. "Rasya, you termenung apa ni? Okey tak? Kenapa berhenti tiba-tiba je ni? " Bayangan Raisya dimindaku tadi mula diganti dengan wajah Ien.
Ya, aku nampak si dia dan kawan-kawannya yang baru saja mengambil tempat di meja besar tepi tingkap.
Ien mungkin pelik dengan sikapku yang tiba-tiba saja kaku, tidak bergerak.
Of course la aku terkejut, orang yang paling aku tak nak jumpa sekarang sekolah sekali dengan aku.
But well, lagi senang aku nak balas dendam nampaknya ni.
"Erm, I okey je but kita nak makan kat mana ni? " balasku tenang sambil memerhatikan setiap sudut ruang kantin ditingkat dua ini.
Harap-harap bukan dekat meja Raisya.
"Hahaaha, You ni pelik la, I suka! But first, let me introduce you to my friends.
Lets! " Belum sempat aku ingin bertanya dengan lebih lanjut , dia sudah menarik lenganku kearah meja Raisya.
What! "Guys, meet our new friend! Rasya! " Suara lantang Ien mampu membuatkan seluruh warga kantin ini berpaling kearah kami.
Dia ni ada tercekik speaker ke kecik-kecik dulu?Runsing aku.
Perlahan-lahan semua yang berada di meja depanku ini mengangkat muka lalu merenung kearah kami.
Aku menjeling sekilas wajah manusia-manusia yang bakal menjadi kawanku nanti.
Btw, meja ni berbentuk bulat and aku baru perasan ruang makan ni paling besar dan luas berbanding ruang makan yang lain.
Mataku tertumpu pula pada ahli-ahli meja ini.
First sekali mataku terarah kepada seorang pelajar lelaki yang duduk dekat dengan tingkap.
Kulitnya yang sawo matang dapat membezakan dirinya dengan lelaki disebelahnya.
Dengan memakai cermin mata, dia kelihatan agak matang bagiku.
Move kepada lelaki di sebelah lelaki spek pula, berbanding dengan lelaki spek, kulit lelaki ini jauh lebih putih.
Agaknya ada kacuk barangkali? Bulu keningnya juga agak tebal melengkapkan lagi kesempurnaan di wajahnya.
Mataku berkalih pula melihat lelaki yang berada ditepinya.
Lelaki itu kelihatan sedang menundukkan kepala membuatkan aku susah untuk melihat penuh wajahnya.
Aku rasalah, lelaki ini paling kacak diantara mereka bertiga.
Dengan kulit yang licin dan hidung yang mancung, dia kelihatan bukan seperti orang Malaysia.
Maybe ada kacuk juga seperti orang disebelahnya.
Entah kenapa, aku seperti pernah lihat akan wajahnya sebelum ini.
And last, Siapa lagi kalau bukan Raisya.
Matanya terbuntang luas.
Aku tidak pasti dia terkejut disebabkan kehadiranku atau dengan diriku yang baru ini.
"Rasya? What are you doing here? " Soalan darinya aku balas dengan senyuman sinis.
Apa? Terkejut ke aku sekolah sini? Aku lagi terkejut kau yang sekolah sini! "Yes? What? Takkan aku tak boleh nak sekolah kat sini? " balasku sambil pura-pura senyum.
Depan orang kena tunjuk baik.
Ien agak terkejut dengan cara percakapanku terhadap Raisya tapi hanya membiarkan.
"Ouh.. Kenapa tak cak-" "Wait, korang dah kenal ke?" Potong Ien sebelum sempat Raisya ingin membocorkan rahsiaku yang satu ini.
"Actually, dia lah orang yang tunjukkan jalan ke pejabat masa first day i datang sini " bohongku lalu menjeling sekilas kearahnya.
Raisya seperti faham yang aku taknak orang lain tahu hubungan kitorang hanya mengangguk perlahan.
Aku baru perasan, kenapa Ien duduk semeja dengan diorang ni? Bukan ke Raisya 18 tahun? And kenapa pula kena duduk dekat tingkat atas? Pelbagai soalan mula muncul satu- persatu di fikiranku.
Nanti aku tanya Ien selepas ni.
"Hye Rasya, aku Ian" Kata lelaki yang kening tebal itu bersama senyuman manis.
Ouh, nama pon dah macam omputih.
"Erm.. Aku Faris" Sambung lelaki yang pakai spek tadi.
Aku mengangguk sebagai balasan.
Dia ni nampak macam pendiam sikit.
Kemudian, aku perhatikan Ian yang mula menyiku kawan disebelahnya yang dari tadi menunduk, mungkin ralik bermain telefon.
Dia mengeluh perlahan sebelum mengangkat muka.
Mak aih! Hensem nya walaweiiii.
Matanya yang biru muda bersabung tepat dengan mataku.
Aku baru perasan yang hidungnya ada iras-iras dengan Ien.
"Aku Adam" Katanya senafas lalu kembali menunduk.
Okey, agak sombong disitu yaaaaa.
"Okey, nampaknya aku dengan Adam jelah yang merana nanti nak panggil korang macam mana.. Disini ada Ien dan Ian.
Tak lupa juga dengan Rasya dan Raisya.
MEMANG NAMA TU TAK BOLEH NAK SAMA LAGI KE? " Kami semua tergelak dengan kata-kata yang baru dilontarkan Faris.
Pandangan yang mengatakan dia ni pendiam mula hilang.
Hyper rupanya!Tulah, aku pon pening jugak ni.
Raisya kelihatan senyap tidak berkata-kata dan aku perasan yang matanya dari tadi juga tidak lepas dari memandangku.
Aku tahu apa yang kau fikir.
Kau mesti pelik yang aku tidak bertudung.
Selepas itu kami mula makan sebelum loceng kedengaran.
Sebelum memasuki kelas, aku beritahu Ien terlebih dahulu yang aku hendak ke tandas.
Takut dia tercari-cari nanti kang susah! Belum sempat aku ingin melangkah masuk ke dalam tandas, terasa bahuku dipegang seseorang menyebabkan langkahku terhenti.
"Rasya" ***---------*** Halo gai Done bab 15! I"ll be very happy if u gais vote and comment! See u gais again! #RASYA#LOL#BROCOMEL.
Sumber:Internet