Gelap

Isteri Paling Popular 69

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 69

. 2002Rugayyah bergegas pergi ke rumah Hamidah sebaik sahaja dia menerima panggilan mengenai kehilangan Mia Sofea.
Turut bersama dengan Rugayyah ialah Amin.
"Kak Yah...!" Hamidah memeluk Rugayyah sebaik sahaja dia melihat kehadiran Rugayyah di rumahnya.
Kelihatan juga beberapa anggota polis di situ sedang sibuk mencari petunjuk di sekitar kawasan rumah Hamidah.
" Rugayyah tidak dapat berkata apa-apa.
Lidahnya seakan kelu dengan situasi yang tidak disangka ini.
Seorang anggota polis wanita kemudiannya datang menghampiri mereka.
"Puan, kami sudah selesai buat siasatan di sini.
Apa yang kami dapati memang tak ada tanda-tanda pencerobohan dalam rumah ni.." kata anggota polis wanita itu.
"Aku dah agak! Ini semua kerja jantan tak guna tu! Dia yang bawak lari Mia!" Hamidah gagal mengawal perasaannya.
"Pihak kami masih cuba untuk menjejaki bekas suami puan.
InsyaAllah, ada apa-apa kami akan terus maklumkan kepada puan.."Rugayyah sedikit hairan.
Bekas suami?Anggota polis wanita itu kemudiannya meminta diri dari situ untuk menyambung siasatan tahap seterusnya di balai.
Dia sempat memberi isyarat kepada Rugayyah supaya tengok-tengokkan Hamidah.
Rugayyah mengerti isyarat daripada anggota polis wanita itu.
Sebaik sahaja para anggota polis pergi dari rumah Hamidah, Rugayyah terus menjemput Hamidah untuk duduk di sofa.
Menenangkan Hamidah terlebih dahulu.
Hamidah mula bercerita,"Pagi tadi bekas suami saya datang.
Dia nak ambik Mia pergi ke London.
Katanya dia tak percaya saya boleh tanggung Mia kat sini.
Kononnya saya tak cukup pendapatan sebagai novelis..""Kenapa sekarang?""Sebab Mia dah 5 tahun.
Dia nak Mia mula belajar kat sana.
Dia tengking saya, katanya saya boleh musnahkan masa depan Mia kalau Mia duduk kat Malaysia ni.
Dia nak Mia ikut jejak langkah kakak dengan abang dia belajar kat sana..""Tapi kalau Mia nak duduk dengan Midah kat sini, kena ikut Mia lah..""Itu yang saya cakap kat bekas suami saya tu! Tapi dia tak nak.
Dia tak peduli kehendak Mia.
Dia nak jugak Mia pergi ikut dia ke London.
Saya pun melawan.
Kami bergaduh besar.. Nasib baik dia tiba-tiba dapat call.
Dia terus keluar dari rumah lepas tu..""Masa tu Mia ada lagi?""Masa tu Mia ada lagi.
Tapi lepas tu saya masuk dapur sekejab saya keluar tengok Mia dah tak ada...""Ada call bekas suami Midah?""Dia off kan telefon dia.
Sebab tu saya yakin dia yang culik Mia!"Hamidah terus menangis sambil ditenangkan oleh Rugayyah.
Pada masa tu Amin yang berusia tujuh tahun itu hanya berdiri di sudut ruang tamu, tidak memahami apa yang berlaku.
Tanpa mempedulikan mereka, Amin mengambil keputusan untuk menerokai rumah Hamidah ini.
Amin berjalan ke sana dan ke mari, pergi ke dapur, pergi ke tingkat dua dan seterusnya memasuki bilik tidur Mia Sofea.
Sebaik sahaja memasuki bilik tidur Mia Sofea, hati Amin seakan menjentik memberitahu sesuatu.
Dia kemudiannya membuka almari pakaian dan melihat Mia Sofea yang sedang teresak-esak perlahan.
"Awak buat apa kat sini?" Amin bertanya.
Mia Sofea tidak menjawab.
Dia terus teresakan.
"Mari, kita turun bawah.
Jumpa mak awak?"Amin terus memujuk.
Namun masih tidak dipedulikan oleh Mia Sofea.
"Kenapa awak menangis ni?"Amin bertanya lagi.
Esakan Mia Sofea beransur henti.
Dia bersedia untuk menjawab soalan Amin.

Sumber:Internet