Gelap

Isteri Paling Popular 49

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 49

. Apa yang terjadi pada Yayat?Pada masa itu, Yayat berhasrat untuk keluar bertemu dengan Amin bagi membincangkan mengenai kontroversi perkahwinan Mia Sofea dan Dato' Azman yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Dia ingin meminta bantuan daripada Amin untuk menyelesaikan masalah ini.
Kemudiannya, suatu insiden tidak disangka telah berlaku.
Sebaik sahaja keluar dari pangsapurinya, Yayat melihat sepasukan anggota polis sedang menyerbu pangsapuri jirannya yang berhadapan.
Kerana ingin tahu apa yang berlaku, Yayat mengambil keputusan untuk menyaksikan dahulu serbuan tersebut.
Pada masa itu, Amin ada menelefon Yayat.
Namun Yayat tidak menghiraukan panggilan tersebut kerana terlampau fokus dengan kejadian 'menarik' yang sedang berlaku di hadapannya sekarang.
Bagi Yayat, jiran yang tinggal di hadapannya itu sudah lama membuat aktiviti yang mencurigakan.
Ini kerana Yayat sering melihat orang yang berlainan masuk ke pangsapuri tersebut, sehingga Yayat tidak tahu yang mana satukah pemilik pangsapuri itu yang sebenar.
Selain itu, Yayat selalu mendengar muzik yang kuat dan bising daripada pangsapuri tersebut, seolah-olah mereka sedang berparti.
Paling mencurigakan, Yayat pernah melihat sejenis serbuk putih mencurigakan bertaburan di hadapan pintu pangsapuri jirannya itu.
Dadah?Setelah beberapa babak kekecohan berlaku, Yayat akhirnya menyaksikan pihak polis membawa keluar beberapa orang pondan daripada pangsapuri tersebut.
Agak ramai, lebih daripada dua puluh orang pondan telah dibawa keluar sambil digari.
Yayat menyaksikan kejadian itu sambil menggelengkan kepalanya.
Melalui perbualan polis yang dicuri dengar, Yayat tidak sangka yang jirannya itu terlibat dengan sindiket pelacuran yang melibatkan golongan pondan.
Tanpa mempedulikan apa yang berlaku, Yayat terus bergerak untuk pergi bertemu dengan Amin.
Namun, suatu kejadian yang menyayat hati telah berlaku..Tak semena-mena, Yayat disalah sangka sebagai orang yang terlibat dengan kumpulan pondan tersebut.
Ini berpunca daripada Yayat yang menjerit dengan gayanya lelaki lembut selepas dia secara tidak sengaja bertembung dengan seorang anggota polis.
Anggota polis itu menyangkakan Yayat adalah salah satu pondan yang ingin melarikan diri.
Dengan pantas, Yayat terus digari dan dibawa ke balai polis.
Telefonnya dimatikan dan dirampas.
Lebih teruk, kad pengenalannya telah tertinggal di dalam pangsapuri maka Yayat turut disyaki sebagai pendatang tanpa izin seperti pondan yang lain.
Sudah puas Yayat menjelaskan bahawa dirinya tidak terlibat.
Malangnya penjelasan Yayat itu tidak dipercayai.
Perwatakannya yang lembut dan keberadaan Yayat di tempat kejadian membuatkan pihak polis percaya bahawa Yayat ada kaitan dengan sindiket pelacuran pondan itu.
Tiada pilihan, Yayat terus ditahan untuk membantu siasatan.
Yayat berharap supaya Amin segera datang untuk menyelamatkan keadaan.
Malangnya, Amin pada masa itu telah pun terbang ke Istanbul, Turki.
Maka Yayat keseorangan, tiada siapa pun tahu dimanakah dia berada.
Meringkuklah dia di dalam penjara bersama pondan-pondan yang lain, sehinggalah Kak Mastura akhirnya datang dan mengeluarkan Yayat dari*****KLIASubang, Selangor.
Yayat setia berdiri menunggu Mia Sofea dan Hamidah di pintu keluar balai ketibaan dengan perasaan yang penuh resah dan gelisah.
Setelah lama menunggu, akhirnya Yayat melihat Amin muncul sambil menolak troli bagasi.
Selepas Amin, Yayat ternampak pula Hamidah.
Gembiranya Yayat bukan kepalang.
Cahaya tampak semakin terang..!Dan akhirnya Yayat melihat Mia Sofea yang sedang berjalan dengan gayanya bersahaja di belakang Hamidah.
Serta merta Yayat menjerit kegembiraan dan memanggil nama Mia tanpa mempedulikan pandangan orang lain di situ..
Sumber:Internet