. Selepas mengalunkan ayat suci Al-quran yang terakhir, Rasya menutup Al-quran tersebut dan menciumnya.
Air mata yang mengalir di muka diseka dengan ibu jarinya dari terus mengalir.
Hari ini, genap 4 tahun ibu bapanya pergi meninggalkan dunia yang durjana ini.
Masih terngiang-ngiang berita buruk yang disampaikan oleh ibu saudaranya 4 tahun yang lepas, "Adik.. ibu bapa adik dah takde nak.. Mereka terlibat dalam kemalangan kapal terbang tadi".
Hampir luluh hatinya mendengar khabar itu .
Lebih-lebih lagi perkhabaran mengenali mayat mereka yang tidak dapat dijumpai.
Mulai hari itu, Rasya yang biasanya dikenali dengan seorang yang periang bertukar personaliti menjadi seorang yang pendiam.
Pendiam dengan orang yang tidak rapat dengannya.
"Adik Rasya.. Mari turun makan.. Nanti nasi sejuk.. " tersentak aku dari lamunan apabila ibu saudaraku, mami suha, memanggil namaku .
Terus aku meletakkan Al-quran di tempat asalnya, di atas almari.
Sempat lagi aku menilik wajahku di hadapan cermin.
Rambutku yang sedikit serabai diikat tinggi .
Rambutku yang agak lebat keperangan ini mengingatkan aku kepada rambut arwah ibuku yang juga sepertiku.
Arwah baik dan cantik orangnya.
Untung arwah bapaku.
Oh ya, lupa dikhabarkan bahawa aku tinggal berdua dengan mami suha di kampung ini .
Suami mami suha meninggal dunia dua tahun yang lepas.
Anak tunggalnya, Adam Fidaus, bekerja di Kl sebagai pensyarah sekaligus menetap disana.
Jadi aku tidak perlu untuk menyarung tudung lagi..Kakak angkat aku ? Ah pedulikan dia buat waktu ini.
--------------- "Alhamdulillah, Terima kasih ya.
Saya akan berpindah kesana secepat mungkin.
Terima kasih lagi ya... " kedengaran mami suha mengucapkan syukur buat kali kedua selepas menjawab panggilan tersebut.
"Siapa tu mami? Apa yang diucapkan? " soalku sambil membuka siaran di kaca televisyen.
Selang beberapa saat, terasa sofa yang didudukiku semakin dalam dan memberat menandakan mami suha mengambil tempat di sebelahku menyebabkan tumpuanku dari televisyen beralih ke wajah putih bersihnya.
"Adik Rasya, lusa kita berpindah ke Kl ya? Ingat tak yang mami ada mintak kerja di syarikat kawan mami? Mami dapat pekerjaan jadi pereka fesyen disana.
Kemas semua barang-barang kamu esok ya? " jawab mami suha sambil tersenyum kearahku.
"Alhamdulillah mami ! Akhirnya, mami dapat juga capai cita-cita mami bergelar seorang pereka fesyen.
Rasya bangga dapat jadi anak saudara mami.
Hihi.
" kataku sambil mengelus perlahan tangannya.
Tangan inilah yang banyak berkorban untukku semenjak suami mami suha pergi meninggalkan kami.
Dia terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung keperluan kami.
Sampai masa aku pula yang perlu berkorban untuknya.
Walaubagaimanapun, hati aku sebenarnya sukar untuk menerima khabar ini.
Aku lebih suka tinggal di kampung.
Hidup di kampung lebih tenang berbanding di bandar.
Di bandar, kebanyakannya sibuk mengejar materialistik sampai untuk membuat ibadah kepadaNya pun jarang-jarang.
Aku juga harus berpindah sekolah.
Mami suha juga mengatakan bahawa ini merupakan aturan takdir Allah dimana aku perlu pindah ke sekolah bandar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih moden sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan SPM tahun depan.
Agaknya, macam mana reaksi kawan-kawanku nanti? Ahhh.. Rumitnya! ****----------**** Hello gais.. Done Bab 1! I"ll be very happy if u guys vote and comment! °°°-Dimana sebenarnya kakak angkat Rasya? -Bagaimana reaksi kawan-kawannya? -Bagaimana personaliti Rasya di bandar? Adakah dia bersedia untuk mendepani misteri hidupnya? See u gais again!. #RASYA#LOL#BROCOMEL.
Sumber:Internet