Gelap

Isteri Paling Popular 88

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 88

. Mail dan Zam.
Mail, si abang sado dan Zam yang kurus kering.
Mereka berdua adalah bekas ahli kumpulan gangster Naga Tujuh yang aktif di sekitar Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.
Namun selepas kumpulan tersebut berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa, Mail dan Zam mula bergerak sendirian dan mengganggu ketenteraman para peniaga di Kuala Lumpur.
Aktiviti mereka terhenti selepas mereka bertemu dengan Mia Sofea ketika mereka cuba mengganggu Yayat di sebuah lorong kecil di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.
Atas dasar hormat kepada Mia Sofea yang berjaya mengalahkan mereka dengan satu tumbukan, Mail dan Zam kemudian menjadikan Mia Sofea sebagai ketua atau 'Kak Long' mereka.
Kini, mereka berperanan sebagai bodyguard rahsia kepada Mia Sofea.
Ke mana sahaja Mia Sofea pergi, mereka akan mengekori.
Mail dan Zam menjalankan tugas mereka dengan amat baik.
Kerana itu walaupun amat popular, kehidupan Mia Sofea tidak begitu terganggu oleh individu yang ingin mengambil kesempatan, peminat fanatik dan wartawan paparazi.
Mia Sofea tahu akan tindakan mereka kerana itu Mia Sofea membayar gaji mereka sebagaimana Mia Sofea membayar kepada bodyguard rasminya Kak Mastura.
Gaji yang diterima mereka agak lumayan.
Kerana itu mereka tidak menjalankan aktiviti mengganggu peniaga atau orang awam lagi.
Demi memastikan Mia Sofea sentiasa dalam keadaan selamat, Mail dan Zam juga sanggup meronda dan menjaga keselamatan kawasan perumahan tempat tinggal Mia Sofea.
Ketika kontroversi Mia Sofea berkahwin dengan anak ahli politik berlaku beberapa bulan yang lepas, Mail dan Zam sedaya upaya mencari pesalah yang menyebarkan berita tersebut.
Namun misi Mail dan Zam gagal kerana ia melibatkan kuasa besar politik.
Individu biasa seperti mereka langsung tidak dapat berbuat apa-apa.
Hal tersebut sedikit sebanyak menjejaskan semangat Mail dan Zam.
Mereka down.
Mereka malu dengan diri mereka sendiri kononnya kerana gagal menjalankan tugas dalam melindungi Kak Long mereka.
Tidak lama selepas itu, Mail dan Zam mendapat info bahawa terdapat satu kumpulan gangster baru cuba untuk bertapak di bandar tempat tinggal Mia Sofea.
Mail dan Zam berazam untuk menghapuskan kumpulan tersebut demi memastikan kawasan yang diduduki oleh Mia Sofea sentiasa aman.
"Kak long...kitorang ada masalah sikit ni.." kata Mail kepada Mia Sofea pada suatu hari.
Pada ketika itu, Mail dan Zam bertemu dengan Mia Sofea di rumahnya.
"Masalah apa pulak ni...?" kata Mia Sofea.
Dia agak kepenatan hari tu kerana baru pulang dari penggambaran di Terengganu.
"Geng Parang Hitam dah langgar kawasan kita Kak Long!" kata Mail.
" Berkerut wajah Mia Sofea mendengarnya.
"Kita tak boleh biar Kak Long! Ini kawasan kita.
Nanti kalau diorang dah start buat hal, jual tepung ke, jual batu, jual sayur susah kita nak bersihkan nanti!" sambung Zam pula.
"Kita kasi sengat!" kata Mail tak semena-mena.
Tergamam Mia Sofea dibuatnya.
Mia Sofea memerhatikan mereka sambil menggelengkan kepalanya.
Bagi Mia Sofea, kadangkala itu letih juga melayan mereka berdua ni.
Langsung tak faham apa yang mereka cakapkan.
"Baiklah.
Korang buat la apa yang korang nak buat..." Kata Mia Sofea selepas itu.
Malas dah nak fikir.
"Terima kasih Kak Long.
Nanti apa-apa saya dan Zam kasi report kat Kak Long balik!" Kata Mail dengan penuh bersemangat.
"Baiklah...""Kitorang pergi dulu Kak Long!""Mail, Zam.." Mia Sofea memanggil.

Sumber:Internet