan uncle nak tahu kenapa Airis tak Kembali lagi ke rumah ni!Dan punca kenapa saya mufliskan keluarga ni...sebab semua ni la!"Puan Adriana pantas memalingkan kepalanya ke Aron.
Matanya membutang bulat.
Nafas pula tersekat-sekat.
            "Aron betul ke semua ni?"soal Puan Adriana.
"Yang kamu cuba cederakan Airis?"Aron memang dah terdiam tak terkata.
Wajahnya juga pucat tak berona.
Keningnya berkerut kerana berasa susah hati dan menyedari yang dia bakal dalam masalah.
Sementara Lucas tidak peduli akan reaksi Puan Adriana.
Wanita hipokrit ni sepatutnya menang anugerah pelakon wanita terbaik.
Belakang Airis cakap lain depan Airis cakap benda lain.
Ibu jenis apalah ni.
           "Apa datang cuma nak maklumkan satu hal ni jer.
Mulai detik ni kalian semua bukan lagi sesiapa dalam hidup Airis.
Sekiranya kalian langgar akan arahan ni.
Bukan sekadar syarikat malah nama anda akan dijual beli..."Lucas memandang ke arah mereka satu persatu.
Encik David yang dengar memandang Lucas.
          "Di mana Airis sekarang ni?Adakah dia tak apa-apa?"soal David dengan ke kening mencerunLucas tersenyum.
Dia menarik senyuman meleret ke kanan sewaktu membalas tatapan susah hati Encik David.
         "Sekarang hidup mati Airis bukan urusan kalian lagi...jadi tak usahlah bertanya dimana Airis.
Hidup ke dia?Kalau dia sudah tiada, di mana kubur dia...tak usah.
Semua tu dah terlambat.
"ujar Lucas.
Puan Adriana terduduk dekat lantai sejurus itu kerana lututnya begitu lemah dirasakan selepas medengar apa yang Lucas pesankan tadi.
Bibirnya menggigil kuat, matanya ikut berkaca.
            "Itu saja dari minta diri dulu..."pamit Lucas sebelum melangkah pergi dari situ.
Aron memerhati langkah Lucas dengan renungan bungkam dan serba salah.
Dia tidak tahu apa yang dah berlaku pada Airis selepas kejadian itu yang mana membuatkan lelaki itu berfikir mungkin Airis cedera parah akibat kejadian tersebut.
           "Apa semua ni Aron?Kenapa kamu sanggup tipu mama?"           "Maafkan saya mama..."           "Sudahlah tu Adriana...."Jennie dan Lissa di situ hanya mampu mendengar dan menyaksikan ahli keluarganya terduduk terjelepok di situ dengan reaksi tak percaya di wajah masing-masing.

Sumber:Internet