Gelap

Isteri Paling Popular 60

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 60

. Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, Turki.
Selesai membeli beberapa barangan cenderamata, Amin dan Mia Sofea akhirnya bergerak kembali ke Gate D8.
Mereka akan berlepas terbang ke Malaysia kira-kira setengah sahaja lagi.
Amin dan Mia Sofea berjalan berduaan dengan tenang sekali.
Mereka tidak dipedulikan oleh orang-orang dari pelbagai negara lain yang langsung tidak mengenali mereka.
Satu situasi yang tidak mungkin wujud seandainya mereka berada di Malaysia.
"HuMia Sofea menghembuskan nafas yang berat.
Mengeluh.
"Kenapa Mia?" Amin bertanya.
"Takde ah..." Mia Sofea menggeleng perlahan.
"Ada apa ni?" Amin mengulangi soalannya.
Dia menyedari bahawa Mia Sofea sememangnya sedang memikirkan sesuatu.
"Tak a just fikir je.
Nanti kalau balik Malaysia dah tak boleh dah jalan tengah-tengah orang ramai macam ni.
Kalau kat Malaysia jalan sekejab je orang dah kerumun.." kata Mia Sofea.
"Awak tak suka orang kerumun awak?""Takde.
Bukan tak suka.
Tapi, itulah.
Kadang-kadang tu nak jugak rasa macam ni.
Macam sekarang ni dalam airport Istanbul ni.
Bebas jalan-jalan takde orang kenal...""Hmm..""Poyo pulak aku ni kan? Tapi itulah jadi popular ni tak semestinya seronok.
Kadang-kadang tu ada jugak rasa nak jadi normal.." kedengaran nada sayu dari suara Mia Sofea.
"Saya faham perasaan awak.." Amin mengangguk perlahan.
"Kau? Faham? Eleh, macam dia tu pun artis jugak!" Mia Sofea menumbuk lengan Amin.
"Saya takde la faham sepenuhnya apa yang awak alami.
Tapi serba sedikit tu saya faham lah jugak.." kata Amin sambil menggosok lengannya yang tidak sakit hasil tumbukan Mia Sofea.
"Faham macammana tu?" tanya Mia Sofea.
"Saya ni kalau kat sekolah tu kira cikgu yang agak popular jugak lah.
Jadinya, saya faham yang jadi popular ni sebenarnya boleh jadi suatu beban untuk diri kita.
Dan atas nama beban itulah kadang-kadang kita ni ada rasa nak lari, atau nak bebas dari beban jelas Amin.
Mia Sofea terdiam seketika selepas mendengar kata-kata Amin tersebut.
Beban?"Jadi, macammana nak lari dari beban ni?" tanya Mia Sofea.
"Tak boleh.
Awak tak boleh lari.
Benda tu dah jadi sebahagian dari awak.
Jadi, daripada awak anggap ia sebagai beban, lebih baik awak anggap ia sebagai tanggungjawab," jawab Amin.
"Tanggungjawab?""Yup.
Macam saya sendiri.
Mula-mula dapat anugerah guru popular saya happy la jugak.
Seronok la jadi popular maksudnya semua orang kenal lah kan? Tapi lepas tu lama-lama saya jadi tak selesa.
Pelajar selalu contact saya tanya itu ini, cikgu-cikgu selalu mintak tolong saya setelkan masalah itu ini.
Ada masa tu saya rasa macam nak tukar sekolah.
Mula balik, jadi cikgu biasa yang kerjanya mengajar je..."Mia Sofea mendengar cerita Amin dengan teliti.
"Sampailah ada masa tu saya handle dua orang budak nakal ni.
Suhaina dan Suzana nama dia.
Diorang ni peminat setia awak, kalau awak nak tahu.
Masa tu cikgu disiplin dan cikgu kelas diorang dah tak boleh buat apa kat diorang.
Jadi mereka mintak tolong saya.
Kononnya sebab saya ni cikgu popular yang ramai pelajar suka.
Saya ni pun bukan tahu sangat tapi saya buat apa yang boleh buat lah.
Saya dekati diorang, selami isi hati diorang, masalah mereka..."Mia Sofea terus mendengar dengan teliti.
"Alhamdulillah.
Mereka pelan-pelan berubah.
Lepas tu, barulah yang saya sedar yang jadi guru popular ni bukan satu beban, tapi sebenarnya satu tanggungjawab.
Mungkin ada pelajar yang susah nak bukak hati diorang untuk cikgu lain, tapi boleh bukak hati mereka untuk saya.
Sebab saya popular maka saya lebih dipercayai.
Maksudnya, itulah yang menjadi suatu tanggungjawab untuk saya, gunakan populariti yang saya ada untuk didik anak murid" Mia Sofea merenung jauh ke hadapan berfikir sesuatu.
"Maaflah.
Saya tak tahu nak cakap macammana.
Tapi, itulah maksud saya," kata Amin tersenyum.
"Tapi itu kau, cikgu.
Aku ni pelakon.
Kerja lain-lain.
Macammana nak ada rasa tanggungjawab yang macam tu?" tanya Mia Sofea kemudian.
"Dasar dia lebih kurang sama je.
Cuma pembawaan yang lain.
Awak sebagai pelakon popular, awak boleh gunakan populariti awak tu sebagai suatu bentuk tanggungjawab bagi mendidik masyarakat.
Tak perlulah buat cara macam saya, sebab saya ni cikgu.
Awak sebagai pelakon cukup sekadar jaga perhubungan awak dengan peminat dan tunjuk contoh yang baik.
Demi masyarakat dan peminat awak...""Dari situ kita boleh jadikan populariti sebagai tanggungjawab, daripada jadikan ia sebagai beban?""Yup Mia.
Be"Susah jugak tu nak buat...""Hahaha.
Apa yang susahnya? Kan benda tu yang awak buat selama ni? Saya tengok awak selalu layan peminat awak, awak selalu senyum kat peminat, awak tak pernah sombong dengan peminat awak.
Bagi saya, awak dah memang seorang artis yang baik.
Awak cuma perlu jadikan benda tu semua sebagai suatu tanggungjawab yang boleh awak enjoy, bukan suatu beban.
InsyaAllah, awak boleh terus kekalkan populariti awak, macam yang sekarang ni.. " Amin tersenyum.
Wajah Mia Sofea kemerahan mendengar kata-kata Amin yang bersahaja itu.
"Eleh Camna kau tahu aku artis baik? Kau ada stalk aku eh? Mesti kau ada gunting gambar aku kat suratkhabar lepas tu tampal kat buku skrap kan? Dah tengok semua drama aku kan?" Mia Sofea cuba cover perasaan malunya dengan. 'menyerang' Amin.
"A masa lah saya nak buat semua tu.
Baik saya makan nasik.." Amin berseloroh.
"Apa kau cakap?" Mia Sofea terus menumbuk-numbuk lengan Amin.
Amin hanya ketawa sahaja sambil menahan rasa sakit.
Gelagat mereka turut disaksikan oleh orang berhampiran yang tersenyum apabila melihat..*******SMK Ibrahim Yaakub11 pagi.
Mia Sofea dan Yayat bergembira menyaksikan acara sukaneka yang sedang berlangsung, yang melibatkan pelajar dan guru.
Mereka bermain permainan terompah gergasi, lari dalam guni, bola beracun dan sebagainya.
Mia Sofea turut menyertai acara mencari gula-gula dalam tepung bersama para guru yang lain.
Suasana meriah acara sukaneka tersebut sedikit sebanyak telah menghapuskan perasaan kecewa Mia Sofea yang tidak dapat bertemu dengan Amin seperti yang dirancangnya.
Namun sekali sekala, Mia Sofea teringat juga akan Amin.
Apabila teringatkan Amin, Mia Sofea akan memegang keychain berbentuk kucing berwarna perak yang tergantung pada telefon bimbitnya..
Sumber:Internet