Gelap

Isteri Paling Popular 6

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 6

. "Mia..." Kedengaran suara lelaki lembut memanggil nama Mia.
Mia Sofea yang ketika itu senang lena tidur di seat belakang MPV Toyata Vellfire berwarna hitam tidak melayani panggilan tersebut.
Dia memalingkan badannya ke arah lain.
"Mia.. Mia Sofea.." sekali lagi namanya dipanggil.
Kali ini bahu Mia Sofea dicuit berulang-ulang kali.
"Ish, kau jangan kacau boleh tak?" Mia Sofea mula terasa jengkel dengan perbuatan lelaki lembut tersebut.
"Oi, Mia! Jangan kacau apa? Bangun lah kau ni membuta je tahu.
Dah nak dekat shooting time ni tahu tak?" lelaki lembut tu merasa geram dengan Mia Sofea.
Mia Sofea tidak melayani kata-kata lelaki lembut tersebut.
Matanya masih terpejam erat.
"Aku report dengan mak kau nanti baru kau tahu!" lelaki lembut itu memberi ugutan.
"Ish, yalah yalah! Sikit-sikit nak report mak aku.
Sikit-sikit report.
Itu je yang kau tahu!" Mia Sofea akhirnya bangkit dari seat-nya.
Dia menggosok-gosok matanya yang masih lagi terasa pedih.
Lelaki lembut yang bernama Yayat atau nama sebenarnya Hidayat itu melihat Mia Sofea sambil tersenyum.
"Apa senyum-senyum? Aku debik kang!" Mia Sofea mengacah untuk menumbuk Yayat.
"Aaa!" Yayat menjerit dengan gaya tipikal lelaki lembut sambil menahan tangannya.
"Hahahahaha!" Mia Sofea ketawa, puas dapat mengusik pengurusnya itu.
"Kau report mak aku aku debik kau betul-betul nanti tahu?" "Yalah! Haa! Tu tudung kau tu betulkan sikit.
Terumbang ambing aku tengok.
" "Yayat, cermin mana cermin?" "Nah," Yayat menghulurkan cermin kepada Mia Sofea.
Yayat kemudiannya keluar dari Vellfire tersebut dan berdiri di pintu yang masih terbuka.
Mia Sofea memperbetulkan tudungnya yang kelihatan sedikit senget selepas tidur seketika dalam MPV Vellfire tadi.
Pada ketika ini Mia Sofea sedang menjalani penggambaran di Damansara, Kuala Lumpur.
Kerana ketiadaan prop untuk babak seterusnya, penggambaran terhenti seketika dan Mia Sofea mengambil kesempatan ini untuk tidur sekejab dalam vellfire miliknya.
Yayat adalah pengurus kepada Mia Sofea yang telahpun bekerja dengannya sejak awal pembabitan Mia Sofea dalam dunia lakonan lagi.
"Tak payah betulkan sangat.
Nanti Kak Zati betulkan jugak nanti," kata Yayat.
"Yang motor lama yang diorang nak tu dah jumpa?" tanya Mia Sofea.
"Dah, diorang pinjam crew punya.
Aku dengar bapak dia punya.
Tinggal dekat-dekat sini je," jawab Yayat.
"Pebende lah diorang ni.
Motor buruk pun tak boleh nak handle.
Macamlah susah sangat nak cari motor buruk dalam KL ni," Mia Sofea mengeluh.
"Oit.
Pasal motor buruk nilah kau boleh tidur sekejab tahu tak?" Yayat mengingatkan Mia Sofea.
"Eh, ha ah le! Betul jugak tu.
Hehehe, "Mia Sofea tersengih sambil menggigit lidahnya.
"Kau ingat lagi tak scene lepas ni pasal apa?" "Ingat.
Yang si lelaki tu terlambat wedding sebab motor dia tak boleh nak hidup kan?" kata Mia Sofea sambil bergerak keluar dari MPV Vellfire miliknya.
"Hah.
Ingat pun, "kata Yayat sambil menutup pintu Vellfire menggunakan remote.
"So, kau dah ready?" tanya Yayat lagi.
"Ready baby! Jom!" Mia Sofea bergerak ke set penggambaran sambil diiringi oleh Yayat di sebelahnya.
Senyuman di wajahnya terukir menandakan dirinya sangat gembira dengan pekerjaan yang sedang dilakukan.

Sumber:Internet