. Auch.
Telefon di tanganku terhempas ke lantai dan.... Innalillah.
Sakit dibahu ku hiraukan.
Telefon pecah ni lagi sakit.
Manusia ke gorilla langgar aku ni? "Buta ka!? " Jerkahan manusia yang langgar aku sekarang ni mampu membuatkan semua orang berpaling.
Sekarang aku tahu yang Dia manusia Bukan gorilla K.
"Assalamualaikum" Ha ambik kau.
Aku bila datang bab-bab berdebat ni nombor satu.
K.
"Kau tak payah tunjuk baik la, lain kali jalan, pakai mata! Nasib baik air ni tak tumpah.
Dress aku ni mahal! " Eh minah ni.
TELEFON AKU NI LAGI MAHAL LA.. IPONG AKU GUNA.
IPONG.
ULANGI IPONG! "Kau tu lain kal-" "May?" Percakapanku dipotong oleh Raisya.
Nama dia May ke? Nama pun macam nama bulan.
Pfftt.
"Eh Rai? Kenapa ada kat sini? Adam pon ada sekali lah" Pergh soalan dia.. Macamla mall ni bapak dia pula yang punya.
Tubuh May dipalingkan menghadap Raisya dan Adam.
Aku dibiarkan berduaan bersama jasad ipongku dibelakang memandangkan Aien sampai-sampai tadi terus ke tandas.
Peluang ini aku gunakan untuk mengambil ipongku yang jatuh tadi.
"Alang-alang dah jumpa kat sini, jom makan weh, Yana ngan Sara ada jugak, kau Adam jom ah join skali" Tiba-tiba wajah Adam berkerut lalu berpaling ke arahku.
Raisya yang memandang Adam turut berpaling ke arahku.
Selepas itu, Adam menghilangkan diri dengan masuk ke kedai bersebelahan kami.
"Rasya, maaf ya atas perangai Mayla tadi, dia memang panas baran sikit" Pujuk Raisya seraya itu mendapat jelingan Mayla.
Oh Mayla gais bukan May.
Nanti semua bertaubat ye sebab kutuk dia, K? "Rasya? Siapa dia ni? " tanya Mayla sambil membuat muka hairan.
"Dia ni junior baru dekat sekolah kita.
Kawan Aien, adik Adam.
" Terang Raisya sambil melambaikan tangan kepada Aien yang baru selesai membuang hajat.
Aien berjalan ke arah kami dan mukanya berubah terkejut tatkala melihat kelibat Mayla.
"Hey sis Mayla! Lama tak jumpa kau!".
Terus saja batang tubuh Mayla dipeluk erat oleh Aien.
Selepas itu, mereka bertiga mula berbual tanpa pedulikan aku dan ipongku.
Ok.
Now apa yang patut aku buat.
Kalau nak pergi, aku nak pergi mana? Tempat ni dah la besar.
Lepastu, cuba teka macam mana aku nak call abang id ? Dah la nombor dia aku tak ingat.
Entah kenapa aku rasa tak selesa sekarang ni.
Korang pernah kan rasa gelisah kalau ditinggalkan keseorangan dimall atau di tempat yang first time pergi.
Feel dia tu rasa lain macam.
Tiba-tiba ada sebuah kotak dihulurkan di hadapanku.
Terus aku mengangkat muka dan memandang wajah Adam.
"Nah".
Katanya lalu disuakan dengan lebih dekat kotak tersebut.
"Apa ni? " "Iphone baru" "What! ".
Jeritku agak lantang membuatkan dia memandang kiri kanannya.
"Eh takpela, ipong aku ni boleh guna lagi ni haa.. " balasku sambil mengetuk-ngetuk skrin ipongku ini.
Skrin keluar warna biru pulak.
Aduh tercalar sungguh maruah aku sekarang ni.
Adam menggelengkan kepalanya apabila melihatkan aku cuba untuk memperhidupkan ipong ni.
"Ambil jela, aku takde masa nak pujuk-pujuk orang ni" Seusai itu, aku terus mengambilnya, takut Adam jadi singa je kalau aku main tarik tali ni.
Pemberiannya ni aku akan ganti juga bila telefonku siap dibaiki.
Ini duit dia, lagipun aku sayang ipong lamaku.
Seusai itu, Adam mula mengorak langkah.
"Eh Adam, nanti cakap kat Aien aku balik dulu naib grab.
" Macam la aku berani.
HAHA.
Sepotong ayatku mampu menghentikan langkah Adam.
Lalu dengan sepotong ayat juga Adam membalasnya sebelum menyambung langkahnya tadi.
"Takyah ngade".
Bendera putih diangkat lalu aku mengekorinya.
*** "Weh Rasya! Sorry tau, tak ingat langsung kau ada kat belakang tadi duh.. Aku syok sangat sebab dapat jumpa Mayla.
Sorry beb! " Tak ingat langsung Aien.
Ok tak ingat langsung.
Pujukannya aku hiraukan tanda merajuk.
Eiuw, sejak bila aku pandai mengada ni.
Selepas itu, Aien mula berjalan mendahuluiku.
Aip.
"Aku malas nak pujuk-pujuk orang ni, cepat sikit, kita dah ketinggalan ni cik adik.. Ni pon mujur abang aku ada mesej aku suruh amik kau kat sini, btw abang aku mana? " Malas nak pujuk-pujuk orang.
Pfffttt.
Perangai sebijik macam abang dia.
"Tadi dia cakap kat aku yang dia pergi toilet kejap dan suruh tunggu kau kat sini" "Kita nak ke mana sekarang ni? " sambungku.
"Memenuhi perut! " "Bm score berapa? " "A+! " "K" "Ngek ah kau, tu je? " "Dah tu aku tak boleh nak buat apa la kalau ayat macam tu dapat A+"Balasku sambil tersenyum kearahnya.
"K" Seraya itu, ketawa kami berdua bersabung.
*** "Dah sampai, kita makan kat sini eh, Rai ngan Mayla dah tempah semua.
" Kami berjalan masuk kedalam restoran ini dan bulu romaku automatik meroma.
Sejuk! Belum sempat aku ingin mengikuti langkah Aien ke meja kami, satu kelibat seorang hamba Allah ini mampu membuatkan langkahku terhenti.
***---*** Halo gaiseuu! Done bab 19! I"ll be very happy if u gaiseu vote and comment! See u gais again #RASYA#LOL#BROCOMEL.
Sumber:Internet