Gelap

Isteri Paling Popular 40

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 40

. Amin masih duduk seorang diri di sebuah meja di restoran mamak di bandar.
Sejak dari tadi dia masih menunggu Yayat yang ingin berjumpa dengannya satu jam yang lalu.
Namun, Yayat masih juga belum berkunjung tiba.
Aduh... katanya nak jumpa? Tapi tak datang pulak?Memandangkan Yayat tidak dapat dihubungi, Amin mengambil keputusan untuk menunggu sahaja.
Jika Yayat masih belum datang selepas setengah jam, Amin akan serta merta pulang terus.
Setengah jam kemudian, Yayat masih belum datang juga.
Amin akhirnya mengambil keputusan untuk pulang sahaja.
Dengan langkah yang berat sambil dihinggapi dengan seribu satu persoalan, Amin mula bergerak pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, Amin disapa oleh ibunya Rugayyah yang sedang duduk di sofa ruang tamu.
"Amin? Macammana? Apa kata Yayat?" tanya Rugayyah dengan nada bimbang.
Amin hanya menggelengkan kepalanya perlahan.
"Yayat tak datang pulak.
Tak tahu lah saya kenapa.
Call dia pun tak angkat.
Min call lagi, phone dia off jawab Amin.
Rugayyah memejamkan matanya.
Terasa sedikit kecewa dengan situasi aneh yang berlaku sekarang.
"Tak faham la mama apa yang berlaku ni.
Tiba-tiba semua orang hilang.
Mia hilang.
Hamidah hilang.
Ni Yayat pun hilang? Mana semua orang ni? Macammana kita nak tahu yang Mia betul ke tak kahwin dengan orang lain kalau macam ni?" Rugayyah sedikit membebel.
Amin hanya mendiamkan diri.
Dia kemudiannya merapati Rugayyah dan memegang tangannya.
Rugayyah tersenyum.
Perasaanya kini berasa tenang.
"Maafkan mama.
Ma rasa dalam situasi macam ni Amin lah yang paling terbeban Rugayyah menyentuh pipi anaknya itu.
Amin tersenyum.
"Saya OK je ma.
Lagipun orang bukannya tahu yang saya ni calon suami Mia dari awal.
Jadi orang tak ada kacau saya.." kata Amin.
"Amin ni calon suami Mia yang sebenarnya! Bukan lelaki yang Dato' Azman D' Bayu tu!""Kalau pihak Mia sendiri tak nak teruskan apa kita boleh buat Ma? Keputusan bukan pada kita seorang.
Pada tangan Mia jugak..""Tapi Amin tak rasa pelik ke? Tiba-tiba Mia bakal berkahwin dengan orang lain? Tak ada nak bagitau kat kita dulu?""Pelik jugak ma.
Tapi benda ni dah tersebar satu Malaysia.
Semua orang dah tahu Mia akan kahwin dengan Dato' Azman tu.
""Amin betul ke okey ni? Betul okey?" Rugayyah sekali lagi meminta kepastian.
Amin terdiam.
Dia menundukkan wajahnya.
Menanyakan pada hatiSeketika kemudian, Amin memandang wajah Rugayyah kembali dan menggelengkan kepalanya.
Rugayyah memahami maksud anaknya itu.
Dia kemudiannya memeluk Amin dengan erat.
Mengerti kesedihan yang ditanggung oleh Amin.
Cintanya kini mungkin beralih arah kepada orang lain tanpa sebarang sebab.
Sebagai seorang ibu dia memahami perasaan Amin.
Rugayyah tahu bahawa Amin sebenarnya cintakan Mia Sofea.
"Amin, mama yakin segalanya belum muktamad lagi..." kata Rugayyah.
"Maksud ma?" tanya Amin.
"Mama tak rasa benda ni betul.
Mungkin sekadar gosip yang orang sebarkan sahaja.
""Tapi satu Malaysia dah tahu ma! Yang Mia akan kahwin dengan Dato' Azman tu.
Kalau benda ni gosip, tak jadi kahwin nanti macam...macam tak mungkin je?""Sekarang zaman fitnah Min.
Senang nak sebarkan fitnah atau benda tak berasas sekarang ni..."Amin tidak membalas kata-kata ibunya itu.
Dia hanya merenung.
"Amin, cuba Amin fikir.
Amin rasa betul ke Mia Sofea nak kahwin dengan orang lain? Sepanjang Amin kenal dengan Mia Sofea, dengan mak cik Hamidah Amin rasa betul ke diorang buat semua ni?" kata Rugayyah lagi selepas itu.
Amin mula terfikir.
Ya, Mia Sofea memang seorang gadis yang agak kasar.
Tapi tak mungkin dia bersikap tidak jujur dan mengkhianati perhubungan antara keluarga mereka.
Begitu juga dengan makcik Hamidah.
Makcik Hamidah sendiri yang memilih Amin sebagai menantunya, yang mempercayai Amin untuk diserahkan Mia kepadanya.
Tak mungkin makcik Hamidah mengkhianati janjinya"Tapi, apa yang Amin boleh buat sekarang ni ma? Diorang semua pun kita tak dapat nak contact sekarang.
Tak boleh mintak kepastian.." kata Amin.
"Itu mama pun tak Kalau ada orang lain yang kenal rapat dengan Mia, mungkin kita boleh tanya mereka.
Tapi masalahnya siapa lagi yang kita kenal? Yayat dan Hamidah je lah?" kata Rugayyah.
Amin mendiamkan diri seketika.
Kemudian, dia akhirnya terfikir sesuatu.
"Yalah ma...anak murid saya! Dia kenal Mia Sofea!" Amin teringat akan Suzana dan Suhaina.
"Anak murid kamu? Diorang kenal Mia?" tanya Rugayyah meminta kepastian.
"Maksud saya kenal sebagai artis ma.
Mereka peminat setia Mia dari dulu.
Mungkin mereka tahu apa yang orangย  lain tak tahu?""Boleh cuba tanya mereka.
Sekurang-kurangnya boleh dapat sedikit maklumat.
""Baik ma.
Saya pergi jumpa anak murid saya sekarang!" kata Amin.
Dengan segera dia bangun dari sofa dan berjalan menuju ke pintu.
Setiba di pintu, Amin berhenti.
Dia kemudian berpaling kepada Rugayyah dan berkata sesuatu,"Ma.
Terima kasih ma.
Doakan Amin.
InsyaAllah Amin akan cuba selesaikan benda ni! Amin akan pastikan bahawa Mia sememangnya milik Amin!"
Sumber:Internet