Gelap

Isteri Paling Popular 53

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 53

. Bilik mesyuarat,SMK Ibrahim YaakubHari Guru akan menjelang kira-kira dua minggu sahaja lagi.
Pada ketika ini, para guru sedang bermesyuarat tentang aktiviti yang bakal dilakukan sempena Hari Guru tersebut.
"Baiklah, kalau cikgu-cikgu semua dah setuju, untuk slot motivasi kita akan jemput Dr Aman Rafael ya?" Haji Kamarudin selaku Pengetua memuktamadkan keputusan terakhir.
Para guru yang menyertai mesyuarat pada ketika itu menyatakan persetujuan mereka.
Dr Aman Rafael adalah pakar motivasi yang terkenal dengan kerja kebajikannya memberi motivasi percuma kepada sekolah-sekolah.
"Baiklah seterusnya slot artis jemputan.
Cikgu-cikgu semua ada cadangan?""Apa kata kita jemput je penyanyi yang tahun lepas cikgu? Apa nama Sazali?" Cikgu Amat, guru matematik tingkatan satu memberi cadangan.
"Saya tak rasa dia setuju nak datang cikgu.
Tahun lepas dia nyanyi suara pecah.
Semua pelajar bantai gelak.
Cikgu-cikgu pun gelak.
Dah malu dah dia nak datang sini ra Cikgu Ros, guru sains tingkatan dua memberitahu.
Beberapa guru mengangguk kepala, bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Cikgu Ros.
Mereka teringat peristiwa lucu ketika penyanyi itu pecah suaranya ketika menarik suara ketika Hari Guru tahun lepas.
"Tak apa.
Alang-alang kita masih ada nombor contact manager dia, kita boleh cuba buat undangan.
Kalau dia tak nak, tak apalah.
Kita boleh letak dulu dalam li Haji Kamarudin menulis sesuatu dalam buku notanya.
"Ada cadangan lain?" tanya Haji Kamarudin lagi.
"Saya ni sebenarnya bukan apa cikgu.
Setiap tahun kita jemput penyanyi.
Apa kata tahun ni kita buat kelainan Sir Rosli, guru Bahasa Inggeris cuba memberi cadangan.
"Kelainan macammana tu Sir Rosli?" tanya Haji Kamarudin.
"Apa kata kita jemput pelakon?" cadang Sir Rosli.
"Pelakon?" Haji Kamarudin agak terkejut.
Beberapa orang guru berbincang sesama mereka, ada yang mengatakan cadangan itu agak baik, ada juga mengatakan cadangan itu sukar untuk dilaksanakan.
"Kalau pelakon macammana dia nak buat persembahan Sir Rosli?" Hajah Aminah, penolong kanan 1 bertanya.
"Bebas.
Kita boleh buat sesi soal jawab, kita boleh buat games, kita boleh buat aktiviti lakonan spontan.
Tujuan saya sini adalah supaya pelajar atau cikgu-cikgu kat sini boleh melibatkan diri sekali dengan artis tersebut.
Kalau kita jemput penyanyi, kita sekadar dengar nyanyian dan bertepuk tangan jelah.
Tapi kalau kita jemput pelakon, aktiviti kita lebih bebas dan fleksibel.
Boleh melibatkan pelajar dan cikgu-cikgu sekali dalam persembahan," Sir Rosli memberikan hujahnya.
"Tudia!!"Spontan para guru bertepuk tangan termasuklah Haji Kamarudin sendiri.
Mereka amat setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sir Rosli tersebut terutama sekali mengenai penglibatan pelajar dalam persembahan.
Ini boleh merangsang pelajar supaya menjadi lebih aktif.
"Baiklah.
Kalau macam tu kita buat kelainan tahun ni.
Kita jemput pelakon!" kata Haji Kamarudin dengan penuh teruja.
Para guru kemudiannya memberikan cadangan mereka masing-masing.
Haji Kamarudin mendengar setiap cadangan dari mereka sambil mengangguk kepalanya.
"Saya dengar cadangan cikgu-cikgu semua.
Tapi saya sebenarnya ada cadangan jugak.
Kalau cikgu-cikgu semua kata Haji Kamarudin.
"Apa cadangan cikgu? Siapa cikgu nak jemput?" tanya Hajah Aminah.
Haji Kamarudin terdiam seketika, mengambil sedikit masa untuk menyusun kata-katanya.
"Prestasi sekolah kita semakin baik sejak kebelakangan ni.
Dari segi akademik, dari segi sukan, dari segi disiplin.
Saya boleh nampak yang pelajar kita sememangnya sentiasa melakukan yang terbaik untuk sekolah.
Maka sebagai pihak sekolah saya merancang untuk memberikan yang terbaik juga untuk pelajar-pelajar saya sebagai tanda kata Haji Kamarudin dengan nada yang serius.
Para guru yang mendengar menganggukkan kepala mereka, mendengar bait-bait kata pengetua mereka dengan penuh teliti.
"Oleh itu, saya merancang untuk menjemput pelakon terbaik yang pernah kita ada kat Malaysia.
Saya akan menjemput artis Mia Sofea ke sekolah kita!" kata Haji Kamarudin lagi selepas itu.
Setiap guru yang hadir dalam mesyuarat tersebut terkejut seakan nafas mereka terhenti.
"Mia Sofea?!"*****Kantin Sekolah,SMK Ibrahim Yaakub.
"Uhuk! Uhuk!" Tersembur kopi Amin.
Entah mengapa dia terasa hendak terbahak ketika sedang meminum segelas kopi ais di kantin.
"Hai cikgu.
Siapa pulak yang sebut tu?" Kak Kiah, tauke kantin mengusik Amin.
"Entah la Kak Kiah.
Ada la ni budak sebut nama saya tak puas hati ke.." Amin menyapu mulutnya dengan menggunakan tisu.
"Cikgu popular macam kamu ni mana ada yang tak puas hati hahaha," Kak Kiah berseloroh sambil dirinya menyusun karipap di dalam bekas.
"Itu karipap untuk apa Kak Kiah?" tanya Amin, cuba untuk berbual topik baharu.
"Karipap untuk bilik mesyuarat.
Sekarang ni dengarnya ada mesyuarat cikgu-cikgu.
Kamu tak join sekali ke?" tanya Kak Kiah.
"Oh, ha'ah lah.
Mesyuarat Hari Guru.
Saya tak pergi Kak Kiah.
Ada kelas tambahan dengan budak tingkatan lima jawab Amin sambil kembali meminum kopi aisnya.
" agaknya aktiviti Hari Guru tahun ni ya?" Kak Kiah tertanya-tanya.
"Biasalah Kak Kiah.
Macam tahun lepas jugak la agaknya.
Takde apa sangat," Amin tersenyum aman, tanpa menyedari ada suatu peristiwa bersejarah bakal berlaku ke atasnya pada Hari Guru nan.
Sumber:Internet