Gelap

Isteri Paling Popular 71

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 71

. "Macammana? Dah habis nangis? Amin mengusik Mia Sofea.
Pada ketika itu mereka bersama-sama berada di luar bilik kaunseling, berdiri bersandar pada dinding koridor sambil dikelilingi oleh suasana sekolah yang sunyi petang tersebut.
"Diam lah kau!" Mia Sofea mencebik.
Ah, malunya Mia Sofea bukan kepalang! Langsung dirinya tidak menyangka boleh menangis di hadapan Amin kerana terlampau panik tadi.
Menangis tak apa lagi... dipeluknya Amin pula! Arghhh! Minda Mia Sofea mula bercelaru sekali.
"Ni Yayat kat mana sebenarnya ni? Hilang lagi ke? Hari tu dah hilang, tak kan hari ni hilang lagi kot?" Amin bertanya pula soal Yayat.
Mia Sofea memandang ke arah Amin.
Kelihatannya Amin langsung tidak terkesan atau berasa malu selepas dia dipeluk Mia Sofea tadi.
Masih nampak rilek dan bersahaja.
"Itulah Yayat ni! Ish! Mati-mati aku ingatkan dia datang ambik aku.
Ambik kau, sampai pukul lima lebih tak ada lagi?!" Mia Sofea kegeraman sambil menghentak kakinya.
"Sabarlah Mia.
Mungkin ada hal yang tak dijangka macam hari tu.
Macam hari dia kena tahan polis tu.
Mana lah tahu kan?""Entah lah..." Mia Sofea kelihatan kepenatan.
Penat memikirkan soal Yayat.
"Kau pulak?" tanya Mia Sofea kepada Amin selepas itu.
"Saya? Nak buat macam mana lagi? Phone dah habis bateri.
Motorsikal habis minyak.
Kena tunggu pak guard lah mintak tolong dia.
Pinjam motor dia ke, pinjam charger dia..." jawab Amin.
"Bukan ke pak guard ni selalu ada ke? Dah nama pun guard kan?""Dah kali ni dia tak ada.
Apa nak buat...""Mia Sofea memalingkan badannya dan memandang ke arah luar bangunan.
Mia Sofea dan Amin saling mendiam, tidak berkata apa-apa sesama mereka.
Hanya menikmati sahaja suasana yang sunyi itu di antara mereka.
"Dah berapa lama kau mengajar kat sekolah ni?" tanya Mia Sofea kepada Amin.
"Umm...adalah lima tahun? Agaknya?" jawab Amin.
"Kau mengajar kat sini sebab dulu kau belajar kat sini ke?""Tak adalah.
Saya cuma apply nak mengajar kat Selangor ni je.
Sebab dekat dengan rumah.
Rezeki la terus dapat kat sini.
Paling dekat la dengan rumah.
""Oh.
Nak mengajar pun apply dulu ke? Ingatkan boleh masuk sini terus?""Awak belajar kat mana dulu?""Aku? Aku dulu SMK Tengku Nazirah.
Kenal sekolah tu?""Eh? Sekolah femes tu.
Salah satu sekolah cemerlang negeri Selangor.
Awak sekolah sana?""Apasal? Tak percaya aku sekolah sana?""Ha'ah.
Macam tak percaya pulak hehe!'"Ish, kau ni!"Mia Sofea mencubit lengan Amin.
Menggeliat kesakitan Amin dibuatnya sambil ketawa.
"Hais pulak zaman sekolah.
Pergi sekolah pagi-pagi.
Pergi perhimpunan.
Belajar matematik, belajar sejarah, geografi, pergi makmal..." Mia Sofea terkenangkan zaman persekolahannya.
"Saya pun bila tengok budak-budak ni...teringat jugak masa dulu-dulu.
Makan kat kantin, beratur beli makanan, main bola masa PJK.." kata Amin pula.
"Kan? zaman sekolah.
Tak payah pening-pening kepala macam ni.
Kerja la, bayar cukai la, bayar bil..."Amin tersenyum melihat Mia Sofea yang asyik terkenangkan zaman persekolahannya itu.
Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
"Okey, jom?" Amin mengajak Mia Sofea.
"Hah? Pergi mana? Dah nak balik ke?" tanya Mia Sofea kehairanan.
"Bukan...jom, pusing-pusing sekolah.
Saya bawak awak.
Saya bawak awak masuk kelas, saya bawak awak padang bola, saya bawak awak pergi makmal...nak?""Eh..? Nak! Nak! Jom!!" Mia Sofea begitu teruja sekali dengan cadangan Amin tersebut, sehingga terkeluar sikap keanak-anakannya.
Amin tersenyum.
Dating mereka yang seterusnya bermula! Kali ini dalam kawasan sekolah!
Sumber:Internet