Gelap

Isteri Paling Popular 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 3

. 2000.
Rugayyah semakin resah.
Sehingga kini dia masih tidak menjumpai Amin yang sepatutnya sedang menunggu dia di pondok pintu masuk Tadika Al-Humaira ini.
Dia mula menyesal, dia tidak seharusnya terlalu asyik dengan mesyuarat guru yang diadakan di sekolahnya tadi sehingga melupakan rutin hariannya mengambil Amin pulang dari tadika.
"Betul ke dia ada tunggu saya kat sini tadi cikgu?" tanya Rugayyah sekali lagi kepada seorang wanita muda yang merupakan guru tadika tersebut.
Minta kepastian.
"Be-betul puan.
S-saya nampak Amin duduk kat sini lepas tamat sekolah tadi," kedengaran nada keresahan yang teramat keluar daripada wanita muda berbaju kurung tersebut.
"Lepas tu dia pergi mana?" "s wanita muda tersebut tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
Lidahnya terus menjadi kelu kerana terlampau bimbang.
Rugayyah tidak lagi memandang kepada wanita muda itu.
Boleh sahaja dia menengking guru tadika itu kerana tidak menjaga anaknya betul-betul akan tetapi emosi bimbangnya sekarang ini jauh lebih besar dari emosi kemarahannya.
Lagipun, salah dia juga kerana lupa akan tugasnya sebagai seorang ibu.
"Mama...! " Rugayyah segera memandang ke belakang apabila mendengar suara yang dikenali itu.
Kelihatan Amin sedang berlari pantas ke arahnya.
Air mata Rugayyah mula bercucuran.
Kakinya lemah dan dia terus melutut ke tanah.
Alhamdulillah, anaknya masih ada dan selamat.
"Amin!" Rugayyah memeluk erat anaknya seolah-olah tidak mahu kehilangan dia buat selamanya lagi.
"Mana mama? Lama Amin tunggu dari tadi.
" "Maafkan mama Amin, mama tak tak "Tak apalah mama.
Tadi mak cik Midah tolong jaga Amin tadi bawak Amin makan kedai.
" "A-apa? Mak Cik Midah?" Rugayyah memandang ke hadapan dan melihat seorang wanita lingkungan 30-an sedang berlari-lari anak ke arahnya sambil mengendong seorang budak lingkungan 2 tahun.
Tibanya dia di hadapan Rugayyah, wanita tersebut termengah-mengah.
" Haa.. Amin.
Lajunya kamu berlari.
Semput mak cik.
Hadoi.. Bawak si Mia ni lagi... Hadoi.. Semput.. Semput.." Hamidah Ahmad melepaskan nafasnya yang berat di hadapan Rugayyah dan Amin.
Rugayyah perlahan-lahan bangun dan memandang ke arah Hamidah Ahmad dengan riak wajah yang penuh kehairanan.
"Maafkan saya kak.
Tadi saya nampak si Amin ni sorang-sorang kat sini.
Dia tekan-tekan perut dia.
Saya ingatkan dia sakit perut tapi rupanya dia lapar.
Terus saya bawakan dia makan kat kedai seberang jalan tu haa.
Saya ada nampak kereta kak lalu depan kedai tadi terus saya panggil tapi mestilah kak tak dengar sebab dalam kereta kan hehe.
Saya takut kak bimbang tak jumpa si Amin sini itu saya dengan Mia dengan si Amin ni terus berkejar ke sini tu Hamidah Ahmad bercerita panjang lebar sambil termengah-mengah.
Rugayyah tidak berkata apa-apa.
Dia hanya tersenyum dan mula terasa sebak.
Lantas dia segera memeluk Hamidah Ahmad.
"Terima kasih puan.
Terima kasih sebab sudi jagakan anak saya.." Amin hanya memandang mereka dengan perasaan keliru tidak faham dengan apa yang berlaku.
Pelukan mereka dilepaskan selepas Mia menolak Rugayyah kerana rasa tidak selesa 'dihimpit' oleh dua orang perempuan dewasa.
Rugayyah tersenyum dengan perlakuan Mia dan mencubit pipinya.
Rugayyah dan Hamidah Ahmad duduk bersama-sama di pondok berehat berhampiran dengan pintu masuk Tadika Al-Humaira.
Rugayyah memangku Mia Sofea di riba manakala Amin duduk di sebelah mereka.

Sumber:Internet