Gelap

Isteri Paling Popular 25

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 25

. Prang!!!!! Pecah berderai sebiji gelas kaca apabila ia dibaling melanggar dinding.
Tak cukup dengan itu, sebuah meja kayu kemudiannya dihentam menggunakan penumbuk beberapa kali.
Bam!! Bam!! Bam!! Suara jeritan melepaskan geram kedengaran.
"Aarghhhhh!!!!!" Dan disudahi dengan hentaman meja terakhir yang paling kuat sekali.
BAM!! Susulan dengan perbuatan tersebut, wanita itu akhirnya dapat menenangkan dirinya selepas jiwanya dalam keadaan gelora yang teramat sangat tadi.
Wanita tersebut ialah Liyana Amin, seorang pelakon wanita paling popular suatu ketika dahulu.
Dia mengamuk lagi kali ini selepas pengurus peribadinya gagal untuk memujuk seorang pengarah filem terkenal agar dia memberikan peranan watak utama kepada Liyana Amin.
Sebaliknya, peranan watak utama tersebut diberikan kepada Mia Sofea dengan alasan Mia Sofea lebih mudah untuk menarik penonton berbanding Liyana Amin.
Pengurus peribadinya yang 'gagal' itu sudahpun dipecat oleh Liyana Amin sebentar tadi.
Entah, ini kali ke berapa Liyana Amin memecat pengurusnya.
Walaupun menyedari bahawa pengurusnya tidak bersalah, dia tetap memilih untuk memecat pengurusnya itu kerana terlampau geram dan marah.
Bagi Liyana Amin, yang sebenarnya bersalah di sini adalah Mia Sofea.
Mia Sofea bukan sahaja merampas kedudukannya sebagai pelakon wanita popular, dia juga banyak merampas peluang lakonan samada filem atau drama daripadanya.
Kadang-kala Liyana Amin berasa hairan juga.
Macammana Mia Sofea lebih popular daripadanya? Jika dikatakan Mia Sofea itu lebih muda, beza antara mereka sebenarnya tidak begitu jauh, hanya dua tahun sahaja.
Walaupun begitu Mia Sofea lebih popular dan semakin popular, sehingga kehadiran Liyana Amin semakin dilupakan peminat.
Liyana Amin tidak pasti apa yang berlaku.
Dahulunya dirinya sangat popular.
Dia sering membintangi drama pukul 7 di kaca televisyen sehingga pernah digelar sebagai Ratu Drama pukul 7.
Namun gelarannya itu hanya sementara.
Sejak Mia Sofea menjadi watak utama untuk sebuah drama, drama tersebut terus meletup dan Mia Sofea berterusan menjadi pilihan pengarah dan stesen TV untuk menjadi watak utama.
Momentum Mia Sofea tidak terhenti setakat drama sahaja.
Setiap filem yang dibintangi oleh Mia Sofea juga mencatat kutipan box office.
Mia Sofea telah menguasai setiap drama dan juga filem.
Sejak pada itu, takhta nombor satu yang dimiliki oleh Liyana Amin dengan mudahnya jatuh ke tangan Mia Sofea.
Liyana Amin bukanlah tidak mendapat tawaran berlakon.
Tawaran berlakonnya masih ada tidak pernah putus.
Cuma kebanyakannya adalah watak sampingan.
Jika watak utama sekalipun, ia adalah tawaran untuk telefilem atau mini drama sahaja.
Sebut apa saja platform media sosial.
Facebook, telegram, twitter, instagram, tik tok kesemuanya Liyana Amin berperanan aktif di dalamnya demi memastikan dirinya terus kekal popular.
Namun, masih juga tidak dapat menandingi populariti Mia Sofea yang hanya memiliki satu akaun rasmi instagram sahaja! Semakin memikirkan perihal Mia Sofea, semakin menggelegak jiwa dan perasan Liyana Amin.
Prangg!! Sebuah lagi gelas kaca dibaling ke dinding.
Arrghh! Perasaan cemburu dan bencinya terhadap Mia Sofea membuak-buak.
Kalaulah tidak kerana Mia Sofea, sudah tentu dirinya masih dikenali sebagai Ratu Drama Pukul 7 sekarang.
Kalaulah tidak kerana Mia Sofea, sudah tentu dia mendapat banyak tawaran berlakon sekarang.
Kalaulah tidak kerana Mia Sofea, sudah tentu dirinya masih kekal sebagai pelakon paling popular sekarang! Ini semua salah Mia Sofea! Bagi Liyana Amin, tiada jalan lain.
Demi memperolehi kembali kedudukannya sebagai pelakon paling popular, Mia Sofea harus dijatu
Sumber:Internet