. Tempoh seminggu cuti yang diberikan oleh pihak sekolah hampir sampai ke penghujungnya.
Rasya banyak meluangkan masanya menonton cerita serta membaca buku.
Tidak dinafikan dia merupakan ulat buku sekaligus seorang yang bijak dalam pembelajaran.
Itulah rutin hariannya.
Biasalah kehidupan bagi orang single-mingle ni.
Kawan pon dia tak ada di sekolah barunya itu.
Teringatkan pasal sekolah, Rasya mengeluh perlahan.
Nak tak nak, dia perlu melangkah lagi ke sekolah barunya itu.
Sebagai pelajar baru.
Dan sebagai orang baru.
Dia sudah bertekad untuk cuba mengubah personalitinya yang mana dahulu, dia tidak mempunyai kawan mahupun seorang.
Dia juga acap kali dibuli oleh para senior mahupun junior ketika berselisih di mana-mana kawasan sekolah.
Rasya amat bersyukur kerana abang id sudi untuk menolongnya.
Ketiadaan mami suha sekaligus menjadi bonus untuknya tidak bertudung.
Kata-kata abang id tadi mula berlayar di kotak pemikirannya.
"Lepasni ikut abang pergi mall, beli apa yang patut.
Lusa dah nak sekolah balik, and yang penting lepas beli barang kita ke saloon.. Nak kasi kemas sikit rambut awak tu, sekaligus minta dia punya tips nak jaga rambut,Okey?" Rasya tersenyum nipis.
Dilihat penampilannya di hadapan cermin.
Berbeza.
Hanya itu yang mampu diungkapnya.
Dirinya bagai bukan diri Rasya yang sebelum ini lagi.
Rambutnya dilepaskan dari sanggulan.
Terjuntai panjang rambut berwarna maroon keperangan itu melepasi bahunya.
Tiba-tiba saja wajah Raisya menjelma di minda membuatkan dia memejamkan matanya.
Rapat.
'Takpela, yang penting aku takkan dan taknak lagi jumpa dia selepas ini'Getus Rasya sambil menghembus perlahan nafasnya.
--------------- Seperti kebiasaannya, abang id akan hantar aku ke sekolah dengan keretanya sebelum berangkat ke kolej.
Fuhh.
Bedebar pulak hati ni.
Setelah melambaikan tangan kepadanya, aku mula melangkah masuk ke sekolah dengan harapan baru.
Dan juga dengan Diri baruku ini.
Aku terus berjalan sambil menghiraukan pandangan pelik orang yang melepasiku.
Ada yang senyum, ada yang berbisik-bisik dan ada juga yang cuba untuk menegurku.
Sepanjang seminggu aku bersekolah disini, tidak ada seorang pon yang memberikan reaksi sebegini.
Tanpa melengahkan masa, aku terus berjalan ke kelas baruku.
4 BERLIAN Dikerling sesaat papan tanda yang terdapat pada pintu di hadapanku ini sebelum mataku beralih pada sehelai kertas kecil yang dipegang oleh tangan kananku.
Kertas tersebut mengandungi kedudukan serta nama kelas baruku yang ditulis oleh kerani sekolah baru-baru ini.
'Memang ni kelasnya'.
Setelah memeriksa buat kali terakhir, tanganku laju sahaja mengetuk pintu tersebut.
Selang lima saat, kelihatan pintu dibuka oleh seseorang dari dalam.
Terus mataku terarah pada tag nama di bajunya.
'Teacher Eliza' "What do you want? " Mataku beralih melihat wajahnya pula.
Sumber:Internet