. Kereta abang id? Kenapa ada dekat sini? Bukan abang id kata yang dia ada meeting penting ke tadi? Ke dia tipu aku? Tapi.
Takkanlah.
Kan? Pelbagai soalan mula muncul satu persatu dimindaku.
Tanpa melengahkan masa, aku terus masuk ke dalam apartment mewah ini.
Hatiku tidak tenteram selagi tidak mengetahui perkara sebenar.
Kalau tak nak amik aku awal sekolah tak payahlah nak bagi alasan ada meeting ke apa ke.
Huh.
Kakiku laju melangkah keluar dari lif di tingkat 6 ini.
Terus aku meluru ke bilik penginapan kami.
Pandangan pelik dari orang yang lalu-lalang aku je muka terkejut korang tuh, aku nak cepat ni.
Macam tak pernah tengok orang nak cepat je.
Kunci aku keluarkan dari dompet dan dalam pada masa yang sama, tombol pintu dipulas oleh seseorang dari dalam.
Selang dua saat, kelihatan seorang wanita sebaya abang id disebalik pintu di hadapanku ini.
Siapa perempuan ni? Dengan pakaian menjolok mata bagai.
Kau ingat cantik ke? Mukanya tidak menunjukkan sebarang riak dengan kehadiranku malah dengan selamba menutup kembali pintu untuk keluar.
"Cik siapa dan kenapa ada dalam bilik saya? " tanyaku sopan.
" I Amy , btw ni bukan bilik u sorang.
Ni bilik Fidaus jugak okey.
Dahla u ni baru budak so takpayah sibuk nak tahu urusan I lah.
" balas si dugong tadi.
Eh si Amy.
Kemudian, dia mula mengorak langkah.
Perghhhh.. Sombong gila.
Kau yang tiba-tiba ada dalam bilik ni macam mana aku tak peliknya.
Dia ada sebut nama Fidaus tadi, so that means, dia kawan abang id la ni.
Kan? Aku masuk dan mula mencari abang id.
Aku perlukan penjelasan darinya.
Aku dengan dia je yang tinggal kat sini memandangkan mami suha ada kerja di luar negara.
Selang dua minit, kelibat abang id masih tidak dijumpai juga.
Aip, Kereta ada tapi tuan badan takde.
Jangan-jangan... Cepat-cepat aku meluru ke arah tingkap dan melihat ke bawah.
Dan yes, betul sangkaan aku.
Kereta milik abang id tadi sudah tiada.
---------------- Kedengaran pintu bilikku diketuk beberapa kali menandakan abang id sudah balik dari kerjanya.
Rasa bersalah pula tuduh bukan-bukan kat abang id tadi.
Memang bukan dia tapi perempuan tu.
Masalahnya siapakah si Amy tu?! Memandai je masuk apartment orang.
"Masuk" laungku kuat.
Dengan berpakaian casualnya sebagai pensyarah, dia kelihatan amat segak dari sudut pandanganku.
Abang id memilih untuk duduk di atas kerusi meja belajarku.
"Kenapa balik tak cakap kat abang? Abang pergi sekolah awak tadi tapi awak takde.
Abang gelisah masa tu dan mujurlah ada pakcik guard cakap yang awak tumpang kawan awak balik tadi.
" kata abang id tegas.
"Telefon Rasya habis kredit, tu pasal tak reply chat abang tadi.
" balasku dengan nada perlahan.
"Lain kali gunalah telef- " "Kenapa ada orang asing dalam apartment kita? " Kata-kata abang id aku potong laju.
Dia kelihatan hairan pada mulanya tetapi tersenyum kemudiannya.
Ni dah kenapa? "Jeles ke ada perempuan lain dalam apartment kita?" tanya abang id sambil tersenyum mengejek kearahku.
"What? Memang tak ah" nafiku sedikit terkejut.
"Eleh, dia tu Amy, kawan sepejabat abang, dia datang sini sebab nak tolong abang la.
Abang ada tertinggal bahan untuk mesyuarat dan dia pon ringan tulang nak tolong tadi.
" terang abang id sambil menanggalkan jam tangannya.
"Dia takde kereta ke sampai nak naik kereta abang? Tanyaku sedikit hairan.
Kena hati-hati! "Ahhaha, bukan takde, kereta dia rosak tadi and dia kata nak pinjam kereta abang.
Mula-mulanya abang rasa nak tak nak je bagi, tapi disebabkan abang banyak kerja so bagi jelah" "Ouh, dia tu gedik betul, dugong pun tak segedik dia" kataku dengan nada perlahan.
"Apa? " "Eh takde papela bang" kataku sambil pura-pura menguap.
Nanti dia cakap aku jeles pulak dengan perempuan tu.
Aku bukan jeles tapi bengang sikit.
Orang asing mana boleh percaya lagi-lagi yang spesies gedik cam dugong tadi.
"Abang keluar dulu la, Rasya ngantok dah tu.
" kata abang id sejurus itu menutup lampu bilikku.
Alamak! Aku pura-pura je wehhh.
Matilanak.
---------------- "Come on la sya, harini cuti kan" Aku menahan senyum mendengarkan rayuan orang di corong telefon sana.
Sape lagi yang panggil aku sya kalau bukan Aien.
Pagi-pagi buta dia ajak aku lepak mana tak bengang.
Cuti-cuti ni lah orang nak rehat takpon ulangkaji pelajaran.
Ceh, cakap besar sungguh aku ni.
"Yela-yela, aku nak bersiap lah ni.. Adoiii" balasku mengalah.
"Yeay! Sayang kau! Tunggu ye nanti abang aku datang amik.
Bye! " Belum sempat aku ingin cancel, talian telah diputuskan.
Cis Aien! Abang dia lagi.
Adoi.
Bukan tak suka cuma rasa janggal sedikit.
Btw sokey la sebab Aien ada! Selepas tiga puluh minit, aku sudah siap.
Hari ini, aku mengenakan seluar jeans hitam pekat besertakan t-shirt maroon lembut.
Rambut aku lepas mengurai dibelakang.
Make up? No! Aku tak pakai pon sebab kulit aku dah putih melepak.
Takut tertukar mana satu aku mana satu hantu nanti kang.
Seusai memeriksa buat kali terakhir penampilanku di hadapan cermin, aku mula berjalan keluar dari bilik.
Aku perlu minta izin dengan abang id terlebih dahulu sebab baru tadi aku buat keputusan untuk keluar lepak.
Langkah dituju pula ke bilik abang id.
Belum sempat aku ingin mengetuk pintu, kedengaran suara orang sedang bercakap.
Kedengaran suara dua orang sedang bercakap.
Atau lebih spesifik lagi, Kedengaran suara seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bercakap.
***--------*** Halo gai Done bab 17! I"ll be very happy if u gais vote and comment! See u gais again! #RASYA#LOL#BROCOMEL
Sumber:Internet