Gelap

Isteri Paling Popular 8

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 8

. Suatu malam yang sunyi, kelihatan seseorang sedang berjalan dengan penuh lenggok di sebuah lorong yang gelap.
Seorang lelaki berbadan sasa berserta kawannya yang kurus tetapi tegap memerhatikan susuk tubuh yang berjalan itu dari jauh.
"Beb, mangsa tu!" kata si lelaki berbadan sasa sambil menunjukkan ke arah susuk tubuh yang masih berjalan penuh lenggok itu.
"Cantik.
Dapat sepuluh ringgit jadi ah lepas minyak.
" balas si lelaki kurus.
"Sepuluh ringgit baik tak payah! Hambik je phone dia ke apa.
Pompuan sekarang ni phone dah cecah seribu dah!" "Phone bahaya bro.
Boleh tracking.
Canggih zaman sekarang ni.
" "Ala... Kita off lah phone dia.
Cabut bateri ke apa.
Dah-dah jom!" lelaki sasa mengajak kawannya itu bergerak.
"Bateri sekarang mana boleh cabut.. Alah mampuslah.
Jom!" lelaki kurus menyahut.
Mereka berdua berjalan pantas mengekori susuk tubuh yang masih berkeseorangan ni.
Pemilik susuk tubuh itu mula perasan dirinya telah diekori.
Dia cuba melarikan diri namun telah terlambat.
Dua orang lelaki tadi sempat mengejar dirinya.
"Eh eh eh... Mana mau lari cik adik.. Haa? Laa!! Pondan rupanya hahahahha" si lelaki sasa menepuk dahinya selepas melihat wajah Yayat.
Begitu juga dengan kawannya yang kurus mula ketawa berdekah-dekah.
"Apa korang nak dari aku ni haa?" tanya Yayat dalam berani-berani takut.
"Apa korang nak dari aku haa? Hahahaha!" lelaki kurus mengejek suara Yayat.
"Woi.
Kau jual badan eh kat sini? Kat sini buat apa? Indon tak banyak, bangla pun takde.
Kau pergi sebelah sana la hahahaha!" lelaki sasa ketawa lagi.
"Korang jangan kurang ajar dengan aku eh? Berani kau kata aku jual badan!" tegas Yayat.
"Ha'ah memang aku berani.
Sebab tu aku kata.
Kau nak buat apa kat aku? Nak tumbuk? Nah..." lelaki sasa itu menghulurkan wajahnya.
Ketika ini Yayat mula terasa geram dan tercabar.
Serta merta dia melepaskan tumbukan ke arah muka lelaki sasa tersebut.
Debuk! "Adoi! Sakit la kejab.
Tak sakit pun.
Eh? Kau tumbuk aku ke tumbuk angin tadi? Zam, dia tumbuk aku ke tak tadi?" tanya lelaki sasa itu sambil memegang pipinya.
"Dia tumbuk beb.
Tapi entah lah aku rasa macam aku tampar nyamuk pun lagi kuat dari tu.
" "Hahahahhahaha!! Tumbuk pun tak lepas! Memang dasar pondan kau ni hahahhaha!" Si lelaki sasa dan kawannya ketawa sekuat hati.
Pada ketika ini, Yayat mula terasa ingin menangis.
Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk keluar dari situasi ini.
"Woi!!!!" Kedengaran suara perempuan menjerit ke arah mereka bertiga secara tiba-tiba.
Yayat serta merta berpaling ke arah suara tersebut.
"Mia...." Yayat melihat Mia Sofea sedang berdiri memandang mereka dengan pandangan yang berapi-api.
"Woi! Korang buat apa kat dia hah?!" Mia Sofea mula berjalan ke arah mereka sambil menengking.
"Eh, Zam.
Awek.
Awek tu.." kata lelaki sasa.
"Woi! Comel sialll!" balas si lelaki kurus dengan gembira.
"Baik kau lepaskan kawan aku ni.
Kalau tak nahas kau aku bagi!" kata Mia Sofea.
"Alaa... Rilek lah kak.
Kitorang tak buat apa pun.
Kacau-kacau je.
Kalau tak nak kitorang kacau dan lepaskan lawan kakak ni, bak kitorang kakak punya phone, duit tau apa-apa yang mendatangkan duit kat kitorang!" kata lelaki kurus tersebut.

Sumber:Internet