Gelap

Isteri Paling Popular 14

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 14

. "Mama.. " "Ya, Amin?" "Haish "Eh, budak ni.
Panggil mama dia lepas tu mengeluh pulak?" "Haha.
Tak ma..." Hafiz kemudian bangun daripada mejanya yang terletak di ruang tamu.
Dia berjalan menuju ke arah Rugayyah yang sedang bersantai menonton drama di kaca televisyen.
"Cerita apa ni ma?" tanya Amin kepada ibunya.
"Drama.
Drama tulah yang pasal budak driver yang tiba-tiba jadi CEO tu.." jelas Rugayyah.
"Cerita apa tu? Tak tahulah Min.
Err, Ada Mia ke dalam drama ni?" "Mia? Mia Sofea? Eh, mana ada.. Dia drama lain," jawab Rugayyah sambil tersenyum sinis.
"Amboi, dah start rindu ke?" usik Rugayyah selepas itu.
"Eh, mama ni.
Suka sangat kata macam Amin sedikit berasa kecewa.
"Amin? Kenapa ni?" Rugayyah sekali lagi menyedari ada yang tidak kena pada anaknya itu.
"Ma.. Betul ke Amin kena kahwin dengan Mia ni ma?" "Amin risau pasal benda ni lagi ke?" "Sebab ma--" Amin tak dapat menghabiskan kata-katanya.
Dia sendiri dalam keadaan yang keliru.
Dia kemudiannya duduk di sebelah Rugayyah di sofa ruang tamu tersebut.
Matanya memandang ke arah kaca televisyen namun hatinya tidak.
Rugayyah memandang Amin sambil tersenyum.
"Min.. Mama tahu Amin keliru pasal ni.
Pasal tu mama sebenarnya dah aturkan pertemuan Amin dengan-" "Eh? Dengan Mia?" "Bukan! Ish, Amin ni.
Tunggulah mama habis cakap dulu.
Mama dah aturkan pertemuan Amin dengan Mak cik Hamidah la.." "Mak cik Hamidah?" "Ya.
Sebenarnya ada sebabnya kenapa Amin perlu berkahwin dengan Mia Sofea.
Tapi elok lah kalau benda ni keluar dari mulut mak cik Hamidah "Ada sebab..?" Rugayyah mengangguk perlahan.
**** Amin tiba di sebuah restoren mamak popular yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.
Sebentar nanti, Amin akan bertemu dengan Hamidah bagi mendapatkan cerita sebenar kenapa dirinya perlu berkahwin dengan Mia Sofea.
Amin secara jujurnya bukan tidak mahu berkahwin.
Cuma dirinya tidak merasakan bahawa Mia Sofea adalah calon yang sesuai untuk dirinya.
Status Mia Sofea yang bagaikan tinggi ibarat merak kayangan itu tidak sepadan dengan dirinya yang merupakan cikgu sekolah menengah sekolah kerajaan biasa.
Amin memasuki restoren.
Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari jikalau mak cik Hamidah sudah pun terlebih dahulu sampai berbanding dirinya.
Nasib baik.
Mak cik Hamidah belum sampai lagi.
Amin berfikiran kalau dirinya sampai lewat akan dilihat tidak sopan pula nanti.
"Bos! Makan apa mau?" seorang pelayan warga bangladesh menegur Amin sambil tangannya memegang sedulang minuman untuk pelanggan lain.
"Err.. Jab.
Saya tunggu kawan.." "Wokey! Tada masalah.
Abang dudu dulu nanti sia datang lagi!" "Terima kasih.." kata Amin.
Dia mencari meja kosong segera duduk melabuhkan punggung.
Amin kemudian mengeluarkan telefon dari poket seluarnya, memeriksa jikalau ada mesej daripada mak cik Hamidah..  "Woi!! Kau gila ke apa bangla??" Amin tersentak.
Dia memandang ke arah tepi dan melihat seorang lelaki berbadan besar mencekik kolar baju pelayan Bangladesh tadi.

Sumber:Internet