. Keadaan bilik menjadi terang apabila telingaku menangkap bunyi suis lampu dibuka.
Berkerut-kerut mataku apabila nyalaan lampu mula memancar dengan terang.
Ni mesti abang id ni.
Selang beberapa saat, terasa tilamku sedikit tenggelam.
Mataku masih terkatup rapat, ingin mengetahui tindakan yang bakal dilakukan selanjutnya.
Bunyi keluhan kedengaran membuatkan aku tahu dirinya merupakan seorang perempuan.
Aik.
Bukan abang id ke.
Takkan selama ni abang id.... Fikiran negatif aku buang jauh-jauh.
Apala kau ni sya.
"Kasihan kau, cepat-cepat sihatla ya" Kedengaran 'si dia' mengungkapkan satu ayat.
Mataku dicelik lalu wajahnya kelihatan.
Siapa doh dia ni.
Aku kat mana ni.
Ni bukan bilik aku! Mataku meliar memerhatikan segenap ruang bilik ini sampailah mataku terpandangkan baju sekolah yang elok tersarung ditubuhku ini.
Melihatkan reaksi diriku ini, si dia menghembuskan nafas lega.
"Alhamdulillah kau dah sedar" Katanya seraya memberikan segelas air kepadaku.
Mataku beralih memerhatikan dirinya pula.
Terasa tenang bila aku menatap wajahnya.
Dengan bertudung, dia kelihatan sangat ayu dan manis.
Sedikit sebanyak ianya mengingatkan bahawa diriku dulu jua merupakan antara wanita bertudung sepertinya.
Badan dibangunkan dan disandarkan ke belakang lalu aku menyambut gelas yang dihulurnya.
Tiba-tiba rasa haus.
"Erm, terima kasih.
Kau siapa eh? "Tanyaku sebelum meneguk air kosong yang diberinya.
"Aku Aishah.
" balas Aishah sambil menukarkan tempat duduknya dari tilam ke kerusi bersebelahan katilku.
Aku tak kenal doh dia ni.
Tapi bila terlihatkan tag namanya berwarna biru, menandakan dia juga dari pelajar tingkatan empat.
"Aku tahu kau tak kenal aku sebab aku ni takde la famous macam kau yang baru masok je sekolah ni terus heboh.
" katanya sambil tersenyum kekok.
Ok.
Yang ni aku pula yang kekok.
Aku ni mana pemes.
Aku hanyalah insan biasa.
Yang tidak tahu apa-apa melainkan inginkan cintamu.
Ewahhh! Badanku terhinjut-hinjut menahan ketawa dari anganku tadi menyebabkan dia memandangku pelik.
Terus berhenti ketawaku apabila didapati aku berangan.
Weh malu siaaaaa.
Malu keturunan aku.
Rasa nak lerak je katil ni.
"Kau ok tak ni? Nak aku panggil nurse ke? " tanyanya sambil berdiri, bersiap sedia mahu memanggil nurse.
"Eh eh takpayah la.
Aku dah sihat dah, btw aku sakit apa eh? Kenapa aku tak rasa apa-apa? " tanyaku soalan yang terbuku di fikiran semenjak bilik ini menghiasi pandanganku.
"Kau pengsan tadi bila keluar tandas, mujur aku sempat sambut and terus bawa kau kat klinik sekolah ni".
Jawab Aishah sambung duduk di atas kerusinya tadi.
Aku pengsan? Jap.
Sebelum pergi ke tandas aku dimana ya? Waduh, akunya dikantin! Udah ku ingat! Udah ku ingat gue dimarahi oleh si Adem itu.
Malu beneran ya ampun.
Si Aien juga ada disitu sih.
Gue berantakan sama si Raisya! Gue udah ingat!
Sumber:Internet