Gelap

Isteri Paling Popular 70

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 70

. Pukul 5 petang.
Mia Sofea akhirnya terjaga dari tidur.
Terkejutnya dia bukan kepalang apabila melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul enam petang.
Habis! Temujanji dia sepanjang hari ini bagaimana?Mia Sofea mencari-cari begnya untuk mengambil telefon.
Tak ada! Kemudian barulah dia teringat bahawa begnya serta telefonnya berada bersama Yayat.
Dia kemudiannya keluar daripada bilik kaunseling tersebut dan berdiri di koridor, meninjau jika masih ada mana-mana guru atau pelajar berada di sekolah ini.
Namun apa yang menanti Mia Sofea di luar hanyalah derungan angin petang sahaja.
Langsung tidak kelihatan sesiapa di luar.
Mia Sofea cuba mencari pengetua Haji Kamarudin yang katanya tadi akan berada di pejabat sehingga Mia Sofea pulang.
Namun pejabat sekolah sudahpun terkunci dan bertutup rapat.
Dengan langkah yang berat, Mia kembali ke bilik kaunseling.
Sebelum memasuki ke bilik, Mia Sofea sempat berdiri di koridor terlebih dahulu.
Melihat suasana sekolah di waktu petang yang sangat sunyi itu.
Hati Mia Sofea tiba-tiba terasa sangat sayu sekali.
Keadaan sunyi sebegini telah mula menghimpit hatinya.
Entah mengapa, mata Mia Sofea mula berkaca.
Dia tak tahu apa yang harus dilakukan.
Dia betul-betul dalam keadaan buntu sekarang.
Terasa ingin menangis.
Telefon tak ada.
Kalau dia keluar daripada kawasan sekolah dan meminta bantuan orang di luar, mesti kecoh satu negara nanti.
Tak pasal-pasal sekolah ini akan menerima kesannya pula.
Mia Sofea kemudian masuk dan duduk di sofa bilik kaunseling.
Tiada pilihan, Mia Sofea terpaksa menanti sahaja kedatangan Yayat yang sampai sekarang masih belum datang lagi.
Mia Sofea termenung seorang diri.
Di tempat yang asing baginya ini.
Suasana terasa amat sunyi sekali..Sangat sunyi..Dia teringat akan ibunya Hamidah, teringat akan bapa, abang dan kakaknya yang sedang berada di LondonMia Sofea teringat akan Amin.
Suasana sayu dan hiba yang dirasai Mia Sofea semakin tidak tertahan.
Mungkin kerana merasa terlalu buntu berada di tempat yang asing ini seorang diri.
Suatu yang tidak pernah terjadi kepada Mia Sofea sebelum ini..Panik.
Mia Sofea akhirnya mula teresak-esak.
Air matanya mengalir deras.
Dia sedaya upaya menyapu matanya namun air matanya tetap mengalir.
Apa yang harus dia lakukan sekarang?"M-Mia?""Eh.."Mia Sofea terkejut dengan suara yang amat dikenali itu.
Spontan dia memandang ke arah pintu dan melihat Amin yang sedang berdiri di muka pintu.
"Mia? Eh, awak..?" Amin melopongkan mulutnya, tidak percaya Mia Sofea sedang berada di hadapannya sekarang.
Mia Sofea turut terkejut.
Dia terus bangun dan berdiri daripada sofa.
"Macammana awak..." belum sempat Amin menghabiskan kata-katanya, Mia Sofea terus meluru ke arah Amin dan memeluknya dengan erat.
Amin tergamam.
Bukan tergamam kerana Mia Sofea memeluknya, tapi tergamam dengan apa yang berlaku sekarang.
Apa dah jadi ni?Apa jadi sebenarnya ni?Tengah mimpi ke ni? Mimpi tak habis lagi ke ni?Sedang Amin masih dalam keadaan tergamam itu, Mia Sofea pula masih menangis teresak di bahu Amin sambil memeluk Amin dengan erat..
Sumber:Internet