Gelap

Isteri Paling Popular 82

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 82

. Masjid Kota Damansara.
Sara Sofea akhirnya tiba di perkarangan Masjid Kota Damansara dengan menaiki kereta grab.
Dari dalam kereta lagi Sara Sofea dapat melihat sepertinya ada sesi penggambaran sedang berlangsung di sana.
Dengan beberapa orang yang kelihatan seperti krew yang sedang sibuk, jurukamera yang sedang membersihkan kameranya, seorang lelaki berumur berbadan tegap dan memakai topi sibuk mengarah orang sana sini.. mungkin pengarah agaknya  .
Ya, sah! Ada sesi pengambaran di sini.
Amin tidak menipu.
Peluang cerah mula terdampar untuk Sara bagi bertemu dengan adiknya itu di sini.
Sara Sofea turun dari kereta dan melihat kesibukan krew pengalaman itu lagi.
Sebenarnya, situasi ini bukanlah asing bagi Sara.
Sebagai model, dia juga sering dikelilingi dengan kamera dan krew penggambaran.
Bezanya, dia lebih kepada penggambaran indoor berbanding outdoor sebegini.
Baiklah!Sara menggenggam tangannya.
Bersedia untuk mencari Sara Sofea di kalangan orang di sini.."Hi kak..."Kedengaran suara gadis muda di belakang Sara Sofea.
Sedikit terperanjat dibuatnya.
Sara Sofea berpaling ke belakang dan melihat dua orang gadis remaja, mungkin masih di sekolah menengah menegurnya.
"Ah, yes?" Sara bertanya.
"Kak, nak ambil gambar boleh?" tanya gadis perempuan yang bertudung ungu tersebut.
Kawannya yang bertudung hitam di sebelahnya pula senyum dengan penuh keterujaan.
"Gambar? U mean, taking pictures? With me?""Ya.
Hihihihi!"Walaupun tidak faham dengan apa yang berlaku, demi tidak menghampakan permintaan gadis tersebut Sara Sofea sudi bergambar sama.
Lagipun, Sara juga sudah biasa mengambil gambar dengan peminat.
Kadangkala ketika berjalan di tengah-tengah Kota London, Sara akan diberhentikan oleh peminat yang mengenalinya untuk mengambil gambar.
Cumanya Sara tidak menyangka ada orang Malaysia mengenali dirinya di sini.
Selesai bergambar dan mengucapkan terima kasih, dua orang gadis itu terus pergi berlalu dari situ.
Kelihatannya mereka mencari orang seterusnya untuk mengambil gambar.
Sara Sofea memerhatikan perlakuan mereka.
Dua orang gadis itu kemudiannya bergambar dengan seorang lelaki kacak tinggi lampau.
Dari gayanya, kemungkinan lelaki itu adalah pelakon yang terlibat dengan penggambaran ini.
O Sofea ketawa kecil.
Barulah dia faham apa yang berlaku.
Nampaknya gadis muda tadi menyangkakan dirinya adalah salah seorang pelakon kat sini!Sangkaan gadis muda itu tiada salahnya.
Dengan gaya, aura dan kecantikan bak selebriti yang dimiliki oleh Sara Sofea, memang tidak hairanlah jika orang menyangka dia adalah pelakon yang terlibat dengan penggambaran di sini.
"Hi kak.."Sara Sofea ditegur lagi.
Kali ini oleh seorang gadis bertudung berbadan gempal pula.
"Yes...?""Ambil gambar boleh?" kata gadis bertudung gempal itu malu-malu.
Ada 'peminat' yang ingin bergambar dengannya.
Lagi.
Sara Sofea mula berasa bersalah.
Dia bukannya pelakon kat sini.
Tapi, takkan nak tolak harapan orang pula?Maka, Sara Sofea tetap bergambar dengan gadis berbadan gempal itu.
Sebaik sahaja selesai, seorang mak cik pula datang menghampiri Sara untuk bergambar dengan anak-anaknya.
Dan seterusnya, diikuti dengan orang-orang lain.
Sara Sofea kini dikerumuni seperti seorang artis tempatan!Salah seorang krew yang melihat keadaan tersebut mula kehairanan.
"Mat, siapa tu?" tanya dia kepada kawannya yang sedang sibuk membersihkan alatan kamera.
"Mana?""Tu, ramai-ramai tu?"" kot?""Memang la artis, tapi siapa?""Entah la.
Aku pun tak cam siapa.
Pelakon baru agaknya?""Kita dah half way shooting baru datang pelakon baru?""Maybe extra?""Cantik sangat tu kalau jadi extra.
""Ish, mana la aku tahu.
Macam la aku tahu semua benda.
Ada lah tu direktor punya plan ke a"Di sudut lain, Maarof, lelaki tua berbadan tegap memakai topi yang juga tuan pengarah di set pengambaran ini turut hairan melihat situasi yang berlaku kepada Sara Sofea yang sedang dikerumuni ini.
Maarof segera memanggil pembantu pengarahnya, Anis.
"Anis," Maarof memanggil.
"Ya boss," Anis datang menghampiri.
"Tu, siapa tu? Kita ada pelakon baru ke hari ni?" Kata Maarof sambil memandang tepat ke arah Sara Sofea.
"Itu? Err..tak pasti lah saya.
Ikutkan scene hari ni kita tak ada pakai pelakon baru.
Semua pelakon tetap..""Siapa pulak tu? Anis cam ke?""Tak cam pulak tengok gayanya macam artis..""Apa korang sembang ni?"Yayat, datang menegur Maarof dan Anis dari belakang sambil memegang segelas kopi latte ais.
"Eh, Yayat? Tu, Yayat kenal tak siapa tu?" Tanya Anis kepada Yayat.
Maarof hanya memerhati sambil mencengkak pinggang.
"Mana?""Tu, yang tengah ambil gambar tu?" Anis menunjuk ke arah Sara yang masih lagi sibuk bergambar.
"Eh? Siapa tu?" Yayat sedikit terperanjat.
" pun tak kenal? Kalau Yayat yang expert pun tak kenal, kitorang lagi la tak kenal!""Eh..."Yayat terus merenung dari jauh Sara Sofea.
Macam pernah nampak, tapi pun macam tak pernah nam"Takpe.
Ignore je dia.
Dia nak bergambar kat sini pun tak apa.
Asal tak ganggu shooting kita.
Dah.." kata Maarof, malas nak fikirkan perkara ini lagi.
"Yat, Mia mana?" tanya dia selepas itu.
"Mia tengah berehat dalam kere Astaghfirullahal'azim!" Yayat tiba-tiba teringat sesuatu.
Matanya masih tidak berganjak dari memandang Sara.
"Eh, kenapa Yat? Kau dah cam ke siapa?" tanya Anis.
Yayat tidak mempedulikan pertanyaan Anis.
Sebaliknya, dia mengeluarkan telefon pintarnya dan terus membuka aplikasi google.
Sebuah nama ditaip pada enjin carian googleMata Yayat terbeliak.
" Yayat menyebut perlahan.
"Sara? Sara mana?""Sara Sofea.
Kakak Mia...""What??" Anis terkejut.
Kelihatan Maarof yang terkenal dengan gayanya yang cool itu juga turut terkejut.
"Aa...jab.
Aku panggil Mia! Aku rasa Sara datang nak jumpa Mia ni.
Takde benda lain dah ni!" Berdesup Yayat tergesa-gesa lari meninggalkan Anis dan Maarof.
Manakala Anis dan Maarof berpandangan sesama mereka.
Sama sekali tidak menyangka Mia Sofea mempunyai kakak.
Anis kemudian cuba mencari nama 'Sara Sofea' di enjin carian google di telefonTernyata kakak Mia Sofea ini juga bukan calang-calang!.
Sumber:Internet