. Bab ni pening sikit.
Tak paham boleh tanya 😗-----------------------------------------------------------Dengan mengenakan shawl berwarna hitam pekat disertakan blouse maroon bersama seluar palazo, Rasya kelihatan sangat menawan.
Penampilannya dari semasa ke semasa semakin moden sejak menetap di bandar.
Setelah yakin dengan penampilannya, Rasya turun ke bawah.
Kelihatan mami suha sudah menunggunya bersama abang id.
Kejadian semalam kembali berlayar diminda Rasya.
Perasaan malu mula menjelma mengingatkan dia tidak mengenakan apa-apa fabrik di atas kepalanya yang terdedah apabila berjumpa dengan abang id.
Hari ini, Rasya bakal berjumpa dengan kakak angkatnya, Raisya setelah 4 tahun berpisah.
Kebetulan nama pun iras-iras namanya.
Kenapa mereka dipisahkan dulu pun dia tidak tahu.
Pada masa itu, mereka masih kecil.
Itupun kali terakhir Rasya melihat kakak angkatnya ketika berada di hospital.
Pada masa itu, Raisya mengalami keretakan yang kuat pada bahagian kepalanya menyebabkan dia hilang ingatan.
Pada hari itu juga ibu bapa Rasya meninggal dunia atas kemalangan kapal terbang.
Disebabkan ibu bapa Rasya perlu menghadiri mesyuarat yang penting ke luar negara pada hari itu, mami suhalah yang menjaga anak saudara serta anak saudara angkatnya.
Mami suha ke bandar pun atas urusan hendak melawat tempat anaknya bekerja.
Alang-alang berada di bandar, mami suha mahu meluangkan masa bersama kanak-kanak itu sekaligus berjumpa dengan adiknya, mami fati.
Mami fati tinggal dirumah kakak mereka yakni rumah ibu bapa Rasya kerana masih tidak mendirikan rumah tangga.
Belum ada jodoh! Mami suha juga memberitahu Rasya apabila dia hendak mengambil Raisya pulang dari sekolah, dia ternampak Raisya dibuli oleh beberapa rakannya.
Raisya dipukul dibahagian kepalanya.
Apabila melihat kelibat mami suha, mereka mula melarikan diri.
Tanpa menghiraukan mereka, mami suha terus membawa Raisya ke hospital berdekatan.
Selepas menelefon mami fati untuk mengkhabarkan berita ini, doktor pula datang memberitahunya yang Raisya mengalami amnesia.
Sesampainya mami fati dan Rasya di hospital, mereka semua dikejutkan buat kali kedua dengan berita mengenai kapal terbang yang dinaiki kakak mereka tadi terhempas.
Tidak boleh dikhabarkan perasaan mami suha dan mami fati pada saat itu.
Mulanya kejadian Raisya dibuli kemudian diikuti dengan kematian kakak serta abang ipar mereka pula.
Itulah sedikit sebanyak yang dikhabarkan oleh mami suha kepada Rasya.
"Dah sampai mana tu? Sampai mami panggil pon tak dengar.
Dah jom.. Parti dah nak mula ni"Tersentak aku dari lamunan.
Fikiranku bercelaru.
Hatiku juga masih belum bersedia untuk menerima kehadiran kakak angkatku.
Perasaan benci masih ada.
Benci dimana si 'dia' dahulunya sengaja mencuri perhatian kedua ibu bapaku walhal akulah anak kandung mereka.
Hidupku dulu sangat bahagia sebelum Raisya tiba-tiba muncul membawa derita.
Seusai itu, aku mula mengekori langkah mami suha dan abang id.
Ke rumah yang dirinduiku.
Ke rumah arwah ibu bapaku.
***-----------***Halo gaiseuuu.. Done bab 10!I"ll be very happy if u gais vote and comment! Maaf bab 10 pendek sebab takut korang pening.
Yang tak paham boleh tanya yeee😚 Ni baru sikit.. Lepasni baru mencabar dan lagi memeningkan! See u gais again! #RASYA#LOL#BROCOMEL
Sumber:Internet