Gelap

Isteri Paling Popular 34

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 34

. Setelah membayar menu yang dipesannya di kaunter, Yayat bergegas keluar dari kafe tersebut dan terus melangkah laju ke kedai buku yang terletaknya di seberang jalan bertentangan.
Tujuannya hanyalah satu, iaitu untuk melihat gadis bertudung labuh yang pernah ditemuinya di lif pangsapuri suatu masa dahulu.
Siapakah gadis misteri itu sebenarnya? Kenapa dia terasa begitu tertarik kepada gadis bertudung labuh tersebut?Namun, setibanya di hadapan kedai buku itu, langkah Yayat semakin perlahan danLangkah Yayat akhirnya terhenti.
Yayat memikirkan kembali tindakan yang ingin dilakukannya itu.
Dia menyedari, tindakannya itu tiada bezanya dari seorang stalker.
Beriya-iya mengekori dan mengintip seorang gadis hanya kerana terasa teruja akan melihatnya.
HuYayat menghembuskan nafas yang berat.
Mungkin kerana isu pemecatan dirinya sebagai pengurus Mia Sofea telah membuatkan pemikirannya jadi tak betul, tak rasional.
Langsung berlainan dengan dirinya yang selalunya sharp dan profesional.
Pap! Pap! Pap!Yayat menepuk pipinya dua tiga kali, dengan harapan dirinya kembali 'sedar' seperti kebiasaan.
Yayat akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja.
Langkah kakinya mula diambil dan...Tap!Yayat terlanggar seseorang yang baru sahaja keluar dari kedai buku tersebut.
Habis terjatuh bertaburan buku yang dibawanya ke lantai.
Dengan segera Yayat membantu mengambil buku yang jatuh itu kembali dengan perasaan sangat bersalah.
"Maaf! Maafkan saya! Saya tak Orang yang dilanggarnya itu adalah gadis bertudung labuh itu! Rupanya gadis itu secara kebetulan baru sahaja keluar daripada kedai buku tersebut.
" a kata gadis bertudung labuh tersebut.
Manakala Yayat terpaku sedang tangannya masih memegang salah satu buku kepunyaan gadis tudung labuh tersebut.
Langsung tidak bergerak.
Matanya juga tidak berkelip.
Seperti patung di gedung pakaian.
Atau seperti street performer yang mempertontonkan diri mereka seperti patung di jalanan.
Gadis bertudung labuh itu memandang Yayat dengan perasaan aneh.
Dahinya berkerut.
Dah kenapa pulak dengan mamat ni?"Err..encik? Bu-buku gadis bertudung labuh bersuara memecah suasana janggal antara mereka.
"Ehh? Ah? Ah, ya...maafkan saya hehehe," Yayat tersenyum.
Malu pula dengan tindakan pelik dirinya itu.
Dia segera menyerahkan buku terakhir kepada gadis bertudung labuh tersebut.
Dengan senyuman tawar, gadis tersebut mengambil buku tersebut dan kembali meletakkannya di dalam plastik.
"Maaf ya..." Sekali lagi Yayat meminta maaf.
"Tak aYayat tersenyum.
Dia kemudian mula bergerak melangkah pulang keEh?Yayat dan gadis bertudung labuh itu berjalan seiringan! "Eh? Hehehe.
Awak nak jalan arah sini jugak eh?" tanya Yayat, cuba untuk memecahkan suasana janggal tersebut.
"Err..ya.
Saya nak pergi Pangsapuri Angkasa sana.." jawab gadis bertudung labuh tersebut.
Kelihatan dia sedikit malu-malu.
"Iya? Saya pun!" Yayat sedikit teruja.
"Awak tinggal sana jugak ke? Saya tinggal sana tau?" kata Yayat lagi selepas itu.
" tak tinggal sana.
Saya mengajar tuisyen rumah ke rumah..""Oh! Macam Yayat tersenyum.
Dia sangat berasa teruja dapat berbual dengan gadis bertudung labuh ini.
Tapi, gadis bertudung labuh itu kelihatannya sangat janggal.
Dia berjalan dengan perlahan sambil memandang ke arah bawah.
Tidak ke depan mahupun tidak kepada Yayat.
O Yayat menyedari, tindakan 'mesra' nya itu sebenarnya membuatkan gadis bertudung labuh ini berasa tidak selesa.
"Ah, alamak! Mana kunci rumah saya ni? Alamak, tertinggal pulak kat kafe Yayat tiba-tiba bersuara sambil meraba-raba poketnya.
"Maaf ya? Saya nak balik kafe tadi kejab.
Tinggal kunci pulak kat kata Yayat lagi sambil tersengih-sengih.
Gadis bertudung labuh itu mengangguk perlahan tanpa bersuara.
Yayat kemudian mula berjalan ke arah belakang.
Dia berlari-lari anak, menuju ke kafe demi mengambil kunci rumah yang sebenarnya sudahpun ada di dalam saku poketnya.
Tindakan Yayat tidak bertujuan lain, kecuali hanyalah untuk memberi ruang privasi kepada gadis bertudung labuh tersebut.
Yayat menyedari kehadirannya telah membuatkan gadis bertudung labuh itu merasa tidak selesa.
Yayat mengeluh.
Inilah kali pertama seseorang wanita tidak merasa selesa dengannya.
Sifatnya sebagai lelaki lembut selama ini sering kali memudahkan dirinya untuk bergaul dengan wanita.
Namun, ia langsung tidak membantu apabila berhadapan dengan gadis bertudung labuh yang misteri itu.
Setelah berjalan seketika, Yayat akhirnya kembali ke kafeteria yang disinggahinya tadi.
Dia segera memesan secawan americano di kaunter sambil si pelayan berhampiran memandang Yayat dengan perasaan yang aneh, kerana Yayat baru tadinya keluar dari kafe.
Tak sampai lima belas minit dah balik sini balik?
Sumber:Internet