Gelap

Isteri Paling Popular 85

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 85

. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
3 petang.
Setelah tiga hari meluangkan masa di Malaysia, tibalah masanya untuk Sara Sofea kembali ke London.
Jika diikutkan jadual asal hanyalah dua hari, namun kerana ingin meluangkan sedikit masa dengan Mia Sofea, Sara melanjutkan masanya di Malaysia ini selama tiga hari.
Di KLIA, Sara Sofea dihantar oleh pemandu yang disediakan oleh syarikatnya.
Pada mulanya Mia Sofea yang ingin menghantar kakaknya itu ke lapangan terbang, namun ditegah oleh Sara kerana bimbang akan mencetuskan kekecohan pula.
Iyalah, peminat Mia Sofea berada di merata-rata tempat.
Kini, Sara Sofea sedang duduk menunggu seorang diri di sebuah kerusi.
Terasing dan bersendirian di kalangan ramai manusia di balai pelepasan itu.
Sara Sofea memejam matanya.
Mengingati kembali setiap detik yang dirinya telah luangkan ketika berada di Malaysia ini.
Apa yang boleh dia katakan, setiap detik itu amat berharga.
Sudah tentu, hidupnya akan berubah sama sekali selepas ini.
Sara Sofea berjanji pada dirinya sendiri akan cuba menjaga dirinya sebaik mungkin supaya tidak hanyut ditenggelami oleh kehidupan yang sosial lagi bebas di Kota London lagi.
Tinggal satu jam lagi sebelum waktu penerbangan.
Sara Sofea kemudiannya bangun dan mula berjalan menuju ke Gate C6 yang telah ditetapkan untuk penerbangannya.
Semasa berjalan, Sara Sofea terpandang sepasang anak beranak, ibu dan anak perempuan yang sedang berjalan bersama-sama berpimpinan tangan.
Si ibu, dalam lingkungan 30-an manakala anak perempuannya, dalam umur 5 tahun.
Kenangan lama mula menjengah fikiran*****1997Sara Sofea, 5 tahun sedang sambil bersiar-siar di sebuah taman bunga sambil berpimpin tangan dengan ibunya, Hamidah.
"Ini bunga apa mak?" tanya Sara kepada Hamidah.
"Ini namanya bunga Anggerik Sara..""Yang ni kecik-kecik ni?""Ini bunga jarum.."Yang kuning ni?""Bunga Alamanda""Yang merah ni?"Bunga raya"Sara bertanyakan kepada Hamidah setiap jenis bunga yang ditemuinya di taman tersebut.
Setiap pertanyaan Sara dijawab dengan mesra dan penuh kasih sayang oleh Hamidah.
"Mak...""Ya, sayang?""Adik bila keluar mak? Bosan la Sara main"Tak tahu lagi Sara.
Nanti adik nak keluar adik bagitau ya?" Hamidah berseloroh.
"Suruh la dia keluar cepat mak! Boleh Sara main dengan dia!"" mak tanya adik ya? Adik, adik.
Adik nak keluar tak? Apa? Nak duduk dalam dulu? Okey, boleh.
Adik duduk dalam baik-baik ya?""Alaa....!""Sara sabar ya? Nanti sampai masa adik keluar, Sara boleh lah main dengan adik? Okey?""Okey mak.
Nanti bila adik keluar Sara nak jaga adik.
Jaga sampai bila-bila!""Sampai bila-bila?""Bila-bila-bila!""Kalau adik dah besar macam mak pun, Sara nak jaga jugak?""Nak jaga jugak! Sara akan jaga adik sampai bila-bila!"Hamidah tersenyum bangga dengan anaknya itu.
"Eh, kucing?" Tak semena-mena, perhatian Sara beralih kepada seekor kucing oyen pula yang melintas di belakang Hamidah.
Hamidah turut berpaling ke belakang dan melihat kucing tersebut.

Sumber:Internet