Gelap

Isteri Paling Popular 11

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 11

. "Apa perasaan cikgu dapat kahwin dengan Mia Sofea?" "Cikgu, boleh tolong dapatkan autograf Mia Sofea?" "Cikgu, kak Mia Sofea buat apa hari ni cikgu?" "Cikgu, kalau saya nak datang rumah cikgu jumpa kak Mia Sofea boleh?" "Best lah cikgu hari-hari jumpa Mia Sofea kan? " "Jom bergambar cikgu.
Tak dapat bergambar dengan Mia Sofea, dengan suaminya pun jadilah!" "Kamu ni bukan suami kepada Mia Sofea ke? Eh eh, mak cik minat sangat dengan Mia Sofea ni.
Semua drama dia mak cik tengok.
Kamu tolong kirim salam kat dia boleh?" "Hi encik Amin.
Saya wartawan bahagian hiburan Harian Metro.
Boleh saya bertanya apakah perasaan encik Amin dapat berkahwin dengan artis popular Mia Sofea?" "Assalamualaikum semua! Saya dengan ini memperkenalkan suami kepada Mia Sofea iaitu Encik Amin! Tolong lambai. tangan kat penonton encik Amin? Haa, macam "Encik Amin..." "Amin..." "Amin.
" "Amin?" Amin tersedar dari lamunan apabila namanya dipanggil oleh ibunya, Rugayyah.
"Amin? Apa yang tercegat lagi tu? Diorang dari tadi dah balik..." tanya Rugayyah kepada Amin.
"Tak ada apa ma..." jawab Amin.
"Dah start rindu ke? Hihihi," usik Rugayyah.
"Mama ni.
Situ pulak.." Amin terdiam.
Wajahnya bertukar serius.
Rugayyah mula menyedari ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran anaknya.
"Min, ada apa ni?" Rugayyah bertanya lembut sambil menggosok kepala anaknya "Ma, betul ke Amin kahwin dengan Mia Sofea ni ma?" "Kenapa Amin kata macam tu?" "Sebab yelah.
Mia kan artis popular.
Mama tak rasa ke tempias populariti tu terkena kat Amin nanti bila Amin dah kahwin dengan dia?" Amin memberitahu Rugayyah.
"Lepas tu hidup Amin lepas tu macammana nanti? Amin tak rasa hidup Amin, hidup kita akan sama macam yang sekarang ni ma..." Amin menyambung percakapannya.
Jelas kedengaran nada risau pada kata-katanya.
Rugayyah tersenyum.
"Itulah yang akan kita bincang sama-sama nanti masa pertemuan dengan mak cik Midah, dengan Mia yang lepas ni.." Amin mengerutkan wajahnya sambil memandang ke arah Rugayyah yang masih tersenyum.
Rupa-rupanya perihal perkahwinan Amin dan Mia Sofea ini belum masuk bab mukaddimah pun lagi! *** Seorang lelaki berkaca mata hitam, memakai topi cap dan berbaju tshirt biru lusuh sedang berdiri di sebalik pokok yang terletak di hadapan rumah banglo Mia Sofea.
Aksinya kelihatan sangat mencurigakan.
Dia kemudiannya mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar jeans nya.
Dia membuka aplikasi youtube dan menonton video "Rumahku Syurgaku" yang memaparkan Mia Sofea sebagai tetamu rancangan tersebut.
Lelaki tersebut kemudiannya pause-kan video itu seketika dan melihat ke arah rumah Mia Sofea.
Anak matanya beralih kepada skrin telefon pintarnya pula.
Dia membuat perbandingan antara video tersebut dengan rumah Mia Sofea yang sebenarnya berada di hadapannya.
Lelaki tersebut mengangguk perlahan sambil tersenyum.
"Bagus..." terkeluar sepatah perkataan seribu satu makna daripada mulutnya.

Sumber:Internet