Gelap

Isteri Paling Popular 51

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 51

. "Hi semua! Maaf saya lambat buat kenyataan.
Masa benda ni tengah heboh saya sebenarnya kat Turki tengah shooting.
Sebab tu saya tak perasan! So, isu perkahwinan saya dengan Dato' Azman itu sekadar gosip sahaja.
Saya tak ada apa-apa hubungan dia.
Saya tak kenal pun dia.
Itu semua tidak benar!"BOOM!!!!Semudah itu sahaja kenyataan Mia Sofea namun ia cukup menghebohkan satu negara.
Sebesar mana pun isu perkahwinan Mia Sofea dengan Dato' Azman sebelum ini, terus ia hancur menjadi debu dan tidak berguna lagi sebaik sahaja kenyataan sebenar daripada Mia Sofea keluar.
Pihak media di bawah kawalan orang-orang Dato' Seri Hamdan Kassim sedaya upaya menutup kenyataan mudah Mia Sofea yang hanya dibuat melalui video Instagram tersebut.
Namun, pengaruh Mia Sofea terlalu hebat.
Sana sini orang tetap memperkatakan tentang Mia Sofea walaupun ada beberapa media dan portal hiburan tidak sentuh mengenainya.
Malahan, media dan portal hiburan yang tidak bercakap mengenai kenyataan Mia Sofea itu telah diboikot dan dilihat sebagai tidak berguna dan 'anjing kerajaan'.
Kenyataan Mia Sofea itu diperkuatkan lagi dengan ulasan daripada wartawan hiburan terkenal, Si Gadis Bunga.
Si Gadis Bunga yang selama ini tidak mengulas sebarang isu mengenai Mia Sofea berjaya mencari perkaitan antara Mia Sofea dengan pergolakan dunia politik khususnya pilihanraya Negeri Kedah.
Orang awam akhirnya mula menyedari bahawa populariti Mia Sofea telah dipergunakan untuk tujuan politik tersebut.
Sokongan terhadap Mia Sofea menjadi lebih hebat dari sebelum ini.
Peminatnya semakin bertambah.
Namanya menjadi trend nombor satu selama berminggu-minggu di laman internet dan media sosial.
Perniagaan D'Bayu milik Dato' Azmanย  turut diboikot secara habis-habisan.
Komuniti peminat Mia Sofea telah melancarkan kempen boikot tersebut kerana marah akan Dato' Azman kerana berani 'sentuh' artis kesayangan mereka.
Segala rancangan TV tajaan D'Bayu juga tidak ditonton.
Di pilihanraya Negeri Kedah, parti kerajaan menerima kesannya.
Rakyat memarahi parti kerajaan kerana cuba melibatkan Mia Sofea dalam kancah politik.
Kemarahan tersebut diterjemahkan di dalam kertas undi.
Hasilnya, parti kerajaan kalah teruk dalam pilihanraya Negeri Kedah.
Pihak pembangkang berjaya mengambil alih negeri Kedah dengan penuh selesa.
Liyana Amin pula melarikan diri ke luar negara, bimbang akan menjadi target Dato' Seri Hamdan Kassim dan orang-orangnya yang sedang marah akan Liyana Amin.
Walaupun bukan salah dirinya, Liyana Amin tahu lambat laun dia tetap dipersalahkan juga atas segala kerugian yang ditanggung oleh kerajaan demi menjayakan perancangannya itu.
*****KLIALiyana Amin dalam perjalanan ke pintu Gate C7.
Penerbangannya ke Amsterdam akan berlepas kira-kira setengah jam sahaja lagi.
Mood Liyana Amin tidak baik.
Di sana sini dia terdengar orang menyebut tentang Mia Sofea.
Lebih teruk, Liyana Amin juga adalah seorang artis terkenal namun tiada seorang pun ingin menegur dan bergambar dengannya di KLIA ini.
Telefon milik Liyana Amin berdering.
Seseorang telah menelefonnya.
"Hello Liyana!" kedengaran suara perempuan yang sangat dikenali oleh Liyana Amin.
"Haa? Ada apa? Cakap cepat aku takde mood ni!""Liyana, aku dah tahu siapa yang kantoikan isu ni kat Mia Sofea masa kat Turki dulu!""Ah, aku dah tak peduli dah benda tu.
Gi mampus lah..""Liyana, dengar dulu! Kalau kau nak tahu yang kantoikan isu ni bukan krew kitorang, bukan orang-orang Mia Sofea.
""Dah tu, siapa?""Tak tahu!""Ish budak ni.
Kau main-main ke apa dengan aku ni?""Sorry.
Maksud aku, kitorang tak kenal langsung orang tu.
Lelaki.
Dia jumpa Mia Sofea kat tasik depan hotel kitorang!""Apa? Lelaki mana ni?""Kan dah kata kitorang tak kenal?""Kau sure benda ni?""Betul.
Ada orang nampak.
Mia Sofea siap jalan berdua dengan lelaki tu pusing tasik.
Dating la senang cakap..""Haa? Dating..? Mia Sofea tu? Lelaki tu orang Malaysia ke? Bukan orang Turki ke apa..?""Muka melayu.
Orang Malaysia lah!"Liyana Amin terdiam seketika.
Rupa-rupanya Mia Sofea memang sedang mempunyai hubungan dengan seseorang?"Memang tak cam ke muka lelaki tu? Artis mana-mana ke, penyanyi ke, anak Dato' ke, Tengku ke...""Yang pasti lelaki tu bukan artis.
Kitorang tak pernah jumpa.
Nak kata anak Dato' ke, Tengku ke tak jugak..""Kenapa?""Masa dia jumpa Mia tu dia pakai backpackers.
Takkan anak Dato' pakai backpackers pergi melancong kan?"Arghh! Liyana Amin menggarukan kepalanya.
Identiti lelaki misteri itu semakin merumitkan!Liyana Amin sudahpun memikirkan kemungkinan bahawa sesetengah orang telah mengetahui bahawa Mia Sofea berada di Turki.
Namun, Liyana Amin tidak bimbangkan hal tersebut kerana meyakini bahawa mereka masih tidak mengetahui tempat penginapan Mia Sofea.
Turki kan luas kawasannya.
Jadi persoalannya, bagaimana lelaki misteri itu tahu tentang tempat penginapan Mia Sofea? Bagaimana dia boleh menghubungi Mia Sofea dan mengajaknya bertemu di tasik? Sedangkan telefon Mia Sofea dipegang oleh krew penggambaran?"Liyana, aku rasa benda ni kebetulan lah.
Mungkin lelaki tu pelancong Malaysia yang tiba-tiba terserempak dengan si Mia tu kat tasik.
Lepas tu dia cerita kat Mia pasal benda ni"Tak jugak.
Kau kata diorang dating kan? Maksudnya memang si Mia tu kenal rapat dengan lelaki tu.
""Tapi, macammana dia...?""Tak tahu.
Aku tak"Pakai ilmu hitam ke apa? Jin setan iblis firaun ke tolong dia.."Liyana Amin terdiam tidak membalas.
Kepalanya semakin kusut.
Terasa berat untuk memikirkan mengenai identiti lelaki misteri ini.
"Takpelah.
Biarlah...""Biar je? Biar betul kau ni Liyana?""Biar je dulu.
Aku nak pergi Amsterdam.
Rehatkan fikiran.
Lari dari Dato' Hamdan Kas"Baiklah.
Kalau kau dah kata macam tu..""Bila sampai masa aku akan cari siapa lelaki tu.
Aku akan bongkarkan skandal Mia Sofea ni.
Aku akan pastikan karier Mia Sofea ni hancur!"
Sumber:Internet