. Telinga didekapkan dengan lebih dekat pada pintu bilik memandangkan hanya sayup-sayup suara yang kedengaran.
Rasya tahu yang itu merupakan satu akhlak yang tidak beradab, mencuri dengar perbualan orang lain tetapi perasaan ingin tahunya lebih diutamakan.
"Okey2, tengokla macam mana" Selepas daripada itu, mula kedengaran suara abang id mengeluh perlahan.
' Datang apa pulak ni? Siapa eh yang bercaka-' "Rasya? " "Oi mak kau tercabut ekor! " Sapaan mengejut dari abang id membuatkan badan Rasya terdorong ke belakang lalu bertemu dinding.
Auch.
'Adoi.
Macam mana boleh kantoi mengendap dia ni .
Lepastu boleh pulak melatah.
Adui kau ni sya.
Memalukan kaum hawa betul! 'Getus Rasya perlahan.
"Rasya buat apa depan bilik abang ni? " "Erm, Sya nak minta izin keluar dengan kawan harini.
Boleh tak abang? " Minta Rasya sambil mengelus perlahan tangannya yang berlanggar dinding tadi.
"Sya dah ada kawan? " Soalan dari abang id membuatkan Rasya berfikir sejenak.
Dia sendiri tidak tahu soalan itu ditujukan kepadanya atas dasar apa.
Hal itu tidak dihiraukan Rasya asalkan dia dah ada kawan! "Erm, Macam tu lah abang id.
Rasya pergi dulu ya.
Nanti apa-apa call.
" Kata Rasya lalu mula mengorak langkah.
'Syukur Rasya dah ada kawan'Getus Abang id di dalam hati.
*** "Lama dah ke tunggu beb?" Suara yang ditunggu-tunggu selama 1 JAM mula menerjah masuk ke deria pendengaranku.
ULANGI 1 JAM.
Fuh.
Sempat la jugak aku berbual dengan pakcik guard pasal si nopal tadi.
Berkhemah.. berkhemah.. Ber.. "Hoi samdol! " "Apa nopal samdol! " Eh tak lama makcik ni.
"Kau tu mengelamun apa? Hahahahahha Cepat lah duhh"Kata Aien dengan sisa tawa syaitonnya.
"Yela2".
kataku mengalah lalu mengekorinya.
Nak je aku berdebat dengan dia tapi biarlah, abang dia ada jugak.
Siap kau.
Seusai itu, kami mula berjalan keluar dari apartment abang id dan pada masa yang sama, aku terlihat akan bayang-bayang manusia bernama Amy di ruangan parking.
Dia dan pakaian seksinya tidak boleh berpisah jua.
Tanpa menghiraukan dia, terus aku ikut Aien masuk ke dalam kereta Adam.
Tapi yang aku pelik sekarang ni, kenapa Aien masuk ikut pintu belakang sekali dengan aku? "Aien, Kenapa ka-" "Sorry lambat sampai Rasya.
Tadi jalan jem, biasalah bandar Kl kan" Terus terhenti percakapanku apabila suara yang tidak ditunggu-tunggu itu bersuara.
Raisya.
Kalaula aku tahu dia join jugak memang tak ah aku nak ikut.
Eh tak ingat.
Dia kan makwe Adam.
Memang patut dia ikut sekali.
"Ermm takpe"Balasku sedikit dingin.
Krik Krik Krik Bagi menghidupkan suasana yang begitu krik-krik ini, Aien mula bersuara.
"Abang, nanti tak payah amik la kawan-kawan Aien yang lain tu, diorang busy".
Seusai itu terus kepalaku dipalingkan ke arah Aien.
Dia kata nak cerita pasal kawan-kawan dia haritu yakni bakal kawan-kawanku nanti tapi tak cita-cita sampai sekarang.
"Okey" dengan selamba Adam bersetuju dengan kata-kata adiknya.
Kepalaku dialihkan pula ke hadapan.
Terus mataku bersabung dengan mata Raisya yang dalam pada masa yang sama berpaling ke belakang.
Terus aku berpaling menghadap tingkap.
Settle.
*** Meluat Meluat Meluat Itu je perkataan yang aku duk ulang-ulang sekarang ni.
Sape je tak meluat bila tengok orang duk berpegang-pegang tangan then cubit-cubit pipi then main-main rambut dekat tempat awam.
Lebih meluat lagi bila itu dari si Raisya.
Adam tu aku nampak cool je tapi minah tu yang lebih-lebih.
Dan aku nampak yang Adam agak tidak selesa sekarang ni.
Betulkan aku jika salah ye.
Dalam aku tengah melayan imaginasiku ini, terasa bahuku dilanggar oleh seseorang.
***----------*** Helo gais.. Done bab 18! Dont forget to comment and vote! See u again.
#RASYA#LOL#BROCOMEL
Sumber:Internet