Gelap

Isteri Paling Popular 45

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 45

. Mia Sofea termenung seorang diri di beranda Hotel Conrad Istanbul Bosphorus, sambil memandang ke arah pemandangan bandar Istanbul di sekitarnya.
Matanya memandang namun mindanya tidak seiringan, sedang berfikir perkara lain.
Hmm.. Kelihatannya ada sesuatu yang tidak kena.
Riak wajahnya berkerut.
Sejak dari hari pertama lagi dia menjejakkan kaki di bumi Istanbul ini, Mia Sofea dapat merasakan ada suatu perkara yang aneh sedang berlaku.."Mia buat apa tu?" Hamidah yang baru sahaja memasuki bilik hotel menegur Mia Sofea.
Mia Sofea berpaling ke arah ibunya sambil tersenyum.
"Tak ada apa mak.
Termenung je.
Cuma i Perasaan pelik ni tak hilang lagi ni," jawab Mia Sofea sambil berjalan kembali memasuki bilik dari beranda.
"Mak pun sama rasa pelik.
Yelah, tak pernah-pernah mak ikut kamu pergi shooting.
Tiba-tiba diorang offer ajak mak sekali.
Mak dah tolak pun diorang macam memaksa je.
Pelik jugak," kata Hamidah.
"Yayat pun tak datang lagi ni..." kata Mia Sofea.
"Oh, Yayat! Kamu tak ada dengar khabar berita dari dia lagi ke Mia?""Belum mak," Mia Sofea menggelengkan kepalanya.
"Diorang kata kita yang fly sini dulu nanti Yayat fly kemudian.
Tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung pun?" kata Mia Sofea lagi selepas itu.
"Yayat ada hal agaknya tak?""Itulah yang assistant director bagitau saya.
Katanya Yayat ada hal.
Tapi setahu saya Yayat ada hal macammana pun dia tetap berusaha follow saya ke mana-mana.
Tapi ni... ish, entahlah?" Mia Sofea melabuhkan punggungnya ke sofa sambil memandang ke arah siling.
Hamidah hanya terdiam.
Dia sendiri tiada jawapan mengenai apa yang terjadi sebenarnya.
"Mak tahu, sebelum kita pergi ke Istanbul ni lagi saya dah rasa pelik!" Mia Sofea memberitahu.
"Pelik macammana tu?""Kitorang punya drama sekarang ni tak ada scenes kat Istanbul mak.
Semua scenes sepatutnya dalam Malaysia je.
Tapi, tiba-tiba last minit dapat skrip baru katanya kena shooting kat Istanbul.
Sebab dah tak ada masa nak kejar schedule, terpaksa fly ke Istanbul ni last minit..." "Laaa....""Lepas tu kalau mak nak tahu krew kat sini semuanya orang baru.
Director pun orang baru.
Semua baru sebab krew lama katanya ada masalah passport? Ish, macam-macamlah!" jelas Mia Sofea lagi dengan riak wajah tidak berpuas hati.
"Pelakon lain macammana?""Pelakon lain pun sama blur jugak mak.
Tapi saya tengok diorang macam OK je, sebab bayaran naik tiga kali ganda production bagi.
Dapat pergi Turki percuma pulak tu.."Hamidah memerhatikan Mia Sofea.
Dia menyedari sebenarnya Mia Sofea runsingkan perkara lain.
"Mak rasa kamu tengah runsing sebab benda lain ni Mia..." kata Hamidah.
"Benda lain? Benda apa pulak mak?""Kamu sebenarnya rindu seseorang kan?""Rindu seseorang? Siapa? Yayat?""Eh, eh... buat-buat tanya pulak dia..""Ish, mak ni.
Merepek je!" Mia Sofea kemudiannya terus keluar dari bilik dan kembali ke beranda.
Dia memandang sahaja ke luar beranda dengan pandangan yang kosong.
Hamidah tersenyum.
Dia kemudiannya bangun dari katil dan menyertai anaknya itu di luar beranda.
"Maaflah.
Mak usik Mia je.
Mak paham.
Kalau sekarang ni kita ada phone boleh jugak call orang kat sana kan? Masalahnya phone kita kena pegang.." kata Hamidah.
"Itu satu hal lagi mak.
Katanya sebab tak nak orang bocorkan scene surprise kat Istanbul ni.
Tapi masalahnya dengan phone mak sekali pun kena pegang padahal mak bukan terlibat dengan drama ni kata Mia Sofea.
"Entah lah.
Mak pun tak faKedua-dua mereka terdiam selepas itu.
"Mak?""Hmm?""Mia rasa nak keluar sekejap lah..""Keluar? Pergi mana?""Saja.
Jalan-jalan kat tasik depan tu.." Mia Sofea menunjukkan ke arah tasik berhampiran dengan hotel Conrad Istanbul Bosphorus yang mereka duduki sekarang.
"Ish, diorang bagi ke? Karang diorang bising pulak kan?" Hamidah sedikit bimbang.
"Ala mak.
Janganlah bagitau diorang.
Kita-kita je..""Yelah.
Mak izinkan.
Mak pun tahu kamu perlukan ruang sekejab.
Tapi hati-hati ya Mia?""Atau mak nak ikut sekali?""Kalau ikutkan memang mak nak ikut.
Tapi mak tak larat lah.
Takut mengganggu Mia pulak nak jalan-jalan kat tasik"Ala, mak.
Jom lah sekali!""Mak rasa baik mak duduk sini jelah.
Mia tu hati-hati tau? Memang kawasan tu dekat dengan hotel, ada polis jaga tapi sini tetap kawasan negara orang, bukan negara kita.."Mia Sofea tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
"Baiklah mak... insyaAllah.
"
Sumber:Internet