Gelap

Isteri Paling Popular 37

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 37

. Suzana meneliti beberapa artikel di internet dan media sosial mengenai isu perkahwinan Mia Sofea dan Dato' Azman.
Wajahnya berkerut.
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada artikel-artikel tersebut.
Iaitu setiap artikel itu menceritakan isu ini secara keseluruhan sahaja tanpa sebarang perkara terperinci di dalamnya.
Langsung tiada gambar Dato' Azman dan Mia Sofea bersama.
Langsung tiada kenyataan dari pihak Mia Sofea sendiri.
Langsung tidak diceritakan sebarang peristiwa berkaitan yang menghubungkan Mia Sofea dan Dato' Azman.
Suzana pasti.
Isu perkahwinan antara Mia Sofea dan Dato' Azman ini hanyalah sekadar gosip.
Gosip kosong yang dibuat-buat tanpa sebarang asas padanya.
Namun, atas sebab tertentu gosip ini begitu meluas dan mendapat perhatian masyarakat kini betul-betul yang percaya bahawa Mia Sofea sememangnya akan berkahwin dengan Dato' Azman.
Sepertinya, ada pihak yang sengaja menyebarkan gosip ini ke mana-mana demi mempengaruhi kepercayaan masyarakat.
Tapi siapa? Siapa yang menyebarkan perkara yang tidak berasas ini?Apa tujuan mereka?Sekali imbas, sudah tentu perkara ini datangnya daripada pihak Dato' Azman.
Ini kerana Mia Sofea adalah seorang artis yang bersih dari sebarang kontroversi.
Jadinya tidak mungkin isu ini timbul daripada pihak Mia Sofea.
Berbeza dengan Dato' Azman, dia datangnya dari keluarga ahli politik.
Bapa dan abangnya adalah orang berpangkat tinggi dalam parti kerajaan sekarang.
Sebagai keluarga yang berlatarkan politik, tidak mustahil segala isu timbul disebabkan oleh tangan-tangan mereka.
Masalahnya, kenapa di pihak Mia Sofea sendiri tidak berkata apa-apa? Suzana kemudiannya membuka emel.
Dia memeriksa beberapa emel yang mungkin terlepas.
Ya, seperti diduga memang ada pihak yang sengaja menyebarkan gosip ini.
Suzana menemui sebuah emel yang menawarkan dirinya wang sebanyak RM20,000 untuk menulis gosip berkenaan perkahwinan antara Mia Sofea dan Dato' Azman.
RM20,000...Itu sememangnya suatu jumlah yang sangat banyak.
Kalau diikutkan nafsu sudah tentu Suzana atau Si Gadis Bunga itu menulis sahaja berkenaan gosip ini walaupun hanya beberapa perenggan sahaja.
Namun, Suzana teringat akan cikgunya, Amin..."Suzana, walau apa pun kerja yang kamu buat kamu kena jujur dan bersungguh-sungguh.
Baru duit tu berkat.
Tak guna kalau dapat duit yang banyak sekalipun tapi duit tu tak berkat.
Bila-bila masa Tuhan tarik balik duit itu nanti.
Penat je yang kamu dapat akAtas dasar pesanan inilah yang membuatkan Suzana sentiasa jujur dalam penulisannya.
Maka, sudah tentu tawaran RM20,000 itu tidak akan dilayaninya.
Suzana akan terus berusaha menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi tanpa sebarang penipuan atau fakta yang tidak berasas.
Oh, Suzana perasan ada kehadiran emel yang baru lagi.
Suzana membuka emel tersebut dan meneliDaya Bintang Entertainment dah bertukar tangan? Kini diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia?Bukankah Daya Bintang Entertainment ini agensi yang menguruskan Mia Sofea? Kelihatannya seperti ada suatu konspirasi politik yang berlegar berkaitan dengan Mia Sofea..
Sumber:Internet