Gelap

Isteri Paling Popular 35

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 35

. Yayat termenung lagi seorang diri sambil tangannya mengacau-ngacau air americano yang sudahpun sejuk.
Fikirannya masih lagi kusut.
Masih belum mempunyai jawapan atau penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya.
Pertama, Daya Bintang Entertainment telah bertukar tangan tanpa sebarang maklum awal.
Kedua, dia secara tiba-tiba telah dipecat daripada kedudukannya sebagai pengurus kepada Mia Sofea.
Dan ketiga, Mia Sofea ataupun Hamidah masih gagal dihubungi sehingga kini.
Yayat memandang ke arah telefon tanpa sebarang emosi.
Berharap supaya ada seseorang menghubunginya.
Memberitahu sesuatu kepadanya.
Menjelaskan segalanya-galanya.
Atau sekurang-kurangnya, bercakap dengannya..."AsKedengaran suara gadis muda di sebelah kiri Yayat.
Dengan perlahan Yayat menoleh ke kiri atas dan...Eh????Gadis bertudung labuh itu lagi?Terperanjatnya Yayat bukan kepalang.
Tengah bermimpi ke apa ni?"Err, encik? Saya nak minta maaf atas perlakuan saya tadi.." tak semena-mena gadis bertudung labuh itu meminta maaf.
"Eh? Minta maaf sebab apa pulak?" Yayat sedikit keliru dengan apa yang berlaku.
Atau, dirinya yang terlupa akan sesuatu kerana kepalanya yang sedang berserabut?"Tadi, perlakuan saya tadi macam tak sopan pulak.
Tak pasal-pasal encik kena jauhkan diri encik dari saya sebab nak bagi ruang kat saya.
Saya rasa bersalah sangat lepas tu.
Maaflah.
Sebab saya ni memang tak biasa dengan lelaki sebab tu saya, sebab tu saya macam jelas si gadis tudung labuh panjang lebar sambil diselangi dengan nada rasa bersalah.
Yayat terpaku mendengar penjelasan gadis bertudung labuh tersebut.
"Err, awak dah minum?" tanya Yayat dengan tiba-tiba kepada gadis bertudung labuh.
"Eh? Umm...sudah.
Tadi kat rumah budak yang saya ajar tuisyen tadi," jawab gadis bertudung labuh dengan jujur.
"Jemputlah, minum dengan saya.." Yayat menjemput gadis bertudung labuh itu minum, seolah-olah tidak mendengar jawapan yang diberikan oleh gadis itu tadi.
"Err...tapi saya dah minum"Tak apa.
Minum lah lagi.
Air je pun bukannya nasik.
""Ta"Saya tak akan maafkan pelakuan awak kat saya tadi, kecuali kalau awak minum dengan saya!" Gadis bertudung labuh mengeluh.
Tiada pilihan, dengan perlahan dia kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Yayat.
Senyumnya Yayat bukan kepalang.
Yayat segera memesan kopi latte untuk gadis bertudung labuh tersebut.
Sementara menunggu pesanan tiba, Yayat menanyakan sesuatu kepada gadis bertudung labuh.
"Boleh tak awak temankan saya sekejab? perlukan orang untuk bercakap.."Gadis bertudung labuh memandang tepat ke arah wajah Yayat.
Tanpa sebarang suara, gadis itu mengangguk.
Yayat tersebut.
Akhirnya dia mempunyai seseorang untuk dirinya meluahkan perasaan!Tanpa membazir masa, Yayat terus menceritakan segala-galanya kepada si gadis bertudung labuh tersebut.
Tapi sebenarnya, tidaklah segala-galanya juga.
Yayat tidak memberitahu yang dirinya adalah pengurus kepada artis popular Mia Sofea.
Sekadar memberitahu dirinya adalah seorang pengurus artis sahaja.
Bimbang jika apa yang diceritakan ini tersebar menjadi viral, nama Mia akan tercalit lagi.
"Maksudnya, encik dipecat tanpa sebab?" tanya si gadis tudung labuh.
"Yup, macam tulah.." jawab Yayat bersahaja sambil menghirup air americano yang sudahpun sejuk.
Ughh, Yayat menggeletar.
Pahitnya kopi itu semakin terasa.
"Encik dah contact orang-orang yang berkaitan?""Sudah.
Saya call pemilik lama agensi saya tu, tak angkat.
Saya call artis yang saya manage tu, tak angkat.
Saya call mak kepada artis tu, pun tak angkat.
Awak tahu last-last saya pergi agensi tu sendiri tadi, tapi pulak saya kena halau awak tahu??" tiba-tiba Yayat sedikit emosional.
"Eh? Itu je encik call? Tak ada orang lain lagi?""Orang lain? Maksud awak?""Umm... ada tak orang lain yang artis tu rapat? Maksud saya kawan dia yang lain?""Tak ada.
Kawan tu adalah.
Tapi kawan sekadar dalam bidang hiburan je.
Kawan untuk kerja semata-mata.
Kalau saya call diorang pun mesti diorang tak tahu punya.." "Kawan yang luar bidang hiburan? Yang bukan kerja? Tak kan tak ada kot?"Yayat menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Namun seketika kemudian,  senyuman Yayat terhenti.
Dia akhirnya menyedari tentang kehidupan Mia Sofea yang sebenarnya agak terasing selama ini...Mia tiada teman yang rapat selain Yayat dan ibunya sendiri.
Walaupun mempunyai beberapa rakan artis, Mia Sofea dan mereka berhubung atas dasar kerja sahaja.
Bahkan, perhubungan antara mereka juga dijaga dan dipantau sepenuhnya oleh Yayat kerana bimbang akan Mia diambil kesempatan oleh rakan artis lain yang boleh mengheret Mia Sofea ke kontroversi.
Yayat mula berasa simpati dan bersalah dengan Mia Sofea yang terpaksa hidup dalam keadaan terasing selama ini...Eh?NanAmin! Ya, Amin!"Ada...Mia ada rapat dengan orang ni! Saya pun lupa nak contact dia!" spontan Yayat bangun dari kerusinya.
"Eh? Mia?" Gadis bertudung labuh menyedari sesuatu.
"Terima kasih awak! Terima kasih sebab bagi idea kat saya! Aduh, saya pun lupa pasal budak tu!"Si Gadis bertudung labuh tersenyum, gembira kerana dapat membantu.
Dia kemudiannya bangkit dari kerusinya, berniat untuk meminta diri.
Yayat mengucapkan selamat tinggal kepada gadis bertudung labuh tersebut.
Dia kemudian segera menelefon Amin, mengajaknya untuk berjumpa.
Amin bersetuju untuk berjumpa.
Selepas panggilan telefon dimatikan, Yayat mula menyedari sesuatu,Dia terlupa untuk menanyakan nama gadis bertudung labuh itu tadi!.
Sumber:Internet